Kita selalu mendengar; apabila pergi ke negara asing, untuk memanfaatkan masa sepenuhnya dalam setiap perjalanan, haruslah “hidup seperti penduduk tempatan.”
Sebahagian besarnya, apabila hidup seperti penduduk tempatan ketika melancong membolehkan kita menemui “permata tersembunyi” dan berhubungan dalam gaya hidup negara yang dikunjungi serta menikmatinya seperti kehidupan biasa – meskipun berada di sana hanya dalam masa yang singkat.
Jika anda sekeluarga telah memutuskan untuk bercuti ke Hong Kong, kami telah membariskan idea – idea menarik untuk anda sekeluarga ikuti agar dapat memaksimumkan masa percutian keluarga disana.
Berpandukan tip-tip berguna dari May dan Choy Wan, yang baru-baru ini membantu kami membina jadual perjalanan mesra keluarga untuk aktiviti luar yang sempurna di Hong Kong, kami akan membantu merancang percutian keluarga yang tidak dapat dilupakan di Hong Kong.
Bila Boleh Pergi/Masa Sesuai
Andaian kami, buat yang membaca ini telah memutuskan untuk bercuti ke Hong Kong, bersama keluarga terdapat beberapa perkara utama yang perlu difikirkan termasuklah waktu yang sesuai untuk pergi.
Walaupun Hong Kong beriklim subtropiks dengan empat musim, ianya tetap menjadi destinasi pelancongan pilihan sepanjang tahun.
Namun, pemandu residen kami, Choy mempunyai masa kegemarannya dan dia mencadangkan keluarga bercuti ke Hong Kong pada bulan Disember. Menurut Choy, musim perayaan menjadikan momen percutian lebih istimewa untuk berada di bandar.
Musim sejuk di bandar biasanya bermula pada akhir Disember (dan berakhir pada bulan Februari). Anda boleh menjangkakan cuaca sejuk, kering dan mendung, dengan suasana sejuk berkala pada waktu ini. Suhu boleh turun mencecah bawah 10° C di kawasan urban bandar. Ini menjadikan perjalanan ke sana pada bulan Disember sebagai percutian yang sempurna berbanding cuaca yang dialami di sini.
Tip: Apabila melancong ketika musim sejuk, bawa beberapa helai pakaian termal untuk lapisan tambahan jika ada dalam ahli keluarga yang mudah sejuk. Bawa pakaian hangat seperti baju sejuk bulu biri-biri dan kot bulu. Sebilangan besar restoran dan kedai di Hong Kong mempunyai penyaman udara berkuasa tinggi, jadi pastikan memakai baju lengan panjang agar tidak merasa sejuk apabila perlu membuka kot ketika berada di kawasan tertutup/indoor. |
Sebaik sahaja sudah menetapkan bila bulan dalam tahun untuk bercuti, seterusnya adalah mencari masa penerbangan yang sesuai. Menurut May, bagi keluarga yang lebih suka mengambil penerbangan pagi dari Singapura ke Hong Kong, terbang pada awal hari memberikan mereka peluang untuk memaksimumkan perjalanan dan terus boleh mula bersiar-siar pada hari pertama ketibaan.
Dan jika mahu memastikan anak-anak (dan diri sendiri!) mempunyai tenaga yang cukup dan tidak terkejar-kejar pada hari pertama tiba di sana, luangkan masa untuk tidur sekejap dalam penerbangan. Penerbangan selama 4 jam antara Singapura dan Hong Kong membolehkan untuk pengisian tenaga semula dengan cepat yang diperlukan agar dapat memanfaatkan sepenuhnya masa sepanjang berada disana. Tentunya anda tidak mahu memulakan perjalanan dalam keadaan penat!
Nak Pergi Mana
Walaupun rasa seperti tidak mahu meninggalkan Hong Kong, realitinya masa yang ada cukup singkat (dan pendek adalah relatif). Bagi memastikan anda sekeluarga tidak tertinggal perkara menarik di Hong Kong, merancang jadual perjalanan sebelum melancong adalah idea terbaik.
Selain dari tarikan utama di Hong Kong untuk dikunjungi, kami juga memberikan tempat-tempat menarik yang disenarai utama oleh ibu – ibu selebriti, May dan Choy untuk anda pergi dan alami sendiri.
Kowloon Barat
Kawasan yang dulunya kosong kemudian ditambak ini, Kowloon Barat telah berubah menjadi pusat budaya, hiburan dan pengangkutan dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan menawarkan pelbagai tarikan kepada pelancong untuk semua peringkat usia.
Daerah Budaya Kowloon Barat
Daerah Budaya Kowloon Barat dikenali sebagai hab seni dan budaya Hong Kong. Di sini, anda dapat menyaksikan persembahan dan melawat pusat pameran, ruang terbuka hijau, dan juga menikmati pemandangan matahari terbenam di persisiran tepi laut.
Ini adalah rumah bagi tempat-tempat kebudayaan, dengan empat daripadanya telah dibuka dan lebih banyak akan dibuka dalam masa terdekat. Berikut adalah destinasi pilihan untuk membawa seluruh keluarga ke:
Taman Seni & Waterfront Promenade – Destinasi utama keluarga dan haiwan kesayangan untuk bersantai dan relaks, malah di sini juga anda boleh berjoging, berbasikal, atau berkelah sambil menunggu menyaksikan matahari terbenam.
Promenade mempunyai pelbagai kemudahan termasuk jalan kayu, kawasan lanskap, taman permainan kanak-kanak, tanglung naga, trek berbasikal dan tempat berbasikal.
Jangan lepaskan peluang bergambar tanpa had bersama seisi keluarga di Taman Seni, yang mana pemasangan dan program seni bermusim dipersembahkan di hadapan pemandangan Pelabuhan Victoria yang menakjubkan.
Untuk mengetahui mengenai program semasa, lawati laman web West Kowloon.
Tip: Berbasikal. Sewa SmartBike untuk seisi keluarga mengelilingi ruang luas Taman Seni. Basikal Pintar terdapat dalam saiz kanak-kanak dan dewasa, manakala Basikal Keluarga boleh disewa pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum. |
Lokasi: Daerah Budaya Kowloon Barat, Kowloon Barat
Harga: Percuma!
M+ – Dijadualkan untuk dibuka secara rasmi pada 12 November 2021, M+ adalah muzium budaya visual baru Hong Kong dan akan menjadi salah satu muzium budaya visual moden dan kontemporari terbesar di dunia. Muzium ini dibina setanding muzium terkenal dunia seperti Tate Modern di London dan Muzium Seni Moden di New York.
Selain koleksi seni yang dijangka dapat dipamerkan, para pengunjung boleh menghiburkan diri di kedai-kedai gaya hidup muzium seperti The Other Shop dan kafe-kafe seperti Curator Creative Cafe, yang menawarkan pengalaman kulinari multisensori.
Tip: M + menawarkan pelbagai pameran dan pemasangan seni yang boleh menjadi luar biasa apabila kesuntukkan masa. Lawati laman web M+ untuk jadual dan aktivti pameran dan persembahan seni bagi memudahkan merancang lawatan lebih awal. Jangan lupa melihat M+ Facade berserta skrin LED memaparkan karya gambar bergerak. Ia dapat dilihat dari persisiran tepi pantai West Kowloon dan Pulau Hong Kong. |
Lokasi: Daerah Budaya Kowloon Barat, Kowloon Barat
Harga: Berbeza
Tin Hau Temple at Yau Ma Tei/ Kuil Tin Hau di Ya Ma Tei
Bagi keluarga yang mencari perjalanan sarat dengan budaya, Kompleks Kuil Tin Hau di Yau Ma Tei mesti dikunjungi.
Bangunan ini terdiri dari lima bangunan bersebelahan, yang merangkumi Kuil Tin Hau, Kuil Shing Wong, kuil Kwun Yum, Shea Tan dan Hsu Yuen. Kuil Tin Hau di Yau Ma Tei, Kowloon, adalah salah satu kuil terbesar di bandar ini.
