Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Pepatah Melayu ini menggambarkan kehidupan alam rumah tangga tak semuanya indah. Sebab itu jangan sampai terlajak bergaduh depan anak kerana ia akan beri kesan tak baik.
Biasalah kita kalau bergaduh kadang-kadang terlepas bergaduh depan anak hingga si kecil terpinga-pinga dan bingung melihat ibu bapanya bergaduh.
Kalau setakat perli memperli itu tak apalagi. Kalau sampai tarik rambut, tarik hidung atau tarik segala macam benda yang boleh ditarik. Tak ke itu nahas namanya!
Jadi kalau boleh, jangan bergaduh depan anak. Sebaiknya ibu bapa tunjukkan kasih sayang dan saling hormat menghormati di depan anak. Barulah rumah tangga aman dan damai sentosa.
Bukan ia, bergaduh depan anak akan bawa 6 kesan buruk kepada perkembangan mereka. Antaranya seperti berikut:
6 kesan buruk bergaduh depan anak
#1: Anak kemurungan dan rasa bersalah
Bila anak sudah mencecah umur tujuh tahun ke atas, mereka mudah faham apa yang berlaku di sekeliling. Sebab itu bahaya bila bergaduh depan anak terutama jika ia ada kaitan dengan hal anak.
Contohnya, anda gaduh depan anak sebab isu belanja sekolah atau masalah anak ketika di sekolah. Jadi, anak akan rasa kemurungan dan rasa bersalah bila melihat ibu bapanya gaduh disebabkannya.
Lantas, dia akan menyalahkan diri sendiri di atas pergaduhan tersebut.
#2: Bergaduh depan anak – perkembangan otak terjejas
Kajian dari Eamon McCrory dari University College London mengatakan jika ibu bapa gaduh depan anak, atau anak melihat ibunya dimarahi dan dipukul, tenyata anak memiliki corak pemikiran yang sama seperti tentera di medan perang. Ha… biar betul!
Otak anak pada umur 11 tahun ini sebenarnya lebih kelihatan pada bahagian serebelum kecil yang berhubungan dengan stres.
Malah mereka tidak dapat memproses situasi sebenar yang berlaku jika anda bergaduh depan anak. Ledakan negatif boleh berlaku dan beri kesan pada anak dalam jangka masa panjang.
#3 : Bergaduh depan anak – Anak stres bila tengok ibu bapa gaduh
Selain daripada itu, gaduh depan anak boleh mengganggu emosi mereka seperti depresi, stres dan tekanan perasaan,
Akibat dari itu, ia bawa kesan terhadap tingkah laku anak terhadap orang sekeliling hingga prestasi belajar juga boleh alami kemerosotan dan penurunan.
Jika tak mahu kesan buruk ini terbawa-bawa dalam hidup anak, elak bergaduh depan anak ya!
#4 : Bergaduh depan anak – Kurang mempercayai diri
Sebagai ibu bapa, anda sepatutnya menunjukkan sikap dan teladan yang baik di hadapan anak. Bukannya gaduh depan anak kemudian mengeluarkan perkataan kasar dan tak senonoh.
Tak sedarkah ia bawa kesan buruk pada anak di masa hadapan?
Sedangkan rumah merupakan tempat paling aman untuk anak-anak. Tapi jika hal seperti gaduh depan anak ini terjadi tentu mereka tak suka dan kurang selesa.
Lantas anak rasa kurang mempercayai diri dan kerap keluar dari rumah kerana mereka merasakan dunia luar lebih baik dari dalam rumah.
Apatah lagi bila mereka berkahwin, bimbang jika anak melakukan perkara yang sama terhadap pasangan mereka. Tak habis-habis dengan bergaduh saja!
#5: Bergaduh depan anak punca anak mudah jatuh sakit
Bayangkan anak sedang tidur, tapi kalian berdua sedang bergaduh. Ini membuatkan anak mudah jatuh sakit akibat tak dapat tidur lena yang sebaiknya dan gangguan tidur.
Sedangkan ibu bapa yang jarang bergaduh, anak-anak hidup sihat dan cergas.
Jika ingin anak ada mental yang sihat, sebaiknya jangan bergaduh depan anak. Elakkan dan berbincang secara aman dengan pasangan dalam kamar tidur peribadi anda.
Jika mereka melihat ibu bapanya bergaduh secara aman seperti berbincang dengan baik, sudah pasti anak akan ikut bila mereka sudah berkahwin kelak.
#6: Bergaduh depan anak akan buat anak berdendam
Namun begitu, bila bergaduh depan anak, jangan biarkan mereka memilih untuk berpihak pada yang mana satu sama ada ibu atau ayahnya.
Kemudian, jangan bercerita yang bukan-bukan tentang ibu atau ayahnya kerana mereka akan berdendam dan dendam ini mampu dibawa hingga ke besar.
Ia akan menumbuhkan kebencian dalam diri mereka dan berdendam pada orang tuanya.
Justeru, emosi ketika bergaduh atau bertengkar dengan pasangan akan terjadinya membentukan karakter anak terutama ia berkaitan dengan kesihatan mental mereka.
Semoga artikel ini bawa manfaat dan jangan lupa kongsi di laman Facebook anda.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Foto: Siakap keli
Sumber: theAsianparent Indonesia
Baca juga: