Siapa kata anda tak boleh bergaya macam artis kalau tidak mahu berbelanja besar? Haaa, hari ini kami bawakan 6 rahsia bagaimana anda boleh bergaya macam artis tanpa perlu jadi macam “orang kaya” dan berbelanja besar pun.
Lepas ini bolehlah anda bergaya dan OOTD setiap hari! Jom tengok apakah rahsia bergaya macam artis yang mudah ini 😛
6 rahsia bergaya macam artis tanpa perlu belanja besar
#1 Ada tailor tetap yang tahu saiz anda
Salah satu cara bergaya macam artis yang paling senang adalah dengan memilih baju yang betul-betul “kena” dan muat dengan anda. Sebab itu pentingnya ada tailor atau pembuat baju peribadi ini.
Tailor akan buat baju yang anda pakai nampak lebih mahal dari harga sebenarnya.
Tips paling best: Jangan berkira nak alter kain yang tidak mahal. Kalau kena dengan gaya, kain murah pun boleh nampak macam kain mahal!
#2 Pilih beg tangan klasik
Pemilihan beg tangan tak perlu dari jenama yang mahal-mahal pun untuk bergaya macam artis. Cukuplah jika anda pilih beg klasik yang boleh tahan lama.
Tips paling best: Pilih beg tote atau cross body dalam rekaan klasik. Dengan rekaan klasik, ia tak lapuk dek zaman dan akan sentiasa kena dengan gaya anda. Jangan salah pilih warna juga, ya!
#3 Lebih sikit dan minimal lebih bagus!
Fesyen yang pelbagai memang nampak macam best. Kita rasa nak try semua benda dan semua trend. Tapi, tidak semua trend sesuai dengan kita, lebih-lebih lagi kalau kita nak bergaya macam artis.
Contohnya corak binatang memang nampak hebat, tapi kalau anda overdo, anda akan jadi mangsa fesyen!
Tips paling best: Kalau anda nak bergaya macam artis, pilih satu tema dan jangan gabung 2 tema besar sekali.
#4 Pilih kasut tinggi atau flat muncung tajam
Kasut tinggi atau flat dengan muncung tajam sebenarnya akan nampak “lebih mahal” dari kasut-kasut yang lain. Jadi, apa kata kita ambil kesempatan ini untuk bergaya macam artis!
Pilih kasut tinggi atau flat muncung tajam dengan warna klasik yang boleh “masuk” dengan semua baju.
Tips paling best: Pilihlah kasut yang selesa. Kalau tak selesa dan menyakitkan kaki, tak best juga!
#5 Jaga penampilan diri anda
Kunci utama untuk bergaya macam artis adalah dengan bijak menjaga penampilan diri anda dari segi benda-benda kecil seperti rambut dan kuku.
Pastikan rambut anda up to date dan kuku anda bersih. Kalau anda malas nak ke mani-pedi, hanya pastikan kuku anda panjang dan bersih pun dah cukup.
Kalau anda jenis berani, cuba guna warna kuku yang terang di kaki dan warna lembut/natural di tangan. Ini supaya kalau warna tersebut pecah, tak nampak dengan jelas sangat di kuku tangan anda.
Jangan lupa bawa warna kuku dalam beg, senang nak topup bila anda perlu.
#6 Jaga barangan kulit anda
Tiada apa yang mampu melengkapkan gaya artis anda melainkan dengan aksesori kulit. Jadi, jaga barangan kulit anda.
Benda itu yang akan menunjukkan betapa bergayanya anda.
Tips paling best: Kalau anda ada banyak barangan kulit dan beg kulit, simpan ia dengan bubble wrap atau tisu, jadi ia takkan berdebu.
Ha… senang saja kan nak bergaya macam artis? Tak perlu berbelanja besar pun! Jom kita cuba. Mana tahu lepas ini boleh nampak macam Fazura atau Fattah Amin 😀
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
7 cara berpakaian yang betul supaya anda nampak lebih tinggi