Di bahagian belakang Kompleks di sebelah timur adalah Taman Permainan Kanak-kanak dan Taman Rehat Public Square Street, yang terletak di jalan raya utama Kowloon, Tembok Sembilan Naga yang pastinya tidak akan terlepas pandang.
Tip: Jika masa lawatan anda adalah pada hari ke-23 padan bulan ketiga lunar, pastinya berpeluang meraikan perayaan ulang tahun kelahiran Tin Hau, dewi perlindungan laut yang disembah oleh nelayan Hong Kong. Selain dari aktiviti perayaan semasa, pengunjung pasti tertarik dengan kebudayaan tempatan dengan mengunjungi struktur bersejarah dan melihat loceng dan tablet yang ada di sekitar kuil. |
Lokasi: Temple Street, Yau Ma Tei
Harga: Percuma!
Shanghai Street at Yau Ma Tei / Shanghai Street di Yau Ma Tei
Apalah makna percutian tanpa aktivti membeli-belah ke destinasi popular? Di Hong Kong, sambil menyelam minum air apabila berkunjung ke salah satu jalan membeli-belah paling unik; Shanghai Street.
Jalan ini sangat terkenal di kalangan chef-chef terkenal di bandar ini kerana dipenuhi dengan kedai-kedai yang menjual apa sahaja yang diperlukan di dapur. Sama ada seorang tukang masak rumah, atau anak anda adalah chef master junior yang bercita-cita tinggi, di sini anda boleh melihat-lihat periuk, kuali dan peralatan dapur dan gajet lain untuk membantu menyiapkan hidangan enak.
Tip: Destinasi yang hebat untuk cenderamata, di sini anda boleh menemui acuan diperbuat daripada kayu untuk kuih bulan dengan pelbagai reka bentuk untuk dipilih, bakul pengukus buluh, sumpit panjang, mangkuk seramik yang indah, serta perhiasan jed, aksesori, dan arca. Lihat peta ini untuk membantu anda menavigasi jalan membeli-belah. |
Lokasi: Shanghai Street, Yau Ma Tei
Harga: Percuma untuk dikunjungi; Harga barang berbeza
Wilayah Baru
Wilayah baru menawarkan destinasi pelancongan akan datang dan benar-benar dapat memenuhi masa apabila anda bercuti ke Hong Kong.
Taman Laut Water World
Digelar sebagai “taman air tepi laut semua musim pertama dan satu-satunya di Asia,” Water World Ocean Park di Aberdeen menawarkan dunia penemuan dan keajaiban yang dapat dinikmati oleh seluruh keluarga.
Water World dibahagikan kepada lima zon — Splendid Reef, Torrential River, Thrill Valley, Adventure Coast, dan Hidden Village — dan akan ada 27 tarikan dalaman dan luaran, termasuk pelumba luncur pertama di Hong Kong dan sembilan gelongsor air dinamik.
Ia juga mempunyai beberapa kawasan yang direka khas untuk anak-anak kecil.
Tip: Pengunjung yang memegang tiket masuk bertarikh Water World boleh membuat tempahan bas shuttle serta membuat pra-pendaftaran nama dan nombor telefon melalui sistem tempahan dalam talian. Harap maklum kerana tempat duduk yang terhad, tempahan perkhidmatan bas shuttle akan diproses berdasarkan giliran kedatangan terawal. |
Lokasi: Ocean Park, Aberdeen
Tiket: https://waterworld.oceanpark.com.hk/en/
Pulau Lantau
Pulau terbesar di Hong Kong adalah syurga aktiviti keluarga dan pengembaraan. Tidak sempurna bercuti ke Hong Kong dengan keluarga tanpa lawatan ke pulau besar ini.
Disneyland Hong Kong
Apalah bercuti ke Hong Kong tanpa berkunjung ke “tempat paling gembira di Bumi?” Walaupun ini adalah Disneyland terkecil di dunia, Hong Kong Disneyland menawarkan keseronokan tanpa had kepada pelancong untuk semua peringkat umur.
Dengan banyak pilihan permainan dan pengalaman, serta makanan ringan dan variasi tempat makan, terdapat banyak keseronokan keluarga untuk dinikmati di Hong Kong Disneyland.
Lihatlah Castle of Magic Dreams yang berwajah baru – tarikan utama resort. Rekaan seni bina istana mengambil inspirasi dari 13 kisah puteri dan ratu Disney, dari tafsiran warna, ikon, simbol, corak dan ciri budaya.
Tip: Sertai lawatan istana “Glimpse into the Magic” yang pertama seumpamanya untuk mengetahui semua selok-belok istana. Lawatan ini dipandu oleh penceritaan audio dari pelakon Karena Lam yang mana pengunjung boleh mendengar di lapan checkpoint berbeza menggunakan telefon bimbit dan fon telinga mereka sendiri. Nota penting: Masa adalah kunci ketika mengunjungi Hong Kong Disneyland. Sebelum lawatan, pastikan untuk melihat kalendar taman untuk mengetahui masa operasi taman dan restoran dan di mana dan masa untuk anda mungkin bertemu dengan beberapa Karakter Disney kegemaran. |
Lokasi: Hong Kong Disneyland Park, Pulau Lantau
Tiket: https://www.hongkongdisneyland.com/
Destinasi Makan/Kulinari
Hong Kong menawarkan pelbagai aktiviti menyeronokkan yang dapat dinikmati oleh seisi keluarga. Namun, satu lagi perkara yang menjadikannya destinasi percutian kegemaran keluarga adalah pilihan meluas tempat makan mesra keluarga.
Dengan banyak variasi untuk dipilih, ianya boleh menjadi terlalu banyak. Bertuah bagi kami, Choy telah menyenaraikan beberapa pilihan utamanya untuk membawa adik perempuannya May dan keluarganya ketika mereka kembali ke Hong Kong untuk melawat dia dan keluarga. Ini adalah beberapa restoran mesra keluarga terbaik di Hong Kong:
Hutong (Tsim Sha Tsui)
Tarikan bagi penduduk tempatan dan pelancong, Hutong menawarkan pelbagai hidangan dim sum dan masakan Cina Utara (baca: itik Peking) dengan pemandangan menakjubkan Pelabuhan Victoria. Makan tengah hari awal (brunch) Feng Wei yang popular dibuka pada hari Sabtu dan Ahad.
Kanak-kanak akan menyukai tempat ini kerana terdapat pelbagai hiburan. Bergantung pada tarikh lawatan, anda mungkin dapat melihat persembahan termasuk Lukisan Layang-layang Cina, Lukisan Gula Cina, dan Lukisan Lentera Cina. Lihat kalendar acara mereka untuk maklumat lebih lanjut.
Malah, kanak-kanak di bawah 12 tahun makan secara percuma!
Lokasi: Hutong, 28 / F, Jalan One Peking, Kowloon
Laman web: https://hutong.com.hk/
Bathers (Lower Cheung Sha Beach)
Destinasi untuk seisi keluarga bergembira dan pengalaman makan sepanjang hari. Selain menyajikan hidangan lazat yang sesuai dinikmati seisi keluarga (mereka mempunyai menu kanak-kanak yang bertukar setiap hari!), Bathers menawarkan pemandangan dan suasana di tepi laut tidak terungkap menjadikan santapan lebih istimewa.
Tip: Jika mahu mendapatkan sudut selesa, buat tempahan awal sebelum kunjungan. Dan kerana berada di sepanjang pantai berpasir, bawa bedak bayi untuk menghilangkan pasir di kaki sebelum pulang. |
Lokasi: 32 Pantai Lower Cheung Sha, Lantau
Laman web: https://bathers.com.hk/menu/
Little Cove Espresso
Restoran mesra keluarga trendi ini menjanjikan pengalaman makan santai, sesuai dengan suasana relaks Sai Kung yang terkenal. Terletak di tengah-tengah restoran makanan laut, menu disini memberi tumpuan pada bahan-bahan organik, yang mana memberikan rehat bersifat sihat selepas anda dan keluarga tidak putus menikmati pelbagai makanan istimewa sepanjang percutian.
Cuba mangkuk smoothie kreatif yang pasti disukai oleh anak-anak.
Lokasi: Sai Kung Town Villa Block A, Siu Yat Building Block A, Shop 1 + 2, G / F, Hoi Pong Square, Sai Kung, New Territories
Laman web: www.facebook.com/littlecoveespresso
Tidur di mana
Sebelum mempunyai anak, memilih hotel untuk menginap semasa percutian mungkin bergantung kepada kemampuan dan kemudahan. Walaupun perkara tersebut masih menjadi pertimbangan penting ketika bepergian dengan seluruh keluarga, harga bilik dan lokasi bukanlah satu-satunya perkara yang perlu diperhatikan ketika memilih hotel untuk menginap apabila bercuti di luar negara.
Apabila bercuti dengan anak-anak, semestinya memilih hotel keluarga yang menawarkan kemudahan bersesuaian dengan keperluan keluarga.
Hong Kong menawarkan pelbagai hotel keluarga yang sihat bermula dari jenis bajet hinggalah mewah. Ini adalah pilihan senarai pendek kami bagi memudahkan pencarian anda:
-
The Hong Kong Gold Coast Hotel
Hotel Hong Kong Gold Coast adalah salah satu hotel paling mesra keluarga di Hong Kong kerana banyak kemudahan yang mesra kanak-kanak. Dari bilik bertemakan Puteri hingga Outer Space, zon adventure, dan taman air, menginap di hotel ini adalah percutian tersendiri.
Hanya 30 minit dari Central, resort hotel ini pilihan terbaik jika mahu lari dari lanskap urban bandar Hong Kong.
Lokasi: 1 Castle Peak Road, Gold Coast, New Territories
Laman web: https://www.sino-hotels.com/en/hk/gold-coast-hotel
-
Four Seasons Hong Kong
Meski berada di aras termewah, Four Seasons Hong Kong adalah pilihan utama untuk penginapan mesra keluarga di bandar.
Ibu bapa akan senang menginap di sini kerana bukan sahaja menawarkan makanan bertaraf Michelin di restorannya, malah turut menyediakan kemudahan hebat untuk anak-anak kecil. Jubah mini dan selipar kanak-kanak disediakan di bilik apabila anda menempah penginapan bersama anak-anak.
Terdapat juga ruang permainan kanak-kanak untuk melakukan aktiviti kreatif. Tidak mahu keluar? Hotel ini juga menawarkan pelbagai aktiviti menarik di dalam bilik!
Lokasi: 8 Finance St, Central
Laman web: https://www.fourseasons.com/hongkong/
-
Hong Kong Ocean Park Marriott Hotel
Bercuti ke Hong Kong bersama anak-anak tidak lengkap tanpa mengunjungi Hong Kong Ocean Park. Jadi mengapa tidak menginap di sana juga? Hong Kong Ocean Park Marriott Hotel terletak di pintu masuk utama taman.
Ia mempunyai akuarium setinggi 50 kaki di lobi dan kolam renang gaya laguna, boleh dikatakan salah satu yang terbaik di Hong Kong. Kanak-kanak juga akan menyukai bilik-bilik bertema di sini, antaranya tema bawah air, hutan buluh dan hutan hujan.
Lokasi: Hong Kong Ocean Park, 180 Wong Chuk Hang Rd, Wong Chuk Hang
Laman web: https://www.marriott.com/hotels/travel/hkgop-hong-kong-ocean-park-marriott-hotel/
-
Hong Kong Disneyland Hotels
Perkara terbaik selepas mengunjungi Disneyland adalah semestinya menginap di sana. Di dalam taman tema terdapat tiga hotel: Disney Explorers Lodge, Hotel Disney’s Hollywood dan Hotel Hong Kong Disneyland.
Bagaikan keseronokan tidak berpenghujung, hotel di dalam taman tema menawarkan banyak kemudahan eksklusif yang tidak dapat diakses oleh semua pengunjung taman. Dari kemudahan bilik menginap dan kemudahan rekreasi yang unik, para tetamu akan mengalami magis Disney sepanjang menginap di hotel.
Lokasi: Hong Kong Disneyland, Lantau Island
Laman web: https://www.hongkongdisneyland.com/hotels/
Bersedia untuk bercuti!
Sementara menunggu hari percutian tiba, perhatikan tip dibawah untuk memastikan anda dan keluarga tidak ada perkara lain yang perlu dibimbangkan sebaik tiba di Hong Kong.
Pakaian
Selain mengemas pakaian bersesuaian dengan cuaca, umumnya tidak perlu risau mengenai kod pakaian ketika berada di Hong Kong. Kecuali anda bercadang untuk mengunjungi restoran-restoran mewah dan tempat-tempat mewah, yang biasanya tidak membenarkan pemakaian sandal dan seluar pendek, hanya pakaian kasual yang diperlukan.
Untuk memastikan pakaian sesuai untuk tempat dikunjungi, disarankan untuk memeriksa terlebih dahulu kod pakaian untuk tempat yang ingin dikunjungi.
Kelengkapan Bayi
Selain daripada kelengkapan dan barangan biasa dibawa keluar bersama bayi seperti susu, lampin, pakaian ganti, makanan rngan, air dan pelindung matahari, bawa alat pemakai bayi atau alat pembawa bayi. Jalan-jalan di Hong Kong biasanya sibuk; tidak digalakkan menggunakan kereta sorong ketika bersiar-siar dalam bandar.
Pengangkutan
Jaringan pengangkutan awam Hong Kong luas. Anda boleh menaiki MTR dan bas ke hampir di mana sahaja di dalam bandar. Sekiranya berhasrat untuk pusing-pusing kota menggunakan pengangkutan awam, dapatkan Kad Octopus yang membolehkan melakukan perjalanan tanpa tunai di semua sistem pengangkutan utama.
Tersedia untuk dijual (HK$ 39) atau secara pinjaman (HK $ 50, bayaran dikembalikan), Kad Octopus juga boleh digunakan di kedai serbaneka dan beberapa kedai dan boleh diisi semula dengan mudah.
Satu tip dari Choy untuk menggunakan MTR Hong Kong adalah, “jika membawa kereta sorong, pelajari sistem peta MTR dan sentiasa cari pintu keluar mempunyai lif untuk keperluan kereta sorong bayi.”
Jadual perjalanan
Semasa merancang jadual perjalanan, pastikan periksa waktu operasi, jumlah bayaran masuk dan maklumat operasi lain mengenai tempat yang akan dilawati.
Sekiranya mengunjungi tempat-tempat menarik yang memerlukan tiket masuk, May mencadangkan agar tempah tiket awal sebelum lawatan.
Sementara itu, Choy menggalakan keluarga untuk berkunjung ke taman tema semasa berada di Hong Kong. “Jika bercuti dengan anak-anak yang lebih tua, luangkan masa antara taman tema dan tarikan lain dengan keindahan alam di antaranya.”
Hong Kong memiliki beberapa pulau terpencil yang indah dan juga tempat-tempat alam semulajadi di Wilayah Baru, jadi rencanakan aktiviti berkhemah menggunakan karavan, glamping, atau menghabiskan masa di tepi pantai di antara kunjungan ke tempat-tempat pelancongan utama supaya anda dan anak-anak dapat bersantai,” tambah Choy.
Ataupun, jika mencari lawatan bebas di sekitar bandar, sertai lawatan pendek! Hong Kong menawarkan pelbagai lawatan bertema dan berpandu yang menyelami budaya kota, penerokaan kulinari, sejarah, alam semula jadi dan banyak lagi. Lawati laman web Lembaga Pelancongan Hong Kong untuk melihat semua yang ada untuk anda dan keluarga.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia