11 Cara Buang Kahak Bayi & Kanak-Kanak Tanpa Perlu Makan Ubat

Ini 11 cara hilangkan kahak bayi yang sangat berkesan dan mudah. Cuba salah satunya dahulu dan lihat keberkesannya pada anak anda.
Sebelum ini, theAsianparent Malaysia ada berkongsi cara hilangkan kahak bayi dengan minyak bawang putih dan daun sireh. Macam mana? Anda sudah cuba? Mujarab tak?
Pasti semua ibu bapa adalah orang yang paling risau bila melihat anak tak sihat. Ditambah pula keadaan anak yang lesu, kurang makan dan menangis buat perasaan parents bertambah risau.
Kredit: Shutterstock
Jadi, untuk artikel kali ini, kami akan berkongsi 11 cara hilangkan kahak bayi yang berkesan malah diakui sendiri oleh para ibu. Jom kita baca!
4 cara hilangkan kahak bayi dengan rawatan klinik/hospital
1. Cara hilangkan kahak bayi: Titisan hidung
Kredit: verywellhealth.com
Doktor akan memberi titisan hidung bersama air garam yang dipanggil nasal saline drops bagi menghilangkan selsema dan kahak bayi.
Ubat ini juga boleh didapati di farmasi. Tapi sebelum itu, dapatkan dahulu nasihat daripada doktor.
2. Cara hilangkan kahak bayi: Gas nebulizer
Kredit: Hello Sehat
Gas nebulizer berfungsi mencairkan kahak dan biasanya diberikan kepada kanak-kanak yang mengalami 'wheezing' paling teruk hingga mengeluarkan bunyi daripada paru-paru ketika bernafas.
3. Cara hilangkan kahak bayi: Teknik tepukan percussion
- Sebelum memulakan teknik ini, pastikan anak tidak minum susu dalam masa satu ke setengah jam bagi mengelak muntah.
- Anak dalam posisi meniarap dan letak bantal bawah perut.
- Condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala anak di bawah dan luruskan kaki.
- Bentukkan tapak tangan seperti cupping dan tepuk perlahan belakang anak.
- Tepuk selama 15 minit. Kemudian, alih dari kiri dan kanan tubuh anak.
- Tujuannya untuk melonggarkan kahak dalam paru-paru.
- Selepas menepuk, bayi akan terbatuk atau bersin hingga mengeluarkan kahak ketika muntah.
4. Cara hilangkan kahak bayi: Terapi stim
Kredit: Ummuzuhayr
- Letakkan air panas dalam bekas/baldi kecil.
- Pegang anak dengan erat di bahagian tangan dan muka. Halakan mukanya pada wap air tersebut. Kemudian tutup kepala anak untuk merangkap haba.
- Kemudian alihkan baldi. Tepuk tepi dada kanan dan kiri selama satu minit. Buat seperti teknik tepukan percussion tadi.
- Ulang langkah ini supaya lebih banyak kahak keluar.
7 cara buang kahak kanak2 dengan petua tradisional
#1. Kunyit hidup
Tumbuk kunyit hidup. Kemudian, ambil airnya dan sapu pada batang hidung dan dada anak. Ulang sekerap mungkin.
#2. Madu
Madu dapat mengurangkan batuk tapi tak boleh diambil untuk bayi bawah satu tahun kerana ia mengandungi spora botulinum.
Gunakan madu asli yang dicampur dengan air zam zam sebelum memberinya pada anak. Cara-caranya di sini.
#3. Bawang putih bakar
Cucuk bawang putih dengan garpu dan bakar atas dapur gas. Kemudian lenyekken bersama minyak zaitun. Setelah itu, sapu pada hidung, dada dan tapak kaki. Ulang sekerap mungkin.
#4. Air kelapa
Kredit: Hello Sehat
Ini merupakan petua orang tua dengan memberi bayi minum air kelapa asli bagi mengeluarkan kahak atau hingus melalui najis.
#5. Daun kaduk
- Campurkan daun kaduk dengan kapur dan air.
- Ramas dan lumur pada dada, leher dan belakang anak.
- Diingatkan untuk tidak letak terlalu banyak. Dikhuatiri panas.
#6. Minum air secukupnya
#7. Makanan tambahan yang mengandungi omega
- Mencegah keradangan di saluran pernafasan disebabkan batuk dan selsema.
- Melancarkan peredaran darah.
- Meningkatkan sistem imun tubuh
Minyak bawang putih ini cukup 'power', ia boleh legakan batuk anak anda!
Jika taknak nampak tua dari umur dan sakit pinggang, JANGAN tidur gaya ini!
Ayah Kongsi 7 Tanda Yang Buat Dia Sedar Anaknya Ada Autisme, Parents Lain Pun Kena Peka!
5 Perilaku Anak Yang Nampak Biasa, Tapi Sebenarnya Bahaya, Tak Boleh Dipandang Remeh!