Adakah anak anda pernah ajak berlakon main olok-olok, atau main masak-masak apabila anda berada di rumah?
Bagi ibu bapa yang tidak tahu apakah yang dimaksudkan oleh main olok-olok atau pretend play. Ia adalah merupakan permainan yang tercetus daripada daya imaginasi dan kreativiti kanak-kanak. Kalau anda nampak anak anda ralit bermain seorang diri, dan bercakap seorang diri, anak anda mungkin mempunyai imaginary friend.
Bagaimana dengan diri anda sewaktu kecil?
Pernahkah anda sewaktu kecil bermain olok-olok seperti bermain pondok-pondok atau berlakon kahwin tipu-tipu? Haa, ada yang angguk ke tu?
Seronokkan teringat kenangan dan memori lama? Betapa indahnya zaman tersebut. Zaman dimana tiada teknologi, permainan telefon, atau iPad dan anda dan kawan-kawan anda bebas bermain menjadi apa sahaja karakter yang anda sukai.
Tetapi berlainan pula pada zaman sekarang yang mana kanak-kanak kini lebih gemar menghabiskan masa dengan teknologi. Jadi bila anak anda ajak anda main olok-olok, jangan sesekali anda mengabaikan anak anda dan apa kata anda ambil masa sedikit untuk bermain dengan anak anda.
Kenapa main olok-olok dan berlakon ini penting untuk anak anda?
#1 Mengasah kemahiran berfikir anak
Apabila anak anda main olok-olok atau berlakon menjadi satu karakter seperti menjadi ahli bomba atau apa sahaja, anak anda sebenarnya sedang membina satu watak imaginasi dan situasi yang memerlukan anak anda untuk menyelesaikan masalah.
Cuba bayangkan anak anda berlakon sebagai ahli bomba dan anak anda mengatakan bahawa ada api di dalam rumah dan meminta anda untuk memadamkan api bersamanya dengan mencari air. Bagi anda berlakon olok-olok ini mungkin tidak lah penting tetapi bagi anak anda, ia adalah segalanya. Anak anda mengetahui bahawa dia tidak boleh memadamkan kebakaran itu seorang diri, dan meminta anda untuk memegang hos secara pura-pura dengannya. Nampak bagaimana anak anda cuba selesaikan masalah? Itulah kelebihan main olok-olok yang akan membantu anak anda berfikir di luar kotak dan membantunya apabila dia dewasa kelak.
#2 Meningkatkan kemahiran bahasa
Kalau anda selalu lihat anak anda bermain olok-olok seorang diri ataupun bersama rakannya, anda mesti hairan apabila mendengar anak anda bercakap perkataan yang anda tidak sedar pun anak anda tahu. Ada mesti tertanya dekat mana agaknya anak anda belajar.
Tahukah anda yang sebenarnya anak anda mempelajari perkataan daripada orang disekelilingnya? Jadi tidak hairanlah kalau anak anda sudah mula menggunakan perkataan yang dia dengar daripada kedua ibu bapanya dan mula meniru kelakuan dan percakapan anda.
Apabila anak anda mula memahami penggunaan perkataan tersebut, anak anda akan mula menggunakannya untuk berlakon bersama rakan-rakan untuk menghidupkan watak anak anda. Banyak perkataan baru yang dapat anak anda gunakan nanti. Malah, ia sekaligus membuatkan anak anda fasih berbicara.
#3 Dapat belajar dan berhubung dengan orang lain
Bila anak anda bermain permainan olok-olok tidak kiralah dengan siapa sekali pun, anak anda sebenarnya sedang belajar berhubung dan berkomunikasi dengan orang lain menerusi permainan ini. Anak anda akan belajar bergaul dengan cara paling menyeronokkan iaitu dengan bermain!
Selain itu, apa yang paling penting ialah menerusi permainan olok-olok ini, anak anda akan menangani sifat malu yang ada dalam diri dan juga belajar bersosial dengan rakan. Dia boleh bertanyakan soalan, menunggu giliran bertanyakan soalan, belajar sifat sabar dan banyak lagi.
Pesanan buat ibu bapa
- Luangkan masa dengan anak
Sesibuk mana pun anda, jangan abaikan anak anda apabila anak anda ajak anda main. Walaupun anda sebagai bapa kena main mak-mak dengan anak anda.
- Belikan alat permainan yang selamat untuk anak-anak
Pastikan alat permainan tersebut tidak bahaya dan sesuai dengan umur anak anda.Loading...You got lucky! We have no ad to show to you! - Minta anak turut gunakan barangan yang ada di dalam rumah sebagai permainan seperti anak patung, surat khabar, bantal dan sebagainya
Campurkan barangan peralatan seharian bersama alat mainan. Ini lebih baik kerana ia membantu anak anda merasai pengalaman sebenar dengan menggunakan alatan seperti alatan masak-masak yang boleh ambil di dapur. - Pupuk minat anak anda untuk bermain olok-olok
Ajar permainan baru seperti main mak-mak atau ajar main sorok-sorok. - Beri masa untuk anak berhenti bermain
Kalau anak anda sedang sibuk bermain olok-olok, beri anak anda masa untuk berhenti main dan jangan terus paksa. Takut anak anda langsung tidak mahu bermain nanti. - Boleh cuba hantarkan anak ke tempat yang mengasah kreativitinya seperti Kidzania dan ibu bapa boleh lihat anak bermain sekali!
Masalah anak ketagihan gadget dan tidak mahu bermain olok-olok
Sekiranya ibu bapa menghadapi masalah yang mana anak mereka sentiasa tidak boleh berenggang dengan gadget dan tidak mahu main permainan yang lain. Apa kata ibu bapa cuba praktikkan tips- tips ini.
- Ajak anak anda bermain dengan anda.
- Sorok gadget daripada pandangannya.
- Set up tempat bermain untuk anak anda bagi anak anda berasa teruja.
- Jangan paksa anak. Beri masa kepada anak untuk menyukai permainan baru.
Sumber: Ayuarjuna
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca Juga: Tak Perlu Mainan Mahal, Main Lekat Sticker Juga Bantu Perkembangan Anak!