X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Lahirkan 9 Orang Bayi, Selepas 5 Bulan Di Hospital Mereka Kini Dibenarkan Pulang

5 min bacaan
Lahirkan 9 Orang Bayi, Selepas 5 Bulan Di Hospital Mereka Kini Dibenarkan Pulang

Ibu ini selamat bersalin 9 orang bayi, yang mana disangka hanya 7 orang ketika hamil, walau bagaimanapun ibu dan semua bayi selamat.

Masih ingat berita yang tular mengenai seorang wanita yang berasal dari Mali, telah selamat bersalin sembilan orang bayi di klinik Ain Borja di Casablanca, Maghribi pada Mei lepas.

Lapor Daily Mail, sekeping gambar memaparkan Halima Cisse bergambar bersama suaminya, Kader Arby dan sembilan anak kembarnya didedahkan buat pertama kali.

Menurut laporan itu juga Cisse turut memecahkan rekod dunia dipegang oleh Nadya Suleman yang melahirkan lapan anak
kembar pada tahun 2009.

“Saya lega semuanya berjalan lancar dan saya gembira dapat menjaga mereka.

Selepas 5 bulan, akhirnya mereka akan pulang ke rumah.

“Anak saya semakin kuat setiap hari dan mereka mungkin dibenarkan keluar hospital tidak lama lagi. Jadi kami boleh bawa mereka pulang ke rumah,” kata Cisse.

Sembilan bayi kembar itu terdiri daripada lima perempuan dan empat lelaki.

Semua kesembilan orang bayi itu perlu diletakkan di dalam inkubator di unit rawatan rapi sebaik dilahirkan. Dan apa yang menjadi rutin buat ibu ini adalah menyalin 100 keping lampin dan memberi enam liter susu setiap hari. 

Halima Cisse, yang kini memecahkan rekod dunia kerana melahirkan 9 orang anak dalam satu masa dengan selamat. Sebelum ini ada satu kes di Malaysia seorang ibu melahirkan 9 orang bayi walau bagaimanapun bayi yang dilahirkan itu tidak selamat dan meninggal selepas beberapa hari.

Bersalin 9 orang bayi

bersalin 9 orang bayi

Wanita warganegara Mali berusia 26 tahun itu memberitahu Mail Online bahawa kelahiran itu seperti “bayi yang mengalir bagai tidak berkesudahan keluar dari saya”.

Dia mengatakan bahawa dia hanya mengetahui bahawa dia akan mempunyai 9 orang bayi beberapa saat sebelum bersalin.

“Ia sangat mengejutkan ketika saya mengetahui bahawa saya sebenarnya mengandung sembilan orang bayi kerana saya selama ini melalui pemeriksaan dan scan, saya hamil dengan 7 orang bayi. 

“Ketika bayi-bayi itu keluar, ada banyak pertanyaan yang terlintas dalam fikiran saya. Saya dalam keadaan yang sangat sedar ketika ia berlaku dan seolah-olah ada aliran bayi yang tidak berkesudahan keluar dari saya.

“Kakak saya memegang tangan saya tetapi yang dapat saya fikirkan adalah bagaimana saya akan menjaga mereka semua dan siapa yang akan menolong saya?”

Hampir tiga bulan selepas kelahiran mereka, bayi-bayi tersebut tetap berada di inkubator di ICU yang mendapat rawatan dari pasukan doktor dan jururawat berpengalaman di Maghribi.

Cisse memberitahu Mail Online bahawa mereka akan diberikan susu dan jumlah untuk kesemua sembilan orang bayi itu adalah sebanyak 6 liter, manakala lampin pula boleh mencecah sebanyak 100 keping sehari. Mereka juga menjalani pemeriksaan kesihatan setiap tiga jam.

Hampir meninggal dunia akibat kehilangan darah

bersalin 9 orang bayi

Dia mengatakan bahawa dia masih dalam keadaan untuk pulih dari bersalin 9 orang bayi kerana dia hampir meninggal dunia kerana kehilangan darah yang banyak.  Cisse hanya mengunjungi bayi dua kali sehari selama 30 minit untuk bonding dengan mereka, kerana dia belum mempunyai tenaga untuk menjalankan rutin penjagaan mereka.

“Terlalu banyak kerja perlu dilakukan dan saya masih merasa sangat lemah,” kata Cisse. “Kehamilan saya sangat sukar dan saya memerlukan banyak rehat dan tenaga.”

“Melahirkan seorang anak cukup sukar tetapi mempunyai sembilan orang anak tidak dapat dibayangkan. Cukup mengangumkan apabila difikirkan jumlah masa dan tenaga untuk menjaga mereka semua. Saya berterima kasih kepada pasukan perubatan yang melakukan semua kerja keras dan kepada Kerajaan Mali kerana membiayai semua perbelanjaan rawatan di sini. “

“Syukurlah, saya tidak perlu bangun pada waktu malam jika bayi mula menangis kerana jururawat ada untuk membantu semua itu, jadi saya dapat tidur lena. Saya bernasib baik kerana masih hidup dan mendapat sokongan dari orang ramai, “tambahnya.

Suami dapat melihat isteri & anak-anak selepas 2 bulan bersalin

bersalin 9 orang bayi

Suami Cik Cisse, Kader Arby, pertama kali melawat bayi pada 19 Julai. Dia sebelum ini tidak dapat bersama dengan isteri pada waktu bersalin kerana sekatan perjalanan Covid.

Setelah bertemu dengan kesemua bayinya Encik Arby berkata: “Itu adalah perasaan yang luar biasa dan saya hanya bersyukur kepada Tuhan bahawa mereka terselamat dan kesihatan mereka bertambah baik dan keadaan isteri saya makin pulih.”

Stories Rakan Kongsi
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

“Ada banyak perkara yang harus diselesaikan untuk masa depan kami dan anak-anak, tetapi buat masa ini kami hanya fokus untuk menjaga bayi kami dan membawanya pulang. Kami tidak dapat terlibat dalam penjagaan harian mereka sekarang tetapi itu adalah yang terbaik kerana isteri saya perlu masa untuk pulih.

“Apa yang penting bagi saya sekarang bukanlah memikirkan perlu ada rumah yang besar atau wang untuk membesarkan anak-anak, tetapi memastikan bahawa isteri dan anak-anak saya baik-baik saja.”

Empat bayi lelaki dan 5 bayi perempuan itu diberi nama: Mohammed, untuk menghormati raja Maghribi, Bah, untuk menghormati mantan presiden Mali, El Hadji, Oumar, Hawa, Adama, Fatouma Oumou dan Kadidia.

Walaupun doktor mengatakan bahawa kesihatan bayi telah meningkat dengan ketara, mereka dijangka akan tinggal di hospital selama dua bulan lagi.

Setakat ini, bil untuk penjagaan mereka sekitar £ 1 juta – dibayar oleh kerajaan Mali.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Berkat Kesabaran Selama 21 Tahun, Akhirnya Dikurniakan Seorang Bayi Perempuan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Menjadi ibu bapa
  • /
  • Lahirkan 9 Orang Bayi, Selepas 5 Bulan Di Hospital Mereka Kini Dibenarkan Pulang
Kongsikan:
  • Ini Rupanya Punca Tompok Hitam Pada Kulit Badan Ketika Hamil, Adakah Akan Hilang?

    Ini Rupanya Punca Tompok Hitam Pada Kulit Badan Ketika Hamil, Adakah Akan Hilang?

  • 10 Petua Turunkan Gula Dalam Darah Dengan Pantas & Berkesan, Ibu Yang Ada GDM Wajib Cuba!

    10 Petua Turunkan Gula Dalam Darah Dengan Pantas & Berkesan, Ibu Yang Ada GDM Wajib Cuba!

  • Janin Mula Tumbuh Rambut & Kening Serta Lakukan Pergerakan Kecil di Kehamilan 12 Minggu

    Janin Mula Tumbuh Rambut & Kening Serta Lakukan Pergerakan Kecil di Kehamilan 12 Minggu

  • Ini Rupanya Punca Tompok Hitam Pada Kulit Badan Ketika Hamil, Adakah Akan Hilang?

    Ini Rupanya Punca Tompok Hitam Pada Kulit Badan Ketika Hamil, Adakah Akan Hilang?

  • 10 Petua Turunkan Gula Dalam Darah Dengan Pantas & Berkesan, Ibu Yang Ada GDM Wajib Cuba!

    10 Petua Turunkan Gula Dalam Darah Dengan Pantas & Berkesan, Ibu Yang Ada GDM Wajib Cuba!

  • Janin Mula Tumbuh Rambut & Kening Serta Lakukan Pergerakan Kecil di Kehamilan 12 Minggu

    Janin Mula Tumbuh Rambut & Kening Serta Lakukan Pergerakan Kecil di Kehamilan 12 Minggu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.