Induce Bersalin: Sebab Kena Bersalin Induce, Kaedah Induce & Cara Kurangkan Sakit

lead image

Induce bersalin adalah kaedah untuk membantu ibu hamil yang telah melepasi 41 minggu kehamilan dan tiada tanda-tanda bukaan rahim

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak semua ibu diberikan rezeki untuk mudah bersalin. Hakikatnya tiada siapa yang tahu bagaimana proses bersalin akan berlaku; sama ada bersalin normal ataupun czer. Namun pernahkah anda mengetahui tentang induce bersalin?

Induce bersalin mungkin dipertimbangkan oleh doktor terutamanya untuk ibu yang sudah melepasi 41 minggu kehamilan dan tiada tanda-tanda bukaan rahim dalam tempoh pemerhatian.

Apakah Itu Induce Bersalin?

Induce bersalin adalah kaedah yang digunakan oleh doktor untuk membantu ibu hamil yang telah melepasi 41 minggu kehamilan dan tiada tanda-tanda bukaan rahim. Doktor akan merangsang pembukaan rahim dengan menggunakan beberapa cara untuk mempercepatkan proses kelahiran.

Jenis Induce Bersalin

Tahukah anda, terdapat pelbagai kaedah induce bersalin yang digunakan untuk membantu proses kelahiran? Setiap kaedah mempunyai fungsi dan tujuan tersendiri, antaranya:

1. Induce Belon

Kaedah ini melibatkan penggunaan alat berbentuk belon yang dimasukkan ke dalam rahim untuk membantu membuka pintu rahim.

2. Induce Ubat

Hormon sintetik seperti prostin dalam bentuk pil dimasukkan ke dalam faraj. Tujuannya adalah untuk melembutkan serta membuka pintu rahim.

3. Induce Drip

Hormon oxytocin diberikan melalui drip yang disalurkan ke salur darah di tangan. Hormon ini bertindak merangsang kontraksi otot rahim.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4. Menggunakan Amniohook Atau Coccus

Alat runcing ini digunakan untuk memecahkan air ketuban bagi merangsang kontraksi semula jadi.

Proses Induce Bersalin

Tempoh induce bersalin boleh berbeza bagi setiap wanita dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Secara amnya, proses induce bersalin  boleh mengambil masa beberapa jam hingga beberapa hari.

Beberapa faktor boleh mempengaruhi proses ini seperti kaedah yang digunakan, seberapa matang serviks pada permulaan proses, dan bagaimana tubuh ibu bertindak balas terhadap proses induksi. Berikut adalah proses induce bersalin mengikut tiga peringkat utama kelahiran:

Peringkat 1: Fasa Pembukaan 

Pada peringkat ini, rahim mula melembut dan membuka (dilatasi) untuk mempersiapkan proses kelahiran.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringkat 2: Fasa Aktif

Pada fasa ini, bayi mula bergerak melalui saluran kelahiran. Kontraksi menjadi lebih kuat dan kerap untuk membantu ibu menolak bayi keluar.

Peringkat 3: Fasa Penyingkiran Plasenta 

Selepas bayi dilahirkan, plasenta perlu dikeluarkan untuk melengkapkan proses bersalin.

Beza Induce Bersalin Dengan Kelahiran Normal

  Induce Bersalin Kelahiran Normal
Kontraksi Dilakukan secara paksa menggunakan kaedah perubatan. Berlaku secara semula jadi tanpa campur tangan.
Penggunaan Ubat Melibatkan hormon sintetik seperti oxytocin atau prostin. Tiada ubat digunakan, kecuali jika diperlukan.
Tempoh Bersalin Boleh lebih lama atau lebih cepat, bergantung pada tindak balas tubuh. Mengikut tempoh semula jadi tubuh ibu.
Pengalaman Kontraksi Kontraksi boleh lebih kuat dan mendadak. Kontraksi bermula secara perlahan dan bertahap.
Risiko Komplikasi Risiko lebih tinggi seperti tekanan pada bayi atau pendarahan. Risiko komplikasi lebih rendah.
Pemantauan Memerlukan pemantauan ketat sepanjang proses. Pemantauan biasa, bergantung pada keadaan ibu dan bayi.

Induce bersalin biasanya dilakukan atas sebab kesihatan, manakala kelahiran normal berlaku secara alami apabila tubuh bersedia.

