X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Anda Bersalin Cara Pembedahan? Ini Panduan Panduan Sebelum, Semasa, Selepas Melahirkan Bayi

4 min bacaan
Anda Bersalin Cara Pembedahan? Ini Panduan Panduan Sebelum, Semasa, Selepas Melahirkan Bayi

Bergantung kepada rezeki masing-masing. Jika anda bersalin cara pembedahan, artikel boleh dijadikan rujukan untuk persediaan. 

Ramai wanita mengandung yang mengimpikan untuk melahirkan bayi secara normal. Bagaimanapun ia bergantung kepada rezeki masing-masing. Jika anda bersalin cara pembedahan, artikel boleh dijadikan rujukan untuk persediaan. 

Bersalin cara pembedahan juga mempunyai risiko tersendiri. Jadi janganlah dibeza-bezakan ibu yang bersalin pembedahan kerana seksanya hanya mereka yang tahu.

Bayangkan tujuh lapisan perut dibelah untuk mengeluarkan bayi, bukan perkara main-main ya! Jadi janganlah sekali-kali anda memperlekehkan ibu yang melahirkan bayi secara pembedahan.

Bersalin cara pembedahan banyak persediaan perlu dibuat

bersalin cara pembedahan

Bersalin secara pembedahan, dipanggil caeserean bukanlah perkara yang diimpikan semua wanita. Pengalaman bersalin secara pembedahan boleh buatkan seseorang wanita mengalami trauma mahu mengandung lagi.

Berdepan situasi dalam dewan bedah sambil menyaksikan pelbagai perkakasan pembedahan yang disusun rapi sudah cukup membuatkan kita kecut perut.

Itu belum lagi proses pembedahan bermula. Ada ibu yang memang berani untuk lihat sendiri perutnya dibedah dan proses mengeluarkan bayi.

Ada juga yang tak sanggup tengok! Jadi apa sebenarnya persediaan yang perlu anda buat untuk memastikan pembedahan dan proses bersalin anda berjalan lancar.

Tips sebelum pembedahan

1. Tanggalkan semua barangan

Masuk dewan bedah, kita tidak dibenarkan membawa sebarang barang kemas, termasuk cermin mata (kecuali ada masalah rabun teruk atau pening jika tidak pakai).

2. Mandi

Segarkan badan, mandi dahulu sebelum ke dewan bedah. Selepas mandi badan akan rasa lebih bertenaga, relaks dan dapat redakan perasaan gemuruh. Hendak hilangkan gemuruh dengan makan tidak boleh sebab kita perlu berpuasa.

3. Makan

Wanita hamil yang terpaksa menyerahkan diri untuk dibedah disebabkan masalah kesihatan mungkin boleh makan dahulu sebelum mula berpuasa. Makan makanan berkhasiat dan dapat memberi tenaga, juga minum air secukupnya.

4. Ubat gastrik

Ada sesetengah wanita hamil sering diserang gastrik, boleh makan atau minta ubat gastrik terlebih dahulu (atas nasihat pakar).

5. Minta maaf, maafkan orang lain

Dalam dewan bedah, suami tidak dibenarkan masuk. Jadi minta maaf dengan suami atau ibu terlebih dahulu atau peluk cium anak. Minta doakan semoga pembedahan berjalan lancar tanpa sebarang komplikasi. Kita tak tahu apa nak jadi selepas itu, jadi clearkan semua lebih mudah kan?

Tips semasa pembedahan

1. Tenang

bersalin cara pembedahan

credit to sources

Sebaik saja memasuki dewan bedah, kita akan mula berdebar. Kita akan dipindahkan sebentar ke dalam bilik menunggu, sementara menanti pasukan pakar bedah bersiap sedia. Menenangkan diri sangat penting pada masa ini. Kadar denyutan jantung dan tekanan darah akan dikira. Jangan terlalu gementar, nanti tidak pasal-pasal darah tinggi pula.

2. Siap sedia

Ibu yang pernah bersalin secara pembedahan mesti sudah tahu proses ini. Sentiasa siap sedia dengan prosedur seperti suntikan epidural. Kita juga mungkin akan ditanya pakar bius beberapa soalan. Pastikan kita sentiasa sedar untuk menyebut nama jantina anak yang bakal lahir nanti.

Stories Rakan Kongsi
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

3. Bawa bersembang

Salah satu cara elak gemuruh adalah berbual dengan doktor bertugas, tetapi janganlah sampai mengganggu kerja mereka. Keadaan ini sedikit melegakan perasaan.

4. Tarik nafas

Tarik nafas kalau rasa tidak sedap hati atau gemuruh keterlaluan. Mesti lawan perasaan gemuruh itu. Jika tidak, tekanan darah akan meningkat atau denyutan jantung berdenyut laju.

Doktor mungkin terpaksa berikan kita ubat untuk melegakan rasa gemuruh itu.

Tips selepas pembedahan

bersalin cara pembedahan

1. Rehat

Kita akan dibawa ke satu bilik unit penjagaan rapi (ICU). Mungkin ada kalangan kita akan mengalami komplikasi akibat alahan ubat seperti muntah atau pening. Jadi, ambil masa ini untuk berehat sebelum dihantar ke wad.

2. Beritahu jika sakit

Selepas bersalin mungkin kita akan mengalami pening atau muntah disebabkan suntikan epidural atau ubat lain. Jangan segan beritahu doktor atau jururawat sekiranya pening masih tidak hilang selepas 6 jam pembedahan berlalu.

3. Ubat tahan sakit

Ada sesetengah hospital (swasta), kita dibenarkan meminta ubat tahan sakit sekiranya bius sudah mula hilang. Tetapi seeloknya, cuba jangan ambil, biasakan diri dengan rasa sakit itu, dan ambil kalau kita sudah tidak tahan sakit.

4. Berdiri

Ini bahagian paling akhir, selepas 6 jam pembedahan, kita diminta untuk berdiri. Memang sakit, tetapi lalukan pelahan-lahan dan jangan terburu-buru. Boleh minta bantuan suami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ciri-Ciri Hamil 2 Minggu Yang Jarang Disedari Oleh Wanita, #3 Paling Mengelirukan!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Menjadi ibu bapa
  • /
  • Anda Bersalin Cara Pembedahan? Ini Panduan Panduan Sebelum, Semasa, Selepas Melahirkan Bayi
Kongsikan:
  • 5 Cara Berpantang Selepas Bersalin Pembedahan, Tips Dikongsikan Confinement Lady!

    5 Cara Berpantang Selepas Bersalin Pembedahan, Tips Dikongsikan Confinement Lady!

  • Doktor Bukan Saja-Saja Nak Caesar, Ini 4 Tahap Caesaran Yang Mungkin Anda Akan Alami Ibu Hamil!

    Doktor Bukan Saja-Saja Nak Caesar, Ini 4 Tahap Caesaran Yang Mungkin Anda Akan Alami Ibu Hamil!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • 5 Cara Berpantang Selepas Bersalin Pembedahan, Tips Dikongsikan Confinement Lady!

    5 Cara Berpantang Selepas Bersalin Pembedahan, Tips Dikongsikan Confinement Lady!

  • Doktor Bukan Saja-Saja Nak Caesar, Ini 4 Tahap Caesaran Yang Mungkin Anda Akan Alami Ibu Hamil!

    Doktor Bukan Saja-Saja Nak Caesar, Ini 4 Tahap Caesaran Yang Mungkin Anda Akan Alami Ibu Hamil!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.