X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

5 Soalan Cepumas Raya Dan Cara Bijak Untuk Menjawabnya

4 min bacaan
5 Soalan Cepumas Raya Dan Cara Bijak Untuk Menjawabnya

Hari raya dan soalan cepumas daripada sanak saudara memang tak dapat dipisahkan. Jom bersedia untuk jawab 5 soalan cepumas ini dengan bijak!

Hari Raya dan Soalan Cepumas

Raya datang lagi. Apa yang paling seronok tentang Hari Raya (selain daripada pelbagai makanan yang enak yum yum) – adalah apabila semua kaum kerabat, keluarga dan sahabat handai berkumpul.

Haiiii… meriahnya memang tak terkata!

Tapi, dalam meriah suasana berhari raya itu, anda kena ready dengan satu perkara – JAWAPAN untuk soalan cepumas hari raya.

5 Soalan Cepumas Raya Dan Cara Bijak Untuk Menjawabnya

Ha biasalah “soalan-soalan” itu. Ada saja makcik, pakcik, nenek, pakcik sebelah mak, adik sepupu sebelah abah yang akan sibuk bertanya “macam-macam” soalan yang tak akan habis!

Ya, betul. Tak akan habis. Dulu saya ingat bila sudah berkahwin, “soalan-soalan cepumas” ini sudah tamat. Rupanya mereka sambung dengan soalan lain pula! Dari satu soalan sampai ke satu.

Kadang saya terfikir nak menjawab secara pedas kepada semua penyibuk ini. Tapi, waktu berhari raya sajalah kita semua berkumpul, bertukar cerita dan berjenaka. Ya tak?

Oleh itu… marilah kita cuba menjawab ia dengan cara bijak, okay?

5 Soalan Cepumas Hari Raya & Cara Bijak Untuk Menjawabnya

Saya sediakan dua versi jawapan untuk setiap soalan. Versi pertama jenis jawapan untuk cover-line orang panggil. Jawapan dalam bentuk selamat, sopan dan tak menimbulkan amukan orang tua. Al-maklumlah orang tua yang selalu sibuk menyoal pun!

Jadi, jika anda nak bersopan – cuba jawapan versi pertama.

Tapi versi kedua lain sikit. Ia jenis “berani”. Ha orang utara panggil “lancang“. Lancang habis mulut. Tapi masih sopan ya. Saya selit berita-berita terkini. Jadi, ia masih dikira jawapan bernas dan bijak gituuwww. Okay jom semak!

Soalan 1 – Bila nak kahwin? Nak jadi anak dara tua ke?

5 Soalan Cepumas Raya Dan Cara Bijak Untuk Menjawabnya

(Amboi makcik…)

Okay bertenang. Cuba jawab begini:

Jawapan versi cover-line: Belum bertemu jodoh, makcik. Sekarang zaman pun dah lain. Nak kahwin kena hati-hati. Sat lagi (nanti) kahwin dengan suami orang ke, kaki pukul ke… Ha, naya! 

Jawapan versi berani: Sebenarnya makcik… saya berkenan juga dengan anak lelaki makcik tu. Handsome. Boleh berkenalan? Tapi kalau sudah berpunya tak mahu lah. 

(jawapan ini hanya relevan kalau anak makcik itu handsome. Kalau anda tak berkenan, jangan cari pasal!)

Soalan 2 – Bila nak ada anak?

Jawapan versi cover-line: Belum ada rezeki, makcik. Kami dah try banyak posisi pun. Tak apalah, boleh kami honeymoon berdua lama sedikit. Nanti ada anak tak kelam-kabut baru nak masa berdua, kononnya.

Jawapan versi berani: Ada anak sekarang pun belum tentu dia boleh jaga makcik nanti. Baik saya sibuk perbaiki diri sendiri, sambil jaga mak dan mak mertua saya. Nak buat macam mana, belum masanya. Mungkin sekarang masa saya balas budi ibu bapa pula.

Soalan 3 – Anak seorang, ja? Bila nak tambah anak?

5 Soalan Cepumas Raya Dan Cara Bijak Untuk Menjawabnya

Hmm… anak seorang lagi pula?

Jawapan versi cover-line: Nak buat macam mana. Seorang dulu sekarang. Takpa, makcik. Jimat sikit duit. Sekarang ekonomi pun tak menentu. Gawat. Sudahlah banyak kes buli! Kena didik dengan betul baru sibuk boleh tambah anak.

Jawapan versi berani: Ada makcik, masih dok berenang-renang dalam seluar suami. Tunggu masa. Hehehehe.

Soalan 4 – Kerja apa? Gaji banyak lah ni?

Jawapan versi cover-line: (terangkan skop kerja anda dalam bahasa paling susah dia nak faham, nanti dia tak banyak soal dah). Gaji? Bolehlah. Cukup nak masuk meminang anak makcik itu. Hehehe.

Jawapan versi berani: (Jika dia masih tak faham dan masih tak henti tanya kerja apa) Kerja saya biasa saja makcik. Berbakti pada rakyat dan tak makan rasuah. Hehe. Gaji? Cukup-cukup makan dan tampung ibu ayah di kampung. Alhamdulillah. 

Stories Rakan Kongsi
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten

Soalan 5 – Kenapa kurus saja ni?/ Lah, kenapa makin gemuk?

5 Soalan Cepumas Raya Dan Cara Bijak Untuk Menjawabnya

Jawapan versi cover-line (untuk kurus): Metabolisma saya tinggi, makcik. Sebab itu makan apa saja pun tak gemuk-gemuk. Makanan ni dah makan punya banyak. Western food semua saya tibai. Bertuah la kurus makcik. Tak payah merungut satgi kata gemuk pula.

Jawapan versi cover-line (untuk gemuk): Metabolisma saya rendah, makcik. Lagipun, hati tengah berbunga-bunga ni. Itu makan banyak. Okaylah saya gemuk daripada kurus, kan? Nanti orang kata ambil dadah pula. 

Jawapan versi berani (untuk kurus): Kena kurus lah, makcik. Makcik tak tahu ke gemuk ni banyak penyakit? Ha… bahaya itu. Nanti sudah gemuk, kata gemuk air pula. Gemuk air tu tak wujud, makcik!

Jawapan versi berani (untuk gemuk): Kurus sangat nanti jadi aneroksia, makcik. Melayang ditiup angin. Angin dekat KL kuat-kuat! Tak apa, saya makan semua benda, janji tak makan rasuah. Hehe.

Selamat menjawab ya, semua! Selamat hari raya saya ucapkan untuk anda dan keluarga.

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • 5 Soalan Cepumas Raya Dan Cara Bijak Untuk Menjawabnya
Kongsikan:
  • Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

    Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

    Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham