Benarkah Covid-19 Boleh Tersebar Melalui Hubungan Seksual? Suami Isteri Diminta Waspada!

Adakah mendatangkan risiko jika berhubungan badan dengan pasangan semasa penularan wabak covid-19 yang boleh meragut nyawa ini? Ini jawapan yang jelas berkaitannya!

Persoalan tentang berhubungan badan antara suami dan isteri boleh menyebabkan penularan wabak corona virus, adakah ia benar atau sekadar mitos yang bertiupan di kala wabak ini sedang meruncing di seluruh dunia.

Apa yang pasti, sudah banyak penelitian yang telah dikeluarkan oleh pasukan perubatan berkaitan dengan covid-19 atau corona virus ini.

Sampai ia menimbulkan suasana panik di kalangan masyarakat dan rata-rata mengambil pendekatan dengan mengamalkan tahap kebersihan dan jaga jarak di antara satu sama lain.

Insyallah, dengan cara dan amalan yang baik ini diharapkan kita semua terhindar dari wabak yang paling dasyat setakat ini di dunia.

Benarkah berhubungan badan berisiko terkena jangkitan Covid-19?

Terdahulu, wabak corona virus ini telah mengancam hampir ke seluruh kawasan, negeri, negara dan benua.

Sekiranya tidak dibendung dengan baik, ia boleh menjejaskan dan meningkatkan angka kematian yang bakal dicatatkan.

Misalnya dalam negara kita, wabak Covid-19 ini dikatakan muncul daripada kes yang memiliki kontak rapat dengan pesakit yang positif.

Ini bermaksud, seseorang itu pernah berinteraksi atau berhubungan dengan pesakit dalam jarak yang dekat.

Hal ini secara tak langsung boleh menyebarkan covid-19 melalui cecair dari mulut seperti batuk dan bersin.

Seperti di negara Perancis, pasukan perubatan di sana melarang orang ramai dari berpelukan, bercium dan elakkan berhubungan badan sebagai langkah mengelakkan sebaran wabak covid-19.

Walaubagaimanapun, menjadi tanda tanya sama ada virus ini boleh berjangkit melalui cecair lain di tubuh seseorang selain dari pernafasan.

Atau lebih jelas lagi, adakah ia boleh tersebar menerusi hubungan seksual? 

Cecair vagina dan air mani

Menurut Kristin Englund dari Jabatan Penyakit Berjangkit di Celeveland menjelaskan bahawa Covid-19 tersebar melalui cecair yang datangnya dari rongga pernafasan individu yang telah dijangkiti.

"Namun begitu, belum ada kepastian sama ada cecair seperti vagina atau air mani boleh menyebabkan penularan wabak penyakit ini.

"Bahkan, pihak perubatan kami masih belum mempunyai data yang mencukupi untuk memastikan perkara ini benar atau sebaliknya.

"Walaubagaimanapun, sekiranya mendapati pasangan mendapat jangkitan ini sebaiknya elakkan dari berhubungan badan kerana dibimbangi boleh menyebarkan virus ini menjadi lebih kronik," katanya.

Terutamanya jika melihat pasangan mempunyai simptom corona virus seperti batuk, selesema, demam panas atau bersin yang tidak henti-henti.

Jadi anda sangat digalakkan untuk tidak terus berpacaran atas ranjang dan menunda keinginan tersebut terlebih dahulu sehingga kedua-dua daripada anda benar-benar sihat dan pulih dari bahaya penyakit.

Jangan panik, virus corona tidak tersebar dari hubungan seks?

Menjelaskan dengan lebih lanjut, Profesor Klinik Jabatan Perbidanan dan Ginekologi dari School of Medicine UCLA, Mark Surrey memberikan analisanya di mana virus corona ini tidak menular langsung dari hubungan seksual.

Tapi, virus ini boleh tersebar melalui air liur sekiranya salah seorang dari pasangan dijangkiti wabak ini.

Biasalah bila kita melakukan hubungan badan tentu ada aksi berciuman, menghela nafas dan sebagainya, bukan?

Jadi secara tak langsung ia boleh menyebabkan penularan wabak ini tapi bukan secara genital dari air mani atau cairan vagina.

Meskipun itu, ahli perubatan meminta agar suami isteri lebih berhati-hati dan tidak melakukan ciuman mulut dengan pasangan kerana dibimbangi menularkan wabak ini.

Justeru, adalah lebih baik anda mengambil langkah berhati-hati jika berkeinginan untuk berhubungan badan dan sebaiknya menunda aktiviti seks ini sehingga dapat memastikan pasangan benar-benar sihat dan tidak dijangkiti. 

Tambahan info:

Tips selamat untuk melakukan hubungan seks

  • Mencuci tangan dengan betul sebelum memegang badan pasangan supaya tidak menularkan virus ini secara terus.
  • Memberus gigi sebelum melakukan hubungan seks.
  • Menggunakan pakaian yang bersih.
  • Mandi selepas dan sesudah melakukan hubungan seks. Ini sekaligus membuatkan tubuh rasa lebih segar.
  • Akhir sekali, pastikan kedua-dua anda dalam keadaan sihat bagi menghindari penularan wabak ini kepada pasangan.

Semoga bermanfaat.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Donna.com, Liputan6 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga