X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Resepi Nasi Beriani Mamak Mudah & Sedap, Menggunakan Sedikit Bahan Sahaja!

4 min bacaan
Resepi Nasi Beriani Mamak Mudah & Sedap, Menggunakan Sedikit Bahan Sahaja!

Resepi nasi beriani mamak yang cukup ringkas ini tidak memerlukan terlalu banyak bahan, malah memudahkan kerja memasak ibu-ibu di rumah.

Setiap wanita yang bergelar ibu semestinya menginginkan seisi keluarga menikmati air tangannya setiap hari. Namun, tidak ramai mengetahui cara masak mudah dan cepat ketika berada di dapur dan akibatnya, hampir berjam-jam anda perlukan untuk menyediakan satu hidangan! Apa kata cuba resepi nasi beriani mamak yang amat mudah ini? 

Baca juga: Aneka Resepi Sotong Mudah & Sedap, Konfem Makan Nasi Sepinggan Tak Cukup!

Perkongsian resepi nasi beriani mamak

Tidak pandai memasak bukanlah sesuatu masalah yang besar. Ia memerlukan ketekunan anda mempelajarinya setiap hari sehingga berjaya menjadi tukang masak kesukaan anak-anak.

resepi nasi briyani

Siapa sangka perkongsian video pelbagai menu di dalam saluran Youtube dengan bertutur bahasa Melayu telah meraih lebih 1 juta view dan 200 000 subcribers.

S. Pavithra, 28 dan suaminya M. Sugu, 29, saling bekerjasama dalam merakam video masakan harian untuk keluarga mereka sejak bulan Januari lalu selepas mendapat saranan daripada seorang rakan baiknya.

”Resepi cara masak mudah dan cepat yang pertama dimuat naik dalam Youtube adalah ikan tilapia bakar dan saya menggunakan sepenuhnya bahasa Melayu.”

”Dalam tempoh empat hari, saya sudah memperoleh seramai 5 000 pengikut akaun Youtube dan selepas itu mendapat e-mel daripada Youtube untuk menjadi rakan,” kongsi Pavithra.

Disebabkan oleh dia bukannya datang dari golongan yang senang, Pavithra seorang suri rumah dan suaminya pekerja ladang kelapa sawit telah membeli sebuah telefon pintar yang dibeli secara hutang.

Manakala, perkakas yang digunakan untuk kandungan video pula hanya periuk, kuali, sudip biasa dan barang sedia ada di rumah.

Cara memasak nasi beriani

resepi nasi beriani

Bahan-bahan

  • Bawang merah 2 biji dihiris nipis
  • Kayu manis dan bunga lawang
  • Halia dan bawang putih ditumbuk halus
  • Sedikit biji gajus
  • 20 biji kismis
  • Tomato 3 biji dihiris
  • Sedikit daun ketumbar
  • Daun pudina
  • 3 helai daun salam
  • Ayam dibersihkan dan dibuang kulit
  • Beras basmathi 5 cawan
  • Resepi nasi beriani mamak ini menggunakan rempah jenama Babas
  • Minyak masak (kalau suka minyak sapi, boleh gunakan)

Cara penyediaan 

  1. Panaskan minyak, masukkan kayu manis dan bunga lawang. Kemudian biji gajus serta kismis.
  2. Masukkan bawang merah sehingga naik bau, tambah daun salam. Seterusnya masukkan halia dan bawang yang ditumis, letak buah tomato dan masak sampai layu.
  3. Masukkan ayam dan balik-balikkan selama 5 minit dengan api sederhana. Biarkan ia separuh masak
  4. Sementara menunggu ayam masak, bersihkan beras dan toskan. Masukkan ayam dan lima cawan air (menggunakan cawan yang sama dengan beras).
  5. Masukkan tiga sudu besar rempah beriani, masukkan garam secukup rasa. Gaul sebati secara perlahan agar beras tidak hancur.
  6. Masukkan daun pudina, ketumbar dan biarkan ia masak.

Resipi kari ayam mudah

resepi nasi briyani

Bahan-bahan

  • Bawang merah besar 1 biji
  • Kulit kayu manis dan bunga lawang
  • Ubi kentang
  • Tomato dua biji
  • Daun kari
  • Halia dan bawang putih ditumbuk halus
  • Sedikit daun ketumbar
  • Daun pandan dua helai
  • Daun kari
  • Ayam
  • Santan segar
  • Serbuk kari ayam babas yang dimasukkan sedikit air

Cara penyediaan

  1. Masukkan minyak tumis kayu manis dan bunga lawang, masukkan bawang merah dan daun pandan.
  2. Kemudian letakkan bawang putih dan halia yang ditumbuk. Masukkan daun kari, ubi kentang dan tomato.
  3. Masukkan ayam dan gaul sebati selama 5 minit.
  4. Tambahkan serbuk kari cair. Biarkan mendidih dan masukkan santan, garam secukup rasa. Masukkan daun ketumbar. Dah siap!

Sambal udang pedas

resepi sugu pavithra mudah dan cepat

foto: butterkicap

Bahan-bahan

Stories Rakan Kongsi
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
  • Bersihkan udang 1/2 kilo, buang kulit dan urat
  • Bawang merah 1 biji- potong nipis
  • Tomato 1biji
  • Serai 3 batang ditumbuk
  • 2 batang kayu manis
  • 2 biji bunga lawang
  • Sedikit daun bawang
  • Halia dan bawang putih tumbuk 1 sudu
  • 5 sudu cili kering dikisar
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan

  1. Panaskan minyak, masukkan kayu manis dan bunga lawang. Kemudian bawang merah. Tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan serai, halia, bawang putih yang telah ditumbuk serta tomato.
  3. Tambah 5 sudu cili kering. Tumis sampai pecah minyak. Masukkan udang biarkan selama dua minit.
  4. Masukkan sedikit air. Masukkan gula dan garam. Biarkan mendidih 1 minit. Kemudian tambah hirisan daun bawang. Siap!

Sumber: Bernama, Youtube Sugu Pavithra

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Jajan Sedap & Rangup Berasaskan Makaroni, Guna Satu Bahan Boleh Jadi 5 Perisa!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Resepi
  • /
  • Resepi Nasi Beriani Mamak Mudah & Sedap, Menggunakan Sedikit Bahan Sahaja!
Kongsikan:
  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

  • Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

    Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

  • Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

    Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham