Beli Jiwa Isteri & Anak Berbuka Puasa Di Luar, Ini 7 Lokasi Yang Best Sekitar Lembah Klang

Berbuka puasa di luar bersama isteri dan anak-anak dapat mengembirakan hati mereka. Semak tempat yang menawarkan bufet Ramadhan best sekitar lembah klang!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Meskipun sambutan bulan puasa pada tahun ini tidak membenarkan masyarakat untuk merentas negeri, namun pihak kerajaan telah memberi sedikit kelonggaran pembukaan bazar Ramadhan dan berbuka puasa di hotel atau restoran. 

Disebabkan oleh kekangan untuk berbuka puasa bersama ahli keluarga dan tidak dapat pulang ke kampung, kami kongsikan beberapa lokasi menarik untuk anda menikmati pelbagai hidangan bagi menghilangkan rasa mengidam.

Tempat berbuka puasa sekitar lembah klang yang berbaloi dan banyak pilihan

#1. Restoran Rebung oleh Chef Ismail

Buat anda yang ingin menikmati variasi hidangan istimewa berasaskan kampung, ajak pasangan untuk berbuka puasa di Restoran Rebung. Ini kerana lebih 90 jenis makanan disediakan di sini termasuklah signature dish Chef Ismail seperti ikan patin masak tempoyak, pari masak asam pedas, daging salai lemak cili api dan sebagainya.

Harga bagi orang dewasa ialah RM84.80, manakala RM53 untuk kanak-kanak. Promosi bufet ini berlangsung dari 13 April 2021 hingga 11 Mei 2021.

#2. Semarak Rasa Ramadhan WTCKL

Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) mengekalkan konsep masakan tradisi Melayu dengan tema ”Semarak Rasa Ramadhan”. Bermula 15 April ini, pengunjung boleh menikmati hidangan berbuka puasa di Aras 2, Ruang Legar Putra.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara menu bagi tahun ini ialah kambing rendang minang, daging gulai kawah, ikan patin tempoyak daun kesom, bubur lambuk, kambing goreng berempah dan macam-macam lagi.

Harga bufet Ramadhan bagi golongan dewasa ialah RM80, manakala kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun serta warga emas 60 tahun ke atas ialah RM45.

#3. De.Wan 1958 by Chef Wan

Siapa tidak mengenali chef selebriti dan terkenal di Malaysia ini? Bagi meraikan pengunjung sempena bulan puasa, Chef Wan menawarkan bufet Ramadhan yang mampu memenuhi citarasa anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antaranya ialah menyediakan stesen makanan seperti Kampung Corner, Barbecue Carving Station, Warung Satay, Warung Ayam Gesek, aneka cucur goreng dan banyak lagi!

Harga bagi dewasa ialah RM158, warga emas RM100 dan kanak-kanak berusia 6 hingga 11 tahun ialah RM73.

#4. ‘Bazaar Abang Jaguh’ Hilton Kuala Lumpur

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hilton Kuala Kuala Lumpur turut tidak terkecuali menawarkan hidangan berbuka puasa di Vasco untuk anda. Ia disajikan cukup istimewa oleh pasukan tukang masak terbaik yang menggelarkan diri mereka Abang Jaguh.

Setiap chef juga menunjukkan kepakaran di setiap stesen makanan seperti Cedok-cedok Abang Jham, Golek-golek Abang Sharil, Manis-manis Rasa Abang Din, Celu-celup Abang Syam.

Harganya bagi bufet Ramadhan ini adalah RM188 untuk dewasa dan RM100 bagi kanak-kanak 6 hingga 11 tahun.

#5. Selera Ibunda oleh Thyme Out Cafe by Equatorial

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Thyme Out Cafe by Equatorial pertami kali menyediakan bufet Ramadhan dengan konsep Selera Ibunda yang semestinya menggamit memori kampung halaman.

Antara juadah yang disajikan ialah sup gear box yang dimasak selama 12 jam bersama rempah istimewa, daging tetel gulai kawah, kambing masak hitam, udang galah asam lemak, kari kepala ikan dan banyak lagi.

Pengunjung juga dihiburkan dengan persembahan ghazal ketika menjamu selera. Harga bufet ialah RM155 bagi orang dewasa dan RM57 bagi kanak-kanak 6 hingga 12 tahun).

#6. Berbuka puasa di Pullman KLCC

Bagi anda yang inginkan citarasa mewah dan ekskulsif, bolehlah bawa pasangan dan anak-anak berbuka puasa di Pullman KLCC. Ia menyediakan pelbagai makanan tempatan dan antarabngsa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara menu yang wajib anda cuba ialah nasi mandy kambing dan Japanese maki rolls. Selain itu ada pelbagai stesen bakar serta goreng-goreng mengikut citarasa anda.

Harga bufet Ramadhan ini ialah RM168 bagi orang dewasa dan RM84 bagi kanak-kanak 6 hingga 12 tahun.

#7. Cinnamon Coffee House, One World Hotel PJ

Cinnamon Coffee menyajikan pelbagai menu sepanjang bulan Ramadhan ini. Antaranya ialah sup gear box, bubur lambuk, udang sambal petai, daging gulai lemak, nasi beriani dan banyak lagi. 

Tidak hanya menu tempatan, anda juga dapat merasai hidangan antarabangsa seperti pasta, lasagna, sashimi, tempura dan chicken roulade. Jangan terlepas peluang bagi menikmati bubur pengat pisang, serawa durian, panna cotta dan juga apple pie.

Sumber: Mstar

Kredit foto: Murni alysa

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Buat Pati Kurma Segar Di Rumah Tanpa Gula, Rasanya Konfem Lebih Asli & Sedap