Berhenti Komen Berat Badan Anak Anda, Ia Beri Kesan Masa Panjang

Komen yang anda buat tentang berat badan anak anda memberi kesan kepada mereka sehingga dewasa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut satu kajian baru-baru ini, komen tentang berat badan yang dibuat semasa zaman kanak-kanak akan menyakiti perasaan kanak-kanak. Disarankan, berhenti komen berat badan anak anda kerana ia juga boleh menyebabkan kesan jangka panjang.

Kajian dari Universiti Cornell Food & Branch Lab, peserta yang teringat ibu bapa mereka membuat komen tentang berat badan mereka, lebih cenderung untuk menjadi tidak puas hati dengan berat badan dewasa mereka.

Berhenti Komen Berat Badan

Ibu bapa dinasihatkan berhenti komen berat badan anak anda kerana berdasarkan satu kajian di mana 501 wanita telah ditanya mengenai imej badan mereka dan untuk ingat kembali, jika ibu bapa mereka pernah komen mengenai berat badan mereka.

Mereka yang berlebihan berat badan adalah 27% lebih cenderung untuk mengingat kembali ibu bapa mereka membuat komen mengenai berat badan mereka dan 28% lebih cenderung untuk mengingati komen ibu bapa mereka tentang tabiat makan mereka berbanding wanita yang mempunyai BMI yang sihat.

“Membuat komen mengenai berat badan wanita bukannya idea yang baik, walaupun mereka masih kanak-kanak perempuan,” kata penulis utama Brian Wansink, PhD.

Lebih menarik lagi, wanita yang mempunyai berat badan berlebihan dan mereka yang sihat juga teringat pada komen ibu bapa mereka mengenai berat badan mereka, kurang berpuas hati dengan berat badan walaupun mereka sudah dewasa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam erti kata lain, walau apa jua berat badan anak anda, elakkan membuat komen tentang berat badan mereka, kerana ia mengakibatkan imej tubuh negatif.

“Jika anda bimbang tentang berat badan anak anda, elakkan mengkritik mereka”.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Jika anda bimbang tentang berat badan anak anda, elakkan mengkritik mereka atau menyekat makanan mereka,” Wansink meneruskan.

“Sebaliknya, didiklah mereka untuk membuat pilihan makanan yang sihat dari kecil dan menggalakkan aktiviti sihat dengan memberikan mereka kebebasan untuk memilih untuk diri mereka sendiri dan dengan membuat pilihan yang lebih sihat dan selesa. Selepas itu, ia adalah pilihan kanak-kanak itu sendiri yang akan membawa kepada tabiatnya untuk sepanjang hayat.”

Rencana diterjemahkan daripada The Asian Parent Singapore.

Baca juga:

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Michelle Goh