Punca Ibu Hamil Bersalin Induce

Terdapat beberapa sebab bersalin induce dipertimbangkan oleh doktor. Antaranya adalah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1. Overdue

Kehamilan melebihi 42 minggu dianggap overdue. Ia boleh membawa risiko kepada ibu dan bayi, menjadikan bersalin induce sebagai pilihan yang perlu untuk mengelakkan komplikasi.

2. Premature Rupture of Membranes (PROM)

Apabila kantung air ketuban pecah sebelum bersalin, ia dipanggil PROM. Induce mungkin diperlukan jika bukaan rahim tidak bermula dalam jangka masa yang munasabah untuk mencegah jangkitan dan komplikasi lain.

3. Penyakit Sedia Ada

Masalah perubatan yang dialami oleh ibu hamil seperti preeklampsia, diabetes, atau tekanan darah tinggi, mungkin memerlukan bersalin induce untuk mengelakkan sebarang masalah kelahiran.

4. Sekatan Pertumbuhan Janin

Apabila doktor mendapati bahawa bayi tidak membesar seperti yang dijangkakan dalam kandungan, induce mungkin disaran untuk memastikan pertumbuhan dan kesejahteraan bayi.

5. Chorioamnionitis

Ini adalah jangkitan kantung ketuban dan cecair amniotik. Dalam kes korioamnionitis yang teruk, induce mungkin diperlukan untuk melindungi kesihatan ibu dan bayi.

6. Oligohidramnios

Keadaan di mana terdapat terlalu sedikit air ketuban di sekeliling bayi, yang boleh menyebabkan pelbagai komplikasi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

7. Masalah Plasenta

Jika plasenta tidak berfungsi dengan baik dan bayi tidak menerima oksigen dan nutrien yang mencukupi, bersalin secara induce mungkin diperlukan.

Risiko Kepada Ibu Hamil

Walaupun dalam kebanyakan kes bersalin secara induce adalah prosedur yang menyelamatkan nyawa, ia juga hadir dengan beberapa risiko.

Berikut beberapa risiko bersalin secara induce:

1. Induce Gagal

Terdapat kemungkinan bersalin secara induce tidak berjaya, yang membawa kepada keperluan untuk pembedahan cesarean (C-section). Induce yang gagal boleh memanjangkan proses bersalin dan mendedahkan ibu dan bayi kepada risiko tambahan.

2. Hiperstimulasi Rahim

Oksitosin yang diberikan ketika induce, boleh menyebabkan kontraksi terlalu kuat dan kerap, dikenali sebagai hiperstimulasi rahim. Ini boleh mengurangkan aliran darah kepada bayi dan membawa kepada gangguan janin.

3. Jangkitan

Menyapu membran dan ketuban pecah buatan boleh memasukkan bakteria ke dalam rongga rahim, meningkatkan risiko jangkitan untuk ibu dan bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4. Bayi Makan Najis Dalam Kandungan

Dalam kes overdue atau gangguan janin, bayi mungkin mengeluarkan mekonium (najis pertama) dalam rahim. Jika bayi termakan najis ini, ia boleh menyebabkan masalah pernafasan.

Cara Mudah Untuk Cepat Bersalin

Terdapat juga cara induce secara natural terutamanya buat para ibu yang  sudah melebihi tarikh bersalin mereka. Berikut adalah beberapa cara untuk cepat bersalin:

1. Banyakkan Bergerak

Cara untuk cepat bersalin adalah banyakkan bergerak. Pergerakan aktif macam berjalan kaki atau buat senaman ringan boleh bantu bayi turun ke posisi bersalin dengan lebih cepat. Cuba jalan perlahan-lahan setiap hari selama 20-30 minit — sambil cuci mata pun boleh!

2. Senaman Squat

Squat membantu membuka pelvis dan beri ruang untuk bayi turun. Buat squat dengan perlahan, tapi pastikan badan stabil. Kalau boleh, minta suami atau ahli keluarga temankan.

3. Hubungan Intim

Ini antara cara cepat bersalin yang selalu disebut! Air mani mengandungi prostaglandin yang boleh membantu melembutkan serviks dan mempercepatkan proses bersalin. Tapi pastikan ia selesa dan tidak mendatangkan