Sudah Mula Rancang Bercuti Dengan Keluarga Semasa Pandemik Ini? Ini Tips WAJIB Ibu Ayah Buat Terlebih Dahulu!

Bercuti bersama keluarga ketika pandemik, ibu ayah perlu lebih berhati-hati, patuhi SOP, dan jika bawa anak kecil tolong pastikan kesihatan terjamin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila bercuti bersama keluarga banyak yang anda sebagai ibu bapa perlu fikirkan, apatah lagi di musim COVID ini. Anda perlu lebih berhati-hati, anak kecil memang mudah berasa teruja, mulalah nanti lari ke sana sini, berguling dan menyentuh semua benda. 

Jadi berlainanlah sedikit untuk anda membuat persiapan kalau merancang untuk bercuti pada waktu ini. 

Persediaan rapi sebelum bercuti bersama keluarga lebih-lebih lagi yang mempunyai anak kecil sangat diperlukan supaya kita tidak kelam kabut dan perjalanan menjadi lebih mudah jika kita membuat persediaan lebih awal.

Lebih elok bersedia awal daripada bila sudah memulakan perjalanan tanpa sebarang persediaan mood untuk travel boleh menganggu bukan saja kasihan pada anak kecil tetapi pada anda juga kerana tidak dapat menikmati percutian dengan tenang.

Sudahlah mungkin susah untuk mendapat cuti, tiba-tiba mood cuti pula terganggu, mungkin anda fikir baik duduk rumah saja kan?

Travel dengan bayi/anak kecil? Ini yang anda perlu buat!

Ada beberapa tips yang boleh anda praktik dan lakukan jika melakukan perjalanan dengan bayi.

Ia bagi memudahkan anda sekeluarga untuk mendapatkan percutian yang aman dan harmoni tanpa sebarang gangguan mood. Jika sudah merancang, tetapi terjadi juga pelbagai perkara itu terpaksalah diterimakan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Melakukan perjalanan bersama si manja boleh menjadi pengalaman yang amat berharga untuk anda berdua. Anda akan dapat melihat dunia melalui matanya dan berkongsi kegembiraannya semasa dia mendapat penemuan baharu.

Walaupun ia menyeronokkan, melakukan perjalanan bersama bayi pasti ada cabarannya. Kami telah menyusun panduan ini untuk membantu anda mengatur perjalanan yang lebih menyeronokkan.

Jadi cuba dulu lakukan tips yang dikongsikan ini jika mahu travel dengan bayi anda!

#1. Pilih destinasi yang mesra keluarga & mengamalkan SOP

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pilih hotel yang mempunyai kemudahan kanak-kanak serta memberikan diskaun untuk tilam tambahan dan sarapan kanak-kanak. Minta katil bayi yang selamat. Tidak dilupa pastikan hotel yang dipilih mengamalkan SOP yang ketat demi keselamatan anda sekeluarga dari dijangkiti penyakit yang tidak diingini.

Caranya, sebelum membuat sebarang tempahan layari terlebih dahulu laman web untuk mendapatkan informasi mengenai tempat penginapan, servis ditawarkan serta SOP diamalkan.

Tanya juga mengenai soalan-soalan seperti kualiti udara, jadual disinfeksi, kemudahan mencuci tangan di kawasan umum, jarak sosial, pemeriksaan suhu badan tetamu dan sebagainya.

Ia mungkin kedengaran meremehkan tetapi ia penting demi keselamatan semua.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Jauhi tempat yang ramai orang

Pastikan anda memilih lokasi bercuti bersama keluarga anda yang bukan menjadi tumpuan orang ramai yang dapat meningkatkan risiko jangkitan.

Sebaliknya cari destinasi yang kurang popular dan bukan tumpuan orang ramai – hati pun senang.

#3. Lakukan perjalanan percubaan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lakukan perjalanan balik hari atau hujung minggu untuk melihat bagaimana anak anda menyesuaikan dirinya. Jika bayi anda berumur 6 bulan ke atas, anda boleh melihat gambar destinasi yang dipilih dan bercakap dengannya tentang perkara yang akan dilakukan di sana.

Berfikir positif tentang perjalanan yang telah dirancang itu dan kemungkinan besar, anak anda turut akan menjadi positif.

#4. Kelengkapan bayi 

Selain daripada menyediakan alat mainan, iPad (untuk anak-anak yang telah diperkenalkan screen time) dan snek bagi distract anak anda sepanjang perjalanan, anda juga harus pastikan kelengkapan untuk kebersihan bayi cukup! Jangan lupa bawa bawa hand sanitizer untuk kanak-kanak juga tisu lembap bayi yang hadir dengan formula anti-bakteria. Ia penting untuk setiap kali anak anda duduk atau menyentuh permukaan anda perlu lap sahaja. 

Hadkan atur cara lawatan anda kepada satu aktiviti sahaja setiap hari. Ini juga akan memudahkan anda membuat perubahan pada saat-saat akhir dan memastikan perubahan itu membuatkan semua orang gembira.

#5. Berehat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika perjalanan itu menggunakan kereta, hadkan masa memandu kepada 6 hingga 8 jam dan berehat setiap 2 jam untuk menukar lampin atau pergi ke tandas dan bermain.

 Tamatkan hari anda lebih awal supaya semua orang boleh berehat selepas seharian di atas jalan raya.

#6. Sediakan kejutan

Sediakan kejutan untuk memastikan perjalanan itu menyeronokkan. Bagi bayi, berikan objek yang berkilat, mainan bermuzik dan sebagainya yang sesuai dengan bayi anda.

Untuk kanak-kanak, pertimbangkan susun suai gambar, figura aksi seperti patung Ultraman, kertas lukisan dan pensil warna serta CD cerita.

#7. Pastikan bilik hotel anda selamat untuk bayi

Tanya pihak hotel sama ada mereka boleh menyediakan bilik yang selamat untuk bayi atau rancang untuk melakukannya sendiri.

Periksa bilik anda dengan teliti. Bawa pita pelekat untuk menutup laci yang longgar misalnya dan untuk menutup soket elektrik.

#8. Beli tiket kapal terbang yang berasingan untuk bayi

Jika anda merancang untuk menaiki kapal terbang, pertimbangkan untuk membeli tempat duduk yang berasingan untuk bayi anda supaya si manja lebih selamat dan selesa.

Anda boleh membawa tempat duduk bayi yang anda pasang di kereta untuk digunakan di dalam kapal terbang. Sesetengah syarikat penerbangan menawarkan diskaun untuk kanak-kanak.

Beri makanan kepada si manja semasa berlepas dan mendarat untuk mengelakkan kesakitan di telinganya dan pastikan dia sentiasa terhidrat.

#9. Mulakan dan akhiri lebih awal

Jika bayi anda cergas pada awal hari, pergi bersiar-siar pada waktu pagi dan khaskan waktu petang untuk berehat. Cuba ikut rutin anak anda.

Jangan lupa untuk ikut SOP dan pakai topeng muka. Anak-anak kecil pastinya sukar untuk memakai topeng muka sepanjang masa jadi pastikan mereka sentiasa terlindung.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga6 Sebab Saintifik Mengapa Anda Perlu Bawa Anak Pergi Bercuti