Menjelang Tahun Baru Cina, pasti anda mula teringat waktu kecil anda menerima angpau, berbual dengan keluarga yang lebih tua dan menerima set soalan yang sama setiap tahun.
Tapi tahun ini, pastinya suasana akan sedikit berbeza kerana anda telah mempunyai anak kecil. Maka, sudah tentu kali ini, saudara anda akan berkomunikasi dengan anak anda pula sepertimana yang anda laluinya dulu!
Kali ini, kami telah menyediakan 10 peraturan jika tetamu atau sanak-saudara ingin berkomunikasi dengan anak anda. Sila share ia agar dibaca oleh tetamu-tetamu yang lain 😛
10 Peraturan Jika Ingin Berkomunikasi Dengan Anak Saya – Tolong Jangan Tanya Soalan Ini!
Berkomunikasi Dengan Anak #1 Jangan Tanya ‘Sayang Adik Tak?”
Sayang merupakan satu perkataan yang mempunyai maksud istimewa, dan kita hanya memahaminya semasa lebih berusia.
Si kecil mungkin akan menjawab sembarangan, dan anda tidak boleh memaksa dia menjawab dengan betul.
Berkomunikasi Dengan Anak #2: Tolong Jangan Tanya “Kakak Suka Siapa Lagi, Mama Atau Papa?”
Tolong jangan letakkan anak saya dalam situasi yang janggal untuk menjawab ini – bagaimana perasaan anda jika anda ditanya soalan ini, sekarang sebagai orang dewasa, depan wajah anda, dan di hadapan ibu bapa anda? Mengapa dia perlu memilih?
Berkomunikasi Dengan Anak #3: Menawarkan Kuih dan Manisan Tanpa Merujuk Ibu Bapa
Sebagai ibu bapa, kami mempunyai cara dan peraturan kami sendiri. Jika kami ingin bersikap tegas dengan anak-anak, kami akan dihakimi pula, jadi janganlah kita mengeruhkan keadaan, ok?
Berkomunikasi Dengan Anak #4 Jangan Paksa Dia Untuk Kenal Anda
Anak saya mungkin tidak menyapa anda. Jika dia tidak pernah melihat anda sebelum ini/ tidak melihat anda dengan kerap, ia adalah perkara biasa bagi dia untuk tidak menyambut anda dengan semangat 100%. Dia hanya kanak-kanak.
Berkomunikasi Dengan Anak #5: Jangan Tanya Jika Dia Mahukan Minuman Manis, dan Menyuruhnya Minta Izin Ibu Bapanya.
Kami sangat menghargai jika anda meminta izin dari kami dahulu, sebelum menunjukkan minuman kepada si anak. Apabila kanak-kanak melihatnya, dan mereka mahu, akan tetapi kami berkata “tidak”, ia mungkin mengundang tantrum yang akan disaksikan ramai.
Drama kan?
Berkomunikasi Dengan Anak #6 Tolong Jangan Bandingkan Adik Beradik Dan Bergurau “Mama Papa Tak Sayangkan Awak, Mereka Lebih Sayangkan Adik.”
Kami tidak memerlukan seseorang untuk cuba bergurau yang melibatkan hubungan keluarga, ini kerana mereka masih kecil dan sedang membiasakan diri dengan ahli keluarga baru. Kata-kata itu akan mencederakan emosi kanak-kanak lebih daripada yang anda fikirkan, maka hentikan.
Berkomunikasi Dengan Anak #7 “Kalau Nak Coklat Ni, Kena Peluk Auntie Dulu!”
Jika anda bukan ahli keluarga terdekat, jujur kami katakan kami tidak selesa dengan ciuman/pelukan. Jangan merasuah si kecil – anda pasti tidak mahu dilayan olehnya hanya kerana hadiah itu bukan? Apa sebenarnya yang anda cuba ajar budak kecil itu?
Berkomunikasi Dengan Anak #8 Tidak Perlu Menyuruh Dia Menjadi Lebih Baik Kerana Dia Kakak/Abang.
Jangan sebut kata-kata yang terlalu besar untuk difahami kanak-kanak, malah kanak-kanak kecil tidak pasti makna berkelakuan seperti ‘model peranan yang baik’. Tolong biarkan dia menikmati zaman kanak-kanaknya dan berkelakuan mengikut umurnya.
Berkomunikasi Dengan Anak #9 Tolong Jangan Kata, “Lihat, Adik Boleh Buat, Awak Pula? Anda Kakak Kenalah Lebih Bijak Dari Itu!”
Setiap kanak-kanak mempunyai sifat dan personaliti mereka sendiri. Jika ini kali pertama anda bertemu dengan anak perempuan saya, jangan terlalu cepat untuk menilai kerana anda tidak mengenalinya.
Kami pasti anda juga tidak suka jika dilabel stereotaip begitu.
Berkomunikasi Dengan Anak # 10: Jangan Katakan Dia Perlu Makan Makanan Tertentu, Kerana Sambutan CNY Hanya Sekali Setahun!
Perkara sebegini biarlah ibu bapa yang membuat keputusan, kerana sejujurnya, rumah anda bukan rumah pertama yang kami ziarah.
Anda pun tidak pasti sama ada dia mempunyai sebarang alahan kan? Cara terbaik: semak dengan ibu bapa terlebih dahulu, kerana apa saja yang berlaku kemudiannya adalah tanggungjawab kami, bukannya anda!
Jangan salahkan kami ya- kami mahu berkumpul dengan saudara mara kami, cuma kami terpaksa bertegas sedikit dengan kehadiran anak-anak kecil supaya tidak timbul masalah tantrum dan tangisan pula pada tahun baru cina ini. Sempena Tahun Baru Cina 2019 ini, kami pasti mahukan kesihatan dan kebahagiaan yang terbaik!
Ibu bapa, bagaimana anda menangani kebimbangan sebegini semasa Tahun Baru Cina? Jom berkongsi dengan kami!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Cindy Gan dan mendapat keizinan theAsianparent Singapore untuk diterjemah.