X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Kanak-Kanak Perempuan 5 Tahun Maut Covid-19, Tiada Sejarah Penyakit Kronik Pun Boleh Menyebabkan Kematian

20 Sep, 2021
Kanak-Kanak Perempuan 5 Tahun Maut Covid-19, Tiada Sejarah Penyakit Kronik Pun Boleh Menyebabkan Kematian

Seorang lagi mangsa Covid-19 yang maut melibatkan kanak-kanak, malah kanak-kanak perempuan 5 tahun ini dikatakan cukup sihat dan tiada simptom bahaya.

Sering kita dengari tentang kematian akibat Covid-19 ini adalah dikalangan orang tua yang sudah berusia dan mempunyai komplikasi penyakit kronik yang lain. Namun berbeza untuk kes kali ini yang kematiannya melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun yang cukup sihat. 

Ternyata virus ini tidak mengenal usia dan keadaan. Semakin hari semakin ramai nyawa bayi dan kanak-kanak terkorban, itu sudah menjadikan keadaan sekarang memang cukup menakutkan. 

Maut dalam masa 3 hari selepas positif Covid-19

kanak-kanak perempuan

Tagan Drone meninggal dunia pada 30 Oktober tahun lepas setelah positif positif COVID-19 di Texas menurut laporan laman portal Parents. 

Ibunya, Lastassija White, memberitahu stesen berita tempatan KAMR bahawa dia menyedari ada sesuatu yang tidak kena pada hari Selasa lalu (3 hari sebelum kematian) ketika anak itu mulai mengalami keletihan.

“Dia hanya tidur, tidur, tidur. Itu berlangsung dari hari Selasa hingga Rabu. Dia masih makan dan minum, dan kemudian pada hari Rabu malam dia mulai muntah. Jadi pada hari Khamis, ketika itulah saya memutuskan untuk membawanya ke UGD,” kata ibunya. 

Walaupun Tagan diuji positif untuk novel coronavirus, White mengatakan doktor membenarkan dia pulang ke rumah dan memberitahu mereka bahawa Tagan akan baik-baik saja.

Seorang kanak-kanak perempuan yang sihat

kanak-kanak perempuan

White mengatakan bahawa keesokan harinya dia mendapati anak perempuannya tidak memberi respon tetapi masih bernafas. Tagan meninggal dunia pada hari itu setelah ibu bapanya memanggil 911 untuk meminta bantuan.

“Anak perempuan saya sihat sepenuhnya. Sangat sihat. Tidak mungkin itu berlaku,” kata White.

Ayah Tagan, Quincy Drone, memberitahu KAMR bahawa mereka merasakan Tagan “mungkin boleh diselamatkan.”

“Doktor itu memberitahu bahawa anak kami akan baik-baik saja, namun dia meninggal dunia tidak sampai 24 jam. Dia meninggal dunia dalam 15 jam selepas pulang dari hospital,” kata bapanya. 

Dengan berita kematian kanak-kanak 5 tahun ini, Tagan digambarkan sebagai kanak-kanak perempuan yang mempunyai senyuman paling menawan dan personaliti yang sesuai dengan keperibadiannya yang cantik.”

Dia baru saja memulakan tadika di Coronado Elementary School di Amarillo, Texas, menurut keluarganya.

Pengarah kesihatan awam di bandar itu, Casie Stoughton, mengucapkan takziah dalam sidang media yang diadakan selepas kejadian itu.

“Kami cukup patah hati, doa dan ingatan kami kepada keluarga mangsa yang kehilangan seorang kanak-kanak perempuan  di sini dalam komuniti kami,” kata Stoughton. “Kami tahu bahawa penyakit ini telah mengorbankan begitu banyak nyawa dan memberi kesan kepada kita, negara kita, dunia kita dan sesiapa sahaja yang kehilangan orang tersayang ketika pandemik ini pasti patah hati.”

Sehingga hari Jumaat 30 Oktober 2020, terdapat lebih dari 9.815.400 kes COVID-19 dan sekurang-kurangnya 236.400 kematian yang berkaitan dengan coronavirus di Amerika Syarikat, menurut pangkalan data New York Times.

Tempoh ketahanan antibodi dalam melawan penyakit

kanak-kanak perempuan

Dianggarkan antibodi tubuh seseorang yang terhasil berdasarkan wabak SARS 2003 dan MERS 2012, ia mampu bertahan 2 hingga 3 tahun.

Kajian peringkat awal yang sedang dijalankan oleh kumpulan penyelidik di Pusat Penyelidikan Perubatan Erasmus, Belanda dan Harvard telah menganggarkan kemampuan sistem kekebalan tubuh terbentuk secara pasif untuk melawan jangkitan Covid-19 mampu bertahan sekurang-kurangnya 1 tahun.

Tempoh ketahanan ini amat bergantung kepada tahap kesihatan seseorang untuk ia menjadi lebih lama atau singkat.

Lebih membimbangkan, penularan Covid-19 ini diramalkan akan terus berlaku dalam skala lebih kecil untuk tempoh beberapa tahun disebabkan oleh cara penghantaran virus yang senang berpindah dari seorang individu kepada individu lain.

Kadar jangkitan dijangka akan mula menjadi perlahan selepas tubuh anda membentuk imuniti pasif semulajadi selepas jangkitan berlaku.

Beberapa kes melibatkan pesakit yang sudah sembuh kembali dijangkiti Covid-19 ini memberikan petanda bahawa terdapat hubung kait jangkitan virus dengan pembentukan sistem imuniti.

Setakat yang anda tahu, negara-negara yang mengalami fenomena empat musim ini akan menyebabkan masalah selesema berulang dalam tempoh singkat pada individu yang sama. Sedangkan tempohnya cukup untuk tubuh menghasilkan sistem kekebalan tubuh melawan serangan virus.

Kerajaan di United Kingdom telah mula mengambil pendekatan berbeza dalam memperkenalkan strategi imuniti berkelompok atau herd immunity. Ia adalah keadaan mengharapkan para pesakit sembuh Covid-19 yang telah sembuh membentuk perisai semula jadi dalam mengawal penyebaran wabak.

Memandangkan penyakit ini masih misteri dan tidak ada sebarang vaksin lagi, anda perlu sentiasa mempraktikkan amalan kebersihan diri dan mendengar arahan kerajaan untuk kekal di rumah.

Meskipun kini diberikan sedikit kelonggaran keluar rumah, ia tidak bermakna bahawa anda bebas kemana-mana sahaja bersama anak yang masih kecil. Sentiasa mengamalkan penjarakan sosial, menjaga kebersihan diri dan memakai topeng penutup muka sebagai langkah pencegahan ketika pandemik Covid-19 ini masih belum berakhir.

Sumber: Parents

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Satu Lagi Kes Kematian COVID-19 Melibatkan Bayi Sindrom Down

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Kanak-Kanak Perempuan 5 Tahun Maut Covid-19, Tiada Sejarah Penyakit Kronik Pun Boleh Menyebabkan Kematian
Kongsikan:
  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham