Susulan dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia maka seluruh umat Islam di negara ini sekali lagi perlu mematuhi SOP sehinggalah wabak pandemik ini berakhir.
Terutamanya kita perlu beraya di rumah masing-masing dan tidak dibenarkan pulang menyambut raya di kampung halaman.
Bukan itu sahaja, umat Islam juga tidak digalakkan untuk melakukan solat sunat Aidilfitri di masjid mahupun surau yang berdekatan dengan rumah bagi mengekang penularan wabak ini.
Walaupun itu anda masih boleh mendirikan solat di rumah bersama isteri dan anak-anak seterunsya menikmati hidangan hari raya seperti selalu.
Apa yang membezakan pada tahun ini anda tidak dibenarkan melakukan ziarah menziarahi ke rumah saudara mara dan tidak boleh membuat jamuan rumah terbuka sehinggalah wabak ini benar-benar telah berakhir.
Biasanya, selepas melaksanakan solat sunat Aidilfitri dan pulang ke rumah, suami, isteri dan anak-anak akan bersalam dan memohon beribu kemafaan dari zahir dan batin sekiranya pernah melakukan kesilapan.
Bahkan inilah masanya untuk saling memaafkan antara satu sama lain, baik dengan orang tua, ibu bapa, sahabat handai dan sebagainya. Tentu saja momen Aidilfitri ini merupakan saat yang sangat tepat untuk saling memaafkan orang di sekeliling kita.
Hal ini kerana, orang yang mempunyai ciri-ciri mukmin sejati akan berlapang dada untuk memaafkan orang lain yang mungkin pernah berbuat salah dengan mereka.
Dengan saling memaafkan ini hati anda menjadi lebih tenteram dan jiwa menjadi ringan dari segala beban yang ada terutamanya bila hati pernah menyimpan rasa dendam dengan individu tersebut. Jadi inilah masa yang tepat untuk saling memaafkan.
Isteri wajib bersalaman dengan suami di pagi raya
Walaubagaimanapun, kita kekadang lupa bahawa bersalaman dengan suami bagi seorang isteri adalah lebih penting berbanding bersalaman dengan orang lain.
Di sini, bersalaman dengan suami adalah sesuatu yang harus ditaati dan isteri perlu memohon maaf dengan suami jika pernah membuat kesalahan atau pernah membelakangkan suami.
Hal ini kerana, wanita yang tidak memuliakan suaminya di pagi Aidilfitri merupakan kerugian yang besar baginya.
Betapa mulianya seorang suami menyediakan segala keperluan rumah tangga untuk menyambut hari raya dan pengorbannya itu haruslah isteri raikan.
Memang dalam mengharungi rumah tangga tentu saja kita pernah melalui fasa perselisihan faham, namun itu bukan alasan untuk anda mengelak bersalaman dengan suami di pagi raya.
Malah dengan cara ini juga dapat mengeratkan lagi silaturahim suami isteri dan mengukuhkan lagi jalinan kasih sayang antara kalian. Sedangkan, maaf itu adalah hal yang paling mudah untuk dilakukan manusia jadi jangan lupa untuk memanfaatkannya.
Selain itu, terkadang kita lebih mudah meminta maaf dari memaafkan orang. Ini kerana memberi maaf adalah sesuatu yang sulit untuk dilakukan oleh menusia. Apalagi yang mendapati dirinya terlalu bagus dan takabur.
Sedangkan telah tercatat bahawa orang yang ringan dalam memberi maaf adalah orang-orang pilihan yang dijamin Allah akan syurgaNya. Sementara orang yang pemaaf pula mempunyai keperibadian sama seperti Rasulullah SAW.
Cara bersalaman dengan suami di pagi raya
Realiti yang biasanya berlaku di pagi raya adalah bila isteri menanti awal untuk mula bersalaman dengan suaminya untuk meminta maaf.
Meminta maaf pada suami ini mudah saja untuk dilakukan oleh isteri dengan cara berjabat tangan dan melafazkan ucapan maaf.
Tapi tahukah anda bahawa itu belum cukup sempurna di hadapan Allah SWT.
Ini kerana membuka pintu maaf mudah saja dibuka oleh manusia. Siapa saja boleh melakukannya tetapi untuk tahu sama ada kita betul-betul melakukannya seikhlas hati atau tidak.
Seorang isteri yang baik pasti tahu tata cara bermaafan dengan suami yang betul di pagi lebaran sekaligus suami memaafkan mereka dan seterusnya mendapat keampunan dari Allah SWT.
Berikut adalah langkah pertama isteri yang boleh dilakukan di pagi raya
#1. Isteri boleh menguruskan persiapan suami sebelum dia berangkat pergi ke masjid untuk melaksanakan solat Aidilfitri.
#2. Bermaafan ini boleh dilakukan sebelum suami pergi ke masjid di mana di saat kalian sudah bersiap dengan pakaian raya. Kemudian, isteri boleh terus menyambut tangan suami dengan berlapang dada dan mencium tangan itu dengan penuh kasih sayang.
#3. Tangan itu diletakkan di hujung hidung di mana ruas jari menekan hidung isteri. Sementara pangkal tangan diletakkan di dahi.
Jadi, sudahkah anda melakukannya di pagi hari raya semalam? Jika belum pastikan anda segera melakukannya agar sentiasa ada ruang maaf antara anda dan suami.
Paling penting mencium tangan suami seperti yang dianjurkan di atas merupakan sunah Rasulullah SAW.
Bahkan dengan cara ini dapat membangkitakan rasa cinta suami terhadap isterinya yang tersayang.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber : Acehtrend
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 10 Juadah Raya Paling Popular, Bolehlah Masak-Masak Sepanjang Di Rumah