Nak Lebih Romantis Dengan Pasangan? Mudah, Cuba Berpegangan Tangan Selalu!

Tak perlulah malu-malu tunjuk kemesraan di hadapan orang lain, lagipun anda sudah berkahwin dengan pasangan anda tapi ketahui batasnya melalui perkongsian artikel ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pernah dengar kisah ada sesetengah pasangan enggan berpegangan tangan selepas kahwin? Katanya malu!

Tiba-tiba, ingat kembali zaman percintaan dulu. Pelbagai kenangan manis anda lalui bersama pasangan. Belajar sama-sama, makan di restoran popular dan si dia menjemput pulang dari tempat kerja.

Tapi hanya kerana sudah berkahwin tidak bermakna anda tidak boleh mempamerkan kasih sayang di hadapan orang lain seperti berpegang tangan!

Bahkan berpegangan tangan selepas kahwin adalah lebih mulia berbanding sebelum berkahwin. Secara tak langsung, ia memberitahu orang lain yang anda  dalam fasa kebahagiaan  berumahtangga.

Bukankah itu lebih baik? Berbeza anda berpegangan tangan tapi belum sah dengan ikatan nikah!

 

Berpegangan tangan selepas berkahwin: Tapi jangan terlalu terbuka kongsi foto di Instagram

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Pexels

Berpegangan tangan selepas kahwin ini memang ada baiknya. Tetapi janganlah membuatkan orang lain rasa tidak selesa, mencemuh atau membenci anda hingga membuatkan anda terpaksa berhadapan dengan “kata-kata orang” kerana terlalu ‘terbuka’ berkongsi sisi kehidupan perkahwinan anda.

Contohnya berkongsi gambar intim di Instagram, ini adalah tidak patut dan agak-agaklah nak kongsi pun!  Jika ingin berkongsi sekalipun cukuplah sekadar gambar berdua-duaan, berpegangan tangan, meramas bahu pasangan, gambar berdua dalam kereta dan lain-lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kan itu lebih sedap mata memandang.

Berpegangan tangan, memeluk dan tunjuk kemesraan, itu mungkin adalah PDA

  • PDA atau Public Displays of Affection bermaksud menunjukkan kemesraan di hadapan orang awam. Ia boleh berbentuk seperti bercium, menyentuh, mengenyit mata, memeluk dan lain-lain. Biasanya ia akan dilihat pada pasangan yang baru berkahwin dan remaja yang sedang hangat bercinta.
  • Memegang tangan dan berpelukan di bangku taman, ini adalah beberapa cara pasangan menunjukkan cinta mereka antara satu sama lain di depan orang lain.
  • Jika pasangan tidak suka disentuh di khalayak ramai tapi anda tetap melakukannya, ini adalah perilaku yang tidak sepatutnya terjadi kepada pasangan yang baru melangkah ke fasa perkahwinan. Dr. Cooper Lawrence berkata, tanyakan kepada diri sendiri apakah penting menunjukkan kemesraan di khalayak ramai?
  • Ada juga segelintir pihak tidak suka menujukkan PDA kepada orang lain. Itu bukanlah bermaksud dirinya tidak bahagia atau sebagainya. Mungkin dia tidak punya keyakinan untuk tunjukkan kemesraan kepada orang lain. Jadi pasangan harus lebih memahami.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Keserasian PDA berubah dari masa ke semasa dalam hubungan dan ia adalah normal. Terutama jika anda baru sahaja berkahwin. Menunjukkan keintiman di laman sosial  akan dianggap manis seperti berpegangan tangan selepas kahwin, memandang mata pasangan dan membalas senyuman.
  • Sebilangan pasangan menggunakan PDA sebagai foreplay seksual dan ini merupakan teknik baik untuk mengisi ruang intim.
  • PDA merupakan paparan kasih sayang yang menunjukkan emosi tertentu antara dua orang yang sedang berkasih.
  • Berpegangan tangan selepas berkahwin adalah lebih molek malah kajian mendapati dengan cara ini kesihatan lebih postif dan baik.

Semoga bermanfaat.

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Mahu Si Dia Lemas Dalam Dakapan, Ini 6 Teknik Ciuman Leher Yang Buat Pasangan Lebih Ghairah!

Baca juga: Ini Yang Terjadi Bila Kurangnya Aksi Romantik Suami Isteri, #2 Paling Menakutkan!

Baca juga: Bilik tidur itu ‘tempat rahsia” suami isteri, anda TAK BOLEH masuk sesuka hati!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan