Berjaya Sompo Melancarkan Kempen "Bantuan Car Seat" Bersama theAsianparent Malaysia & Crolla

Berjaya Sompo bekerjasama dengan theAsianparent Malaysia dan Crolla melancarkan kempen Bantuan Car Seat untuk menaja car seat kepada 30 keluarga yang memerlukan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ramai keluarga yang telah kehilangan punca pendapatan mereka sepanjang pandemik COVID-19 dan bagi meringankan beban mereka, Berjaya Sompo Insurance Berhad (“Berjaya Sompo”) melancarkan kempen “Bantuan Car Seat” yang mana 30 kerusi keselamatan kanak-kanak akan diberikan kepada 30 keluarga yang memerlukan.

Kempen Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ini merupakan kerjasama dengan theAsianparent Malaysia dan Crolla, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya memiliki kerusi keselamatan kanak-kanak dalam kenderaan serta kaedah pemasangan kerusi ini dengan betul.

Kempen Bantuan Car Seat

Kempen ini bakal berlangsung selama 3 bulan bermula 1 Oktober hingga 30 Disember 2021. Ia akan dimulakan dengan sesi Facebook Live yang bakal dihoskan oleh platform kami bersama rakan rasmi Crolla bakal mengadakan demonstrasi mengenai teknik pemasangan kerusi keselamatan yang betul.

Sesi ini juga bakal menyaksikan Berjaya Sompo memberi tiga polisi Ultima Care V3 kepada penonton yang mengambil bahagian dalam sesi soal jawab bagi bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya kerusi keselamatan kanak-kanak dan teknik pemasangan yang betul.

Giveaway kerusi keselamatan ini bakal menyaksikan 30 keluarga yang layak menerima kerusi keselamatan kanak-kanak Crolla Alpha bernilai RM499.

Kerusi ini sesuai untuk kanak-kanak sejak lahir sehingga berat 25kg atau usia 7 tahun. Kerusi Crolla Alpha ini diluluskan oleh European Safety Standards ECE R44/04.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagaimana Untuk Sertai?

Bagi pembaca yang berminat dengan kempen ini, anda boleh mengemukakan permohonan anda di aplikasi theAsianparent Malaysia.

Bersama butiran peribadi anda, anda juga dikehendaki untuk menulis perincian mengapa anda memerlukan kerusi keselamatan kanak-kanak ini. 

Kriteria kelayakan untuk menyertai termasuk:

  • Pendapatan isi rumah RM4,000 ke bawah.
  • Memiliki kereta.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak di bawah tujuh tahun

Jika anda berminat atau mengetahui mana-mana keluarga yang memerlukan kerusi keselamatan ini, anda boleh menyertai kempen ini di sini.

Menurut Encik Tan Sek Kee, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Berjaya Sompo, “Berjaya Sompo adalah sebuah organisasi yang dibina berdasarkan asas etika, integriti dan profesional, komited untuk memenuhi harapan pemegang amanah kami dan menyumbang kepada ekonomi Malaysia dan masyarakat. Oleh itu, kempen “Bantuan Car Seat” ini amat dekat di hati kerana kami berusaha untuk mencipta perbezaan dalam kehidupan mereka yang memerlukan.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Kami menyedari bahawa ada orang yang mengalami kehilangan sumber pendapatan sepanjang wabak COVID-19 ini, dan kami ingin membantu meringankan beban mereka dengan menyediakan mereka kerusi keselamatan anak-anak untuk menjaga keselamatan anak-anak mereka,” tambah Encik Tan.

Mengapa Anak Perlu Guna Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak Dalam Kereta?

Satu kajian yang diterbitkan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menyatakan bahawa kanak-kanak yang diangkut dengan kenderaan persendirian adalah kumpulan utama korban di kalangan kanak-kanak berumur 1 hingga 4 tahun (43.8%).

Penyelidikan selanjutnya melaporkan bahawa tempat duduk kanak-kanak yang dipasang dengan betul membantu mengurangkan risiko kematian sebanyak 71% untuk bayi dan sebanyak 54% untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 4 tahun dan mengurangkan keperluan untuk dimasukkan ke hospital sebanyak 69% untuk kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tips Membiasakan Anak Dalam Kerusi Keselamatan

Memupuk tabiat anak agar duduk dalam kerusi keselamatan mungkin agak mencabar pada mulanya. Namun ada beberapa tips yang anda boleh cuba untuk membiasakan anak duduk tanpa mereka terlalu meragam.

1# Ajar sejak kecil

Jika boleh, bagi memastikan anak terbiasa duduk dalam kerusi keselamatan, mereka harus dilatih sejak kecil lagi. Setiap kali anda dan keluarga ingin keluar rumah, jangan ajar anak duduk di atas paha. Sebaliknya ajar mereka duduk di atas kerusi keselamatan sendiri agar keselamatan mereka sentiasa terjamin.

2# Buatkan mereka rasa selesa

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seperti orang dewasa, anak-anak juga ingin duduk di tempat yang empuk dan selesa lagi-lagi jika perlu duduk lama dalam kereta. Pastikan anda pasang dengan cara betul, sandarkan mengikut keselesaan anak, tambah lapik tambahan atau alas selimut juga.

3# Beri kata-kata pujian dan semangat

Ibu bapa perlu memainkan peranan mereka sebagai penggalak, jadi apabila anak duduk di kerusi keselamatan mereka, berikan kata-kata pujian seperti “Wah, bagusnya adik duduk dalam car seat ini. Pandainya!”.

Jika mereka masih kurang gemar untuk duduk, tidak mengapa. Biarkan mereka duduk di kerusi biasa untuk seketika kemudian pujuk mereka kembali. Apa-apa pun, hangan guna kata-kata yang boleh menakutkan mereka atau memaksa secara keras, kerana ini boleh menimbulkan rasa benci pada kerusi.

Semoga bermanfaat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Panduan Penggunaan Car Seat Bayi & Kanak-Kanak Ikut Umur, Berat Dan Ketinggian, WAJIB Untuk Tahun 2020

Baca juga: Cara Pasang Car Seat Salah? Ini 5 Kesilapan Car Seat Anak Yang Ibu Bapa Selalu Buat

Baca juga: Carseat Baby Jadi Musuh, Asal Letak Je Anak Menangis? Cuba Pasang White Noise

Penulis

Anis Hanini