Anak Suka Bermain Sambil Belajar, Ibu Berilah Kebebasan Supaya Otak Berkembang!

Bermain sambil belajar membolehkan anak meneroka sendiri perkara yang ada di sekeliling mereka. Ibu ayah juga perlu memberikan kebebasan untuk anak bermain

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ramai ibu ayah ingin melihat anak menjadi seorang yang bijak dan berjaya pada masa hadapan, namun ia bukanlah berfokus pada akademik semata-mata. Hal ini kerana otak anak kecil lebih cepat berkembang ketika mereka bermain sambil belajar.

Mungkin sesetengah ibu sudah membeli banyak buku cerita, abjad dan nombor untuk dijadikan sebagai latihan di rumah sewaktu anak melangkah usia 3 tahun ke atas. 

Baca juga: Mak Ayah Patut Risau Bila Anak Penggeli, Doktor Kongsi Cara Merangsang Deria Sentuhan

Pentingnya anak bermain sambil belajar

credit to sources

Sememangnya menjadi sesuatu begitu mencabar bagi ibu ayah untuk memberikan kebebasan kepada si manja bermain. Ini kerana hilang sekejap dari pandangan, pelbagai risiko kemalangan boleh berlaku.

Menurut penasihat perkembangan kanak-kanak, Nurul Sheriena, tanpa sedar ramai ibu ayah telah membunuh jiwa bermain anak. Sikap terlalu melindungi atau risau dalam diri anda berupaya memberikan kesan begitu besar dan berbahaya sehingga si manja menjadi seseorang tidak yakin dengan dirinya sendiri.

Sebenarnya apabila ibu memberikan kebebasan untuk anak bermain sendiri, mereka akan meneroka dan mengalami perkembangan stimulasi sensori dari rangsangan di sekeliling. Anda tidak semestinya perlu membawa si manja keluar ke taman permainan kerana di mana-mana sahaja rangsangan boleh berlaku.

Stimulasi atau rangsangan adalah apa yang anak dapat tangkap dari perkara di persekitarannya. Dalam hal ini, organ deria akan menjadi tempat mengumpul semua sensori dan menghantar maklumat ke bahagian otak untuk diproses.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara paling mudah adalah ibu ayah hendaklah memberikan stimulasi optimum dengan membenarkan si manja bermain sambil belajar, meneroka dan merasai pengalaman sensori seperti menyentuh pasir, mengutip batu atau mencabut rumput.

Kesan bahaya sekiranya anak tidak memperoleh peluang meneroka

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Menjadi mudah tantrum

Anak kecil yang berasa tidak puas main dan meneroka, otaknya kurang rangsangan dan mudah menyebabkan dia berasa marah serta kecewa. Yang dia faham perlu marah untuk menunjukkan kekecewaan.

Ibu ayah yang sibuk atau tidak terlalu melayan ragam anak ini mungkin cenderung untuk membiarkan si manja dalam radar bahaya iaitu stres yang berpanjangan.

#2. Tidak ada kesedaran tubuh

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak yang tidak faham dan mengerti tubuh badan sendiri akan mudah jatuh atau cenderung mengalami kecederaan. Sebagai contoh, baru berlari sedikit sudah terjatuh hingga luka. 

Anak jenis seperti ini disebabkan oleh kurangnya pengalaman sensori vestibular, tactile dan proprioseptif.

Yang seringkali ibu ayah terlupa adalah anda sering berusaha mengelakkan anak terjatuh sehingga selalu membantu mereka untuk bangkit. Kesannya, sampai ke sudah anda tidak dapat pengalaman mencuba berdiri sendiri.

#3. Anak cenderung menjadi penakut

Ini adalah perkara yang membimbangkan oleh pakar kanak-kanak. Sudah semua perkara ibu ayah tolong buatkan untuk anak dengan alasan tidak sanggup melihat anak menangis.

Si manja yang baru sahaja mahu mencuba akan terus shut down bila ibu ayah melarang dengan perkataan ”Jangan” atau ”No”. Sememangnya ia bukanlah suatu kesalahan, tapi yang menjadi salah apabila anda langsung tidak memberi peluang untuk anak bebas berlari ke sana sini dengan gembira dan selamat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Otot menjadi lemah

Otot anak kecil tidak akan menjadi kuat jika tidak dilatih berkali-kali membina kekuatannya. Dalam hal ini, ia tidak bergantung kepada minum susu semata-mata untuk dapatkan tulang dan otot yang kuat.

credit to sources

Menurut Sheriena, makanan sihat yang diambil akan disalurkan ke bahagian otot-otot bagi membekalkan tenaga dan menjadikannya lebih kuat. Ia juga memerlukan latihan bagi membolehkan anak duduk diam dan fokus terhadap sesuatu perkara seperti belajar dan mendengar arahan.

#5. Tidak berminat untuk belajar

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rahukah anda bahawa minat belajar terhadap sesuatu pekara memerlukan daya fokus otak yang lama? Tapi kalau otot untuk buat mata pandang depan, badan duduk tegak tidak pernah dilatih dan hanya ‘disuap’ sahaja dari ibu ayah, maka mencabar juga bagi membolehkan si manja bersedia untuk belajar.

Justeru, cara mudah untuk anak bersedia adalah memberikan dia peluang bermain sendiri dan meneroka.

Ketahuilah bahawa masa hadapan si manja adalah lebih mencabar, mereka perlu sentiasa bersedia dari segi fizikal dan mental bagi mengharungi setiap liku di sekolah, bersama rakan sebaya atau menjadi anak yang baik.

Sumber: Nurul Sheriena

Foto: Sakinahamid

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak Jadi Lebih Fokus & Berani, Ini 5 Manfaat Bermain Buaian Bagi Perkembangan Mereka