Baru Berusia Setahun Lebih, Anak Saudara Yuna Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Berita meninggal dunia melibatkan anak saudara penyanyi Yuna akibat jangkitan Covid-19 telah mencetuskan rasa hiba dalam kalangan peminat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berita meninggal dunia yang dikongsi oleh penyanyi terkenal, Yunalis Mat Zara’ai, 36, atau dikenali sebagai Yuna telah mencetuskan rasa hiba dalam kalangan peminat. Dia mengatakan telah kehilangan seorang anak saudara perempuan setelah beberapa jam bertarung nyawa akibat Covid-19.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Berita meninggal dunia, anak saudara Yuna jadi korban Covid-19

Allah lebih menyayanginya. Kematian kanak-kanak ini telah membuatkan ramai ibu ayah risau akan keselamatan anak kecil mereka memandangkan begitu banyak serangan penyakit yang berisiko meragut nyawa.

Berita meninggal dunia, anak saudara Yuna jadi korban Covid-19

Menurut laporan oleh Astro Awani, ketika umat Islam masih meraikan Syawal bersama keluarga dan sahabat, penyanyi terkenal Yuna berkongsi berita duka mengenai pemergian anak saudaranya Arisa Naura akibat COVID-19.

Khabar sedih itu dikongsikan sendiri oleh Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara’ai, 36, menerusi Instagram Story.

Menurut pelantun lagu “Terukir di Bintang” itu, arwah Arisa Naura yang berusia setahun lima bulan telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Semalam hari yang amat sukar.

“Anak saudara saya Arisa Naura meninggal dunia di Hospital Klang akibat COVID-19 selepas bertarung nyawa selama 12 jam,” tulisnya di IG Story.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Yuna yang berada di Malaysia menzahirkan kesyukuran kerana berpeluang bertemu arwah buat kali terakhir pada minggu lalu.

Beliau turut menzahirkan kesyukuran kepada Allah atas kehadiran Arisa Naura dalam keluarganya walaupun untuk tempoh yang singkat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kami di theAsianparent Malaysia mengucapkan salam takziah kepada keluarga Yuna dan semoga tabah menerima takdir kehilangan ini.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bayi 3 Bulan Dijangkiti Covid Tahap 4, Ibu Ini Pesan Elakkan Bagi Orang Pegang Anak

Baca juga: Anak Yang Dijangkiti Covid Berisiko Alami Kesan Jangka Masa Panjang, Ibu Sila Alert Perkara Ini!

Baca juga: Ibu, Ayah & Adik Meninggal Akibat Covid-19, Kini Menantu & Bayinya Sedang Kritikal