X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Product GuideSign in
  • Becoming a Parent
    • Project Sidekicks
    • Pregnancy
    • Losing A Baby
    • Conceiving a Baby
    • Adoption
    • Labour & Delivery
  • Ages & Stages
    • Baby
    • Child
    • Pre-Teen & Teen
  • Parenting
    • Parenting Tips
    • Marriage, Relationship & Sex
    • Viral News
  • Health
    • Illness
    • Allergy & Syndrome
    • Vaccinations
    • Give Health A Shot
  • Breastfeeding & Nutrition
    • Breastfeeding
    • Healthy Meal Tips
    • Formula
  • Education
    • Preschool
    • Primary School
    • Middle School
    • Special Education
  • Money Parenting
    • Tips for Parents
    • Tips for Toddlers
    • Tips for Older Kids
    • The 5 Personas
  • Lifestyle
    • Money
    • Contests & Promotions
    • Holiday
    • Spirituality
    • Home
  • TAP Recommends
  • Press Room
  • Products
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Advertise With Us

7 cara berpakaian yang betul supaya anda nampak lebih tinggi

4 min read
7 cara berpakaian yang betul supaya anda nampak lebih tinggi

Anda tahu tak cara nampak tinggi? Tak perlu makan pil merepek atau buat pembedahan panjangkan tulang (ouch!). Cukup sekadar memilih pakaian yang betul!

Seronok betul bila tengok orang slim dan tinggi berpakaian. Semuanya serba masuk dan nampak cantik. Anda tahu tak cara nampak tinggi?

Tak perlu pun makan pil tinggi yang dijual online, cukup sekadar memilih cara berpakaian yang betul!

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi dengan anda beberapa tip tentang cara nampak tinggi dan slim. Anda mungkin perlu merombak closet anda, ataupun cukup sekadar menambahbaik pakaian yang serba ada. Ok, jom kita lihat cara-caranya!

Cara nampak tinggi dengan memilih pakaian yang betul

1. Berpakaian satu warna

cara nampak tinggi, cara nak nampak tinggi, cara tampak tinggi

Kredit: Potentash.com

Antara cara nampak tinggi yang paling mudah untuk anda cuba di rumah adalah dengan memilih pakaian satu warna. Selalunya, memilih pakaian (baju/top, seluar/skirt) yang serba hitam akan membuatkan si pemakai tampak tinggi.

Tapi, jangan berasa gusar juga untuk memilih set pakaian warna lain. Ungu, light pink, kuning cerah, semuanya mengikut kesesuaian atau kegemaran anda.

Asalkan ia sesuai dan masuk dengan warna kulit anda, anda pasti kelihatan cantik dan tinggi!

2. Pilih skirt atau dress yang labuh dan panjang

cara nampak tinggi, cara nak nampak tinggi, cara tampak tinggi

Kredit: Aliexpress.com

Jika tahap ketinggian anda sederhana, antara cara nampak tinggi adalah dengan memilih skirt atau dress yang benar-benar labuh.

Jangan pilih panjang dress yang sekerat atau separuh sahaja. Ia hanya akan membuatkan anda nampak pendek!

3. Pilih seluar atau dress yang tinggi dari pinggang

cara nampak tinggi, cara nak nampak tinggi, cara tampak tinggi

Kredit: India.com

Kalau anda mahu kelihatan tinggi, anda boleh memilih seluar atau dress yang mempunyai takat pinggang yang tinggi, atau turut dikenali sebagai ‘high waist.’

Ia membantu membuatkan bahagian tengah badan anda nampak panjang.

Nak tampak lagi tinggi, pilih juga seluar high waist yang mempunyai bukaan kaki yang besar (sampai membuatkan kasut anda tertutup dan tidak kelihatan!).

4. Pilih pakaian yang dibuat khas untuk badan anda oleh tailor

cara nampak tinggi, cara nak nampak tinggi, cara tampak tinggi

Kredit: Flexspace.com

Kalau kita memilih pakaian sedia ada yang dijual di kedai atau secara online, barangkali potongan bentuk pakaian tersebut tidak sesuai 100% dengan badan kita.

Ia mungkin agak pendek, terlebih labuh, terlalu besar atau gelebeh. Hasilnya, ia membuatkan kita nampak gemuk dan pendek.

Jadi, pilihlah tailor atau tukang jahit kegemaran anda dan tempah pakaian yang benar-benar masuk dengan bentuk badan anda. Pasti anda nampak tinggi, kemas dan cantik!

5. Pilih beg tangan yang kecil

cara nampak tinggi, cara nak nampak tinggi, cara tampak tinggi

Kredit: Chaneleshow.com

Bagaimana pula beg tangan memainkan peranan sama ada kita nampak pendek atau tinggi? Sebenarnya, ia turut memberi kesan kepada penampilan kita!

Jika beg tangan kita terlalu besar, ia membuatkan badan kita nampak lebih ‘berat’ dan pendek. Jadi, pilihlah beg tangan mini yang kecil, ia membantu membuatkan anda nampak slim dan sekaligus, tinggi!

Partner Stories
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Kulit Menawan dan Menjadi Seorang Ibu: Bolehkah Kecapi Kulit Mulus Selepas Bergelar Ibu?
Kulit Menawan dan Menjadi Seorang Ibu: Bolehkah Kecapi Kulit Mulus Selepas Bergelar Ibu?
Anda Boleh Tampil Bergaya Dan Selesa Dalam Masa Yang Sama, Itulah Kelebihan MS. READ!
Anda Boleh Tampil Bergaya Dan Selesa Dalam Masa Yang Sama, Itulah Kelebihan MS. READ!
Ibu-Ibu Gila Shopping? Ini Cara Mudah Untuk Berbelanja Seisi Keluarga, Satu Tempat Saja Sudah Memadai!
Ibu-Ibu Gila Shopping? Ini Cara Mudah Untuk Berbelanja Seisi Keluarga, Satu Tempat Saja Sudah Memadai!

6. Pilih kasut yang hujungnya tajam, atau ‘pointed’

cara nampak tinggi, cara nak nampak tinggi, cara tampak tinggi

Kredit: Femalecharming.com

Antara cara nampak tinggi yang lain adalah dengan memakai kasut yang hujungnya tajam. Ia turut dikenali sebagai ‘pointed shoes.’ Haa…ini masa yang sesuai untuk anda berfesyen dengan kasut tajam!

Pointed shoes akan membuatkan kaki (dari tumit hingga jari kaki) anda nampak panjang dan menjadi sambungan kepada sepasang kaki (dari pinggang hingga buku lali) yang juga…panjang!

7. Pilih tali pinggang yang halus

cara nampak tinggi, cara nak nampak tinggi, cara tampak tinggi

Kredit: Abeautifulmess.com

Kalau anda gemar memakai seluar bersama dengan tali pinggang atau dress yang mempunyai tali di bahagian pinggang, pastikan yang ianya halus dan kecil.

Tali pinggang yang terlalu lebar akan membuatkan badan anda nampak seperti blok. Tapi jika ianya halus, ia membantu membuatkan badan anda nampak slim dan panjang. Jangan lupa juga untuk memilih tali pinggang yang berwarna sama dengan pakaian anda (lihat semula tip #1).

Mari cuba semua tip di atas dan kami pasti, ia bukan sahaja membuatkan anda nampak cantik dan kemas, malah slim dan tinggi!

Sumber: theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

11 Cara Di Rumah Yang Boleh Kempiskan Perut Selepas Bersalin

Got a parenting concern? Read articles or ask away and get instant answers on our app. Download theAsianparent Community on iOS or Android now!

img
Written by

Noor

  • Home
  • /
  • Fesyen
  • /
  • 7 cara berpakaian yang betul supaya anda nampak lebih tinggi
Share:
  • Petua Awet Muda Ikut Cara Islam Yang Mudah - Tidak Perlukan Bajet Besar Pun!

    Petua Awet Muda Ikut Cara Islam Yang Mudah - Tidak Perlukan Bajet Besar Pun!

  • Jom Bongkar 5 Rahsia Bagaimana Cara Kemas Rumah Agar Selalu Nampak Teratur Saja!

    Jom Bongkar 5 Rahsia Bagaimana Cara Kemas Rumah Agar Selalu Nampak Teratur Saja!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Get advice on your pregnancy and growing baby. Sign up for our newsletter
  • Conceiving a Baby
    • Adoption
    • Pregnancy
    • Labour & Delivery
    • Marriage, Relationship & Sex
  • Baby
    • Baby Names
    • Ages & Stages
    • Parenting Tips
    • Breastfeeding & Nutrition
  • Health
    • Fitness
    • Allergy & Syndrome
    • Illness
    • Healthy Meal Tips
  • Education
    • Preschool
    • Primary School
    • Middle School
    • Special Education
  • Lifestyle
    • Home
    • Money
    • Holiday
    • Contests & Promotions
  • More
    • TAP Community
    • Advertise With Us
    • Contact Us
    • Become a Contributor

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
About Us|Team|Privacy Policy|Terms of Use |Sitemap HTML
  • Tools
  • Articles
  • Feed
  • Poll

We use cookies to ensure you get the best experience. Learn MoreOk, Got it

We use cookies to ensure you get the best experience. Learn MoreOk, Got it

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.