theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #MoneyParenting
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • Beli-Belah

Satu Lagi Kes Kematian Covid-19 Melibatkan Bayi Sindrom Down Berusia Setahun Di Sabah

12 Feb, 2021
Kongsikan:
•••
Satu Lagi Kes Kematian Covid-19 Melibatkan Bayi Sindrom Down Berusia Setahun Di Sabah

Setakat 9 November, seorang lagi mangsa termuda baru berusia setahun iaitu bayi sindrom down dilaporkan meninggal dunia kerana wabak Covid-19

Ketika seluruh dunia berjaga-jaga ekoran penularan wabak Covid-19 yang semakin mencatatkan peningkatan kes baharu, Malaysia juga tidak terkecuali dalam membanteras virus pembunuh ini. Setakat 9 November 2020, satu lagi kes kematian terbaharu dilaporkan melibatkan bayi sindrom down berusia 1 tahun.

Jelaslah di sini bahawa Coronavirus tidak mengira usia dan boleh menyerang sesiapa sahaja dalam tempoh yang singkat.

Bayi sindrom down berusia 1 tahun mangsa Covid-19 di Sabah

bayi sindrom down meninggal dunia credit to sources

Menurut keterangan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, seorang kanak-kanak lelaki berusia 1 tahun yang menghidap sindrom Down menjadi mangsa terbaharu Covid-19 setakat semalam, 9 November 2020.

Bukan itu sahaja, mangsa turut mempunyai latar belakang penyakit jantung berlubang dan hipotiroidisme telah meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent di Sandakan, Sabah.

Difahamkan bayi sindrom down berkenaan merupakan salah seorang daripada 8 mangsa yang meninggal dunia berkaitan Covid-19 yang diumumkan semalam. Tujuh lagi mangsa lain merupakan 4 lelaki berusia 72 tahun, 51 tahun, 53 tahun, 66 tahun.

Manakala 3 perempuan yang berumur 71 tahun, 55 tahun dan 65 tahun. Semua kes kematian ini dilaporkan berlaku di Sabah. 

Pada bulan lalu yang bertarikh 6 Oktober, seorang bayi perempuan berusia setahun turut menjadi korban termuda akibat pandemik Coronavirus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bayi berkenaan merupakan kes yang ke-12, 432 telah dibawa ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Semporna bayi mendapatkan rawatan pada 1 Oktober yang lalu.

''Walau bagaimanapun, keadaan kesihatan mangsa didapati semakin merosot sehingga dia memerlukan alat bantuan pernafasan,''

''Keputusan saringan Covid-19 didapati positif pada 5 Oktober dan bayi berkenaan telah disahkan meninggal dunia pada jam 4.25 petang hari yang sama,'' katanya.

Gejala Covid-19 terhadap bayi

Menerusi catatan yang diterbitkan oleh New England Journal of Medicine menyatakan, para pengkaji di Tiongkok melaporkan kematian seorang bayi 10 bulan yang dijangkiti virus Covid-19.

Setelah disiasat, ternyata mangsa mengalami masalah usus dan kegagalan beberapa organ badan yang lain. Setelah 4 minggu bertarung nyawa, akhirnya bayi ini dilaporkan meninggal dunia.

bayi sindrom down covid-19 credit to sources

Meskipun gejalanya lebih ringan, namun tetap sahaja ada beberapa simptom yang perlu anda waspada. Antaranya ialah:

  • Kesukaran untuk bernafas
  • Tidak mampu menelan sebarang cecair
  • Bibir berubah warna kebiruan
  • Sukar untuk bangun bagi anak yang sudah besar

Di samping itu, terdapat dua keadaan yang boleh mendedahkan si manja dengan jangkitan Covid-19 iaitu mereka mengalami masalah kesihatan tertentu seperti asma dan diabetes.

Selain demam, golongan kanak-kanak dengan sejarah asma mungkin akan menunjukkan gejala yang lebih serius. Justeru ibu ayah hendaklah memberikan perhatian terhadap perubahan kesihatan anak secara kerap dan jangan berlengah lagi untuk membawa mereka menjalani rawatan di hospital sekiranya diperlukan.

Bukan itu sahaja, and juga hendaklah berhati-hati sekiranya si manja mengalami penyakit kencing manis. Ini kerana ia dapat melemahkan sistem ketahanan tubuh badan dengan mudah.

Cara untuk melindungi anak daripada menjadi mangsa Covid-19 yang seterusnya

Menurut doktor kanak-kanak dari Johns Hopkins Children Center, Aaron Milstone, ada beberapa tindakan yang boleh ibu ayah lakukan agar anak-anak yang masih kecil terhindar daripada jangkitan Covid-19 iaitu:

bayi 1 tahun meninggal covid credit to sources

  • Jauhi tempat yang ramai orang buat sementara waktu
  • Elakkan kontak dekat dengan orang yang mengalami simptom seperti demam dan batuk (tidak terkecuali ahli keluarga sendiri)
  • Amalkan budaya mencuci tangan sehingga 20 saat. Tindakan ini amat penting bagi mencegah kuman dan virus. Lakukannya dengan teratur menggunakan sabun serta air yang bersih
  • Sentiasa bawa bersama atau menggunakan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) ketika berada di tempat yang sukar mendapatkan air
  • Jaga kebersihan di dalam rumah. Bersihkan kawasan rumah dengan kerap menggunakan cecair disinfektasi di tombol pintu, remote televisyen atau suis
  • Pastikan anggota keluarga sentiasa menutup rapat mulut ketika bersin dan batuk menggunakan telapak tangan atau tisu supaya virus tidak merebak kepada orang lain
  • Pakai pelitup muka dengan betul ketika anda keluar rumah dan pastikan ia dibuang ke dalam tong sampah setelah digunakan.

Sumber: Msn, Sinar Harian

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Satu Lagi Kes Kematian Covid-19 Melibatkan Bayi Sindrom Down Berusia Setahun Di Sabah
Kongsikan:
•••
Artikel(Cerita)
  • Covid-19 Tidak Kenal Usia, Bayi 1 Tahun Menjadi Korban Pertama Paling Muda Di Malaysia

    Covid-19 Tidak Kenal Usia, Bayi 1 Tahun Menjadi Korban Pertama Paling Muda Di Malaysia

  • Berita Mengejutkan! Dua Kematian Warga Malaysia Akibat Covid-19 Dilaporkan Hari Ini

    Berita Mengejutkan! Dua Kematian Warga Malaysia Akibat Covid-19 Dilaporkan Hari Ini

  • 3 jenis bentan selepas bersalin dan risikonya yang tak pernah anda tahu, penting ini!

    3 jenis bentan selepas bersalin dan risikonya yang tak pernah anda tahu, penting ini!

  • 5 Perilaku Anak Yang Nampak Biasa, Tapi Sebenarnya Bahaya, Tak Boleh Dipandang Remeh!

    5 Perilaku Anak Yang Nampak Biasa, Tapi Sebenarnya Bahaya, Tak Boleh Dipandang Remeh!

app info
get app banner
  • Covid-19 Tidak Kenal Usia, Bayi 1 Tahun Menjadi Korban Pertama Paling Muda Di Malaysia

    Covid-19 Tidak Kenal Usia, Bayi 1 Tahun Menjadi Korban Pertama Paling Muda Di Malaysia

  • Berita Mengejutkan! Dua Kematian Warga Malaysia Akibat Covid-19 Dilaporkan Hari Ini

    Berita Mengejutkan! Dua Kematian Warga Malaysia Akibat Covid-19 Dilaporkan Hari Ini

  • 3 jenis bentan selepas bersalin dan risikonya yang tak pernah anda tahu, penting ini!

    3 jenis bentan selepas bersalin dan risikonya yang tak pernah anda tahu, penting ini!

  • 5 Perilaku Anak Yang Nampak Biasa, Tapi Sebenarnya Bahaya, Tak Boleh Dipandang Remeh!

    5 Perilaku Anak Yang Nampak Biasa, Tapi Sebenarnya Bahaya, Tak Boleh Dipandang Remeh!

  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore
  • Thailand
  • Indonesia
  • Philippines
  • Malaysia
  • Sri Lanka
  • India
  • Vietnam
  • Australia
  • Japan
  • Nigeria
  • Kenya
Jenama Rakan Kongsi
Mama's Choice Partner Brand Logo
© Copyright theAsianparent 2021. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat
  • Komuniti
  • Menjadi ibu bapa
  • Perkembangan & Umur Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan

Download aplikasi kami

google play store
Appstore
  • Beriklan Dengan Kami
  • Tentang Kami
  • Team Kami
  • Hubungi Kami
  • Terma dan Syarat
  • Jadi Penyumbang Kami
Buka di aplikasi