X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Jangan Abaikan Tanda Demam Malaria! Ini Yang Perlu Anda Buat Bila Berdepan Dengan Penyakit Ini

6 min bacaan
Jangan Abaikan Tanda Demam Malaria! Ini Yang Perlu Anda Buat Bila Berdepan Dengan Penyakit Ini

Tanda demam malaria ini mungkin anda tak ketahui! Walaupun penyakit ini boleh dirawat dan dicegah, ia tak patut ambil mudah dengan risikonya.

Tanda demam malaria perlu diketahui oleh umum kerana penyakit ini boleh menyebabkan maut. Walaupun Malaysia sudah berjaya mencapai sifar kes Malaria manusia jangkitan tempatan untuk enam tahun berturut-turut, risikonya masih ada.

▲▼Isi Kandungan

  • Apa Itu Demam Malaria
  • Tanda Demam Malaria
  • Komplikasi
  • Rawatan Demam Malaria
  • Langkah Pencegahan

Apa Itu Demam Malaria

Demam Malaria adalah penyakit yang mengancam nyawa dan biasanya ditemui di negara-negara tropika seperti negara kita sendiri. Namun begitu, penyakit ini boleh dicegah dan dirawat.

Tetapi, tanpa diagnosis tang cepat dan rawatan yang berkesan, kes demam malaria yang tidak rumit boleh berkembang menjadi bentuk penyakit yang teruk dan mungkin boleh menyebabkan maut.

Demam Malaria adalah penyakit tidak berjangkit namun ia disebarkan melalui gigitan nyamuk betina Anopheles. Terdapat lima spesies parasit yang boleh menyebabkan malaria pada manusia dan dua daripada spesies ini iaitu Plasmodium falciparum dan Plasmodium vivax adalah ancaman terbesar.

Terdapat lebih daripada 400 spesies nyamuk Anopheles dan sekitar 40, yang dikenali sebagai spesies vektor, boleh menyebarkan penyakit ini.

Risiko jangkitan adalah lebih tinggi di sesetengah kawasan berbanding yang lain bergantung kepada pelbagai faktor, termasuk jenis nyamuk tempatan.

Ia juga mungkin berbeza mengikut musim, dengan risiko tertinggi berlaku semasa musim hujan di negara-negara tropika.

tanda demam malaria, demam malaria, malaria, gejala malaria

Tanda Demam Malaria

1. Demam Dan Menggigil

Demam malaria sering kali disertai oleh menggigil yang kuat dan demam tinggi yang datang dan pergi. Corak demam ini bergantung kepada jenis parasit Plasmodium yang menjangkiti:

  • Plasmodium falciparum: Demam yang tidak menentu, sering kali tanpa corak yang jelas.
  • Plasmodium vivax dan Plasmodium ovale: Demam berulang setiap 48 jam.
  • Plasmodium malariae: Demam berulang setiap 72 jam.
  • Plasmodium knowlesi: Demam berulang setiap 24 jam.

2. Berpeluh Berlebihan

Selepas fasa menggigil dan demam, pesakit biasanya akan berpeluh dengan banyak dan suhu badan menurun kemudian kembali normal. Fasa ini dikenali sebagai fasa berpeluh.

3. Sakit Kepala

Sakit kepala yang teruk dan berterusan adalah salah satu gejala utama malaria. Ini boleh menyukarkan pesakit untuk melakukan aktiviti harian dan menyebabkan ketidakselesaan yang berpanjangan.

4. Loya Dan Muntah

Loya dan muntah sering kali menyertai demam malaria. Gejala ini boleh menyebabkan dehidrasi dan ketidakselesaan perut yang teruk.

5. Sakit Badan Dan Sendi

Sakit badan yang teruk, terutamanya di bahagian belakang dan sendi, adalah gejala umum yang dialami oleh pesakit malaria. Ini boleh menyebabkan keletihan dan kelemahan yang berpanjangan.

6. Rasa Lemah Dan Keletihan

Pesakit malaria sering kali merasa lemah dan letih, walaupun selepas tidur yang mencukupi. Keletihan ini boleh berterusan selama beberapa minggu selepas jangkitan awal.

Komplikasi

Jika tidak dirawat dengan segera, malaria boleh berkembang menjadi lebih serius dan mengancam nyawa. Antara gejala lanjut termasuk:

1. Anemia

Malaria menyebabkan kerosakan sel darah merah yang boleh menyebabkan anemia. Gejala anemia termasuk keletihan, pucat, dan sesak nafas.

2. Jaundis

Kerosakan sel darah merah yang berterusan boleh menyebabkan jaundis, dan simptom ini dapat dilihat dengan kulit dan mata yang berwarna kuning.

3. Hepatomegali dan Splenomegali

Pembesaran hati (hepatomegali) dan limpa (splenomegali) boleh berlaku akibat kerosakan sel darah merah yang berterusan. Ini boleh menyebabkan ketidakselesaan dan sakit perut.

4. Kesukaran Bernafas

Dalam kes yang teruk, pesakit mungkin mengalami kesukaran bernafas, yang boleh menjadi tanda malaria serebrum atau komplikasi serius lain.

5. Gangguan Sistem Saraf Pusat

Malaria serebrum, bentuk malaria yang paling teruk, boleh menyebabkan kekeliruan, sawan, dan koma. Ini adalah keadaan kecemasan perubatan yang memerlukan rawatan segera.

Rawatan Demam Malaria

1. Artemisinin-based Combination Therapies (ACTs)

ACT adalah rawatan garis pertama untuk P. falciparum. Ia menggabungkan artemisinin dengan ubat antimalaria lain untuk meningkatkan keberkesanan rawatan dan mencegah rintangan ubat.

2. Chloroquine

Chloroquine digunakan untuk merawat P. vivax, P. ovale, dan P. malariae di kawasan di mana parasit ini masih sensitif terhadap chloroquine. Namun, di banyak kawasan, parasit telah menjadi rintang terhadap chloroquine.

3. Primaquine

Primaquine digunakan untuk mencegah kekambuhan malaria yang disebabkan oleh P. vivax dan P. ovale dengan membunuh bentuk parasit yang tidak aktif dalam hati. Ia juga boleh digunakan untuk mengelakkan penularan malaria.

4. Quinine dan Clindamycin

Quinine dan clindamycin digunakan untuk merawat malaria teruk atau apabila ACT tidak boleh digunakan. Quinine sering kali digunakan dalam kes-kes yang memerlukan rawatan intravena.

Stories Rakan Kongsi
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Keep Your Child’s Health And Safety At Home In Tip Top Order During This Pandemic Season
Keep Your Child’s Health And Safety At Home In Tip Top Order During This Pandemic Season
Rawatan Cirit Birit Di Rumah Mengikut Usia Anak, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
Rawatan Cirit Birit Di Rumah Mengikut Usia Anak, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
Ketahui 6 Punca Sakit Badan dan Jenis Sakit Badan Yang Biasa Dialami. Ini Cara Merawatnya!
Ketahui 6 Punca Sakit Badan dan Jenis Sakit Badan Yang Biasa Dialami. Ini Cara Merawatnya!

Langkah Pencegahan

Intervensi Kawalan Vektor

Kawalan vektor adalah pendekatan utama untuk mencegah malaria dan mengurangkan penularannya. Dua bentuk kawalan vektor yang berkesan bagi orang yang tinggal di negara endemik malaria adalah:

1. Kelambu Berinsektisida: Kelambu yang dirawat dengan insektisida dapat mencegah gigitan nyamuk semasa orang tidur dan membunuh nyamuk ketika mereka cuba menggigit.

2. Penyemburan Residual Dalam Ruangan: Penyemburan insektisida pada permukaan tempat nyamuk cenderung berehat, seperti dinding dalaman, jeriji, dan siling rumah serta struktur domestik lain.

Bagi yang selalu melancong atau mengembara, penggunaan kelambu berinsektisida adalah intervensi kawalan vektor yang paling praktikal. WHO menyelenggarakan senarai produk kawalan vektor yang telah dinilai untuk keselamatan, keberkesanan, dan kualitinya.

Terapi Kemopreventif Dan Kemoprofilaksis

Walaupun direka untuk merawat pesakit yang sudah dijangkiti malaria, beberapa ubat antimalaria juga boleh digunakan untuk mencegah penyakit ini. Terapi kemopreventif malaria yang disarankan oleh WHO untuk orang yang tinggal di kawasan endemik termasuk:

  • Rawatan Pencegahan Berselang untuk Malaria pada Kehamilan: Terapi ini diberikan kepada wanita hamil di kawasan endemik malaria untuk mencegah jangkitan.
  • Kemoprevensi Malaria Sepanjang Tahun: Memberikan ubat pencegah malaria secara berkala sepanjang tahun.
  • Kemoprevensi Malaria Bermusim: Memberikan ubat pencegah malaria pada musim tertentu di mana risiko jangkitan lebih tinggi.
  • Kemoprevensi Malaria Pasca Pelepasan: Terapi pencegahan diberikan selepas pesakit keluar dari hospital untuk mengurangkan risiko kekambuhan.
  • Rawatan Pencegahan Berselang untuk Kanak-kanak Umur Sekolah: Terapi ini diberikan kepada kanak-kanak usia sekolah di kawasan endemik.

Ubat kemoprofilaksis juga diberikan kepada pengembara sebelum memasuki kawasan yang endemik malaria dan boleh sangat berkesan apabila digabungkan dengan kelambu berinsektisida.

Demam malaria tidak boleh diambil mudah walaupun ia boleh dicegah dan dirawat dengan langkah-langkah yang betul. Ketahui tanda demam malaria dengan lebih awal agar anda dapat merawatnya secepat mungkin.

Semoga bermanfaat!

MKN, WHO

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tanda Demam Denggi Bagi Kanak-Kanak, Komplikasi & Cara Merawat Demam Denggi

Baca juga: Kasihan Tengok Anak Batuk Tak Henti, Ibu Patut Cuba Cara Mudah Hilangkan Kahak Bayi & Kanak-Kanak Ini

Baca juga: Ibu Ayah, Jangan Ambil Remeh Bila Anak Demam! Boleh Jadi 3 Tanda Amaran Ini Adalah Simptom Influenza

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Anis

  • halaman rumah
  • /
  • Penyakit
  • /
  • Jangan Abaikan Tanda Demam Malaria! Ini Yang Perlu Anda Buat Bila Berdepan Dengan Penyakit Ini
Kongsikan:
  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Ubat Cirit Birit Dan Demam Bayi, Apa Yang Sesuai?

    Ubat Cirit Birit Dan Demam Bayi, Apa Yang Sesuai?

  • Cara Tradisional Turunkan Panas Demam Anak: Letakkan Tuala Basah Di Kepala, Tapak Kaki, Pelipat

    Cara Tradisional Turunkan Panas Demam Anak: Letakkan Tuala Basah Di Kepala, Tapak Kaki, Pelipat

  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Ubat Cirit Birit Dan Demam Bayi, Apa Yang Sesuai?

    Ubat Cirit Birit Dan Demam Bayi, Apa Yang Sesuai?

  • Cara Tradisional Turunkan Panas Demam Anak: Letakkan Tuala Basah Di Kepala, Tapak Kaki, Pelipat

    Cara Tradisional Turunkan Panas Demam Anak: Letakkan Tuala Basah Di Kepala, Tapak Kaki, Pelipat

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham