Beri Cucu Makan Madu Hingga Lembik, Wanita Buat Laporan Polis Terhadap Suami Dan Ibu Mentua Antivax

Tular perkongsian di X, seorang wanita membuat laporan polis gara-gara suami dan ibu mentua beri cucu makan madu sebagai ikhtiar demam panas

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak tahan dengan tindakan melulu suami dan ibu mentua beri cucu makan madu sehingga menyebabkan anaknya yang demam lagi jatuh sakit, wanita ini bertindak membuat laporan polis terhadap kedua-duanya.

Ibu Mentua Beri Cucu Makan Madu, Antivaksin

Seorang wanita mendedahkan di platform X bahawa suami dan ibu mentuanya adalah golongan anti vaksin dan tidak percaya pada perubatan moden.

Bagaimanapun, dia tidak mengetahui perkara tersebut sebelum membuat keputusan untuk berkahwin.

Difahamkan ketika bersalin, suami wanita tersebut juga menolak untuk pakar perubatan memberikannya vitamin dan vaksin.

Bercerita lanjut, wanita itu menyatakan bahawa ketika anaknya jatuh sakit, ibu mentuanya tidak memberikan ubat, sebaliknya memberi madu kepada anaknya yang difahamkan di bawah usia setahun.

“Semasa raya haji, kami berkumpul di rumah mentua tapi anak saya demam. Saya bawa ke GP (general practitioner), dapat paracetamol tapi mentua kata tak boleh berikan.

Saya tak hantar anak ke taska, mak mentua cakap nak jaga dan saya masih positif”, kongsinya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa yang lebih membimbangkan, selepas empat hari berlalu demam anaknya masih belum kebah.

Empat hari anak masih demam, paracetamols tak buka pun. Bila saya tanya anak dah lama demam, suami berkeras tak nak pergi hospital, mak mentua pula cakap dia beri madu.”

Melihat keadaan itu, dia bergegas ke hospital membawa anaknya yang pada ketika itu dalam keadaan lemah dan tidak bermaya.

“Anak saya lembik, kaki tangan semua bengkak. Madu dalam botol saya beli di pasaraya harga RM6. Saya terus bawa anak ke kecemasan, anak kena pneumonia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kemudian mak saya datang jaga anak di hospital.”

Tanpa teragak-agak, wanita ini bertindak membuat laporan polis terhadap suami dan ibu mentuanya atas sebab pengabaian.

Dan pada yang sama, dia turut memfailkan perceraian terhadap suaminya.

Saya buat laporan polis suami dan ibu mentua, kemudian polis tahan reman dan akan didakwa atas pengabaian, mereka ditahan dua hari sebelum dijamin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Meskipun suaminya minta tarik laporan, namun tidak mengendahkannya dan nekad untuk memfailkan perceraian dalam masa yang terdekat.

“Dia cakap dia tak mahu jadi anti vaksin lagi tapi mak mentua dan keluarga dia yang lain memang maki saya panjang lebar. Macam mana ya? Betul ke tindakan saya? Atau saya yang keterlaluan?”

Perkongsian yang tular itu mendapat sokongan netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan tindakan berani wanita berkenaan.

Bahaya Madu Kepada Bayi Bawah Usia Setahun

Madu tidak boleh diberikan kepada bayi berusia bawah setahun kerana ia mengandungi spora bakteria Clostridium botulinum yang berisiko tinggi menyebabkan botulisme.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Botulisme adalah penyakit serius yang boleh menyebabkan kelumpuhan dan kematian.

Bayi di bawah usia setahun masih belum mempunyai sistem imun dan sistem pencernaan yang matang untuk melawan bakteria ini.

Berikut adalah beberapa tanda-tanda botulisme pada bayi:

  • Lemah otot.
  • Kesukaran menelan atau air liur berlebihan
  • Sembelit
  • Tangisan yang lemah
  • Pergerakan berkurangan
  • Kedutan otot
  • Masalah pernafasan

Jika terdapat sebarang tanda-tanda ini, penting untuk ibu ayah mendapatkan rawatan perubatan dengan segera. Sebarang kelewatan akan menyebabkan komplikasi serius atau berlakunya kematian.

X

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: “JANGAN SESEKALI Beri Madu Pada Bayi Bawah 1 tahun, Saya Menyesal Sampai Sekarang!”

Baca juga: 8 tanda sakit pada bayi yang tak boleh dibuat main – bahaya kalau tak dirawat!

Baca juga: Baby Demam Tanda Tubuh Sedang Membina Ketahanan, Begini Cara Turunkan Suhu Demam Yang Berkesan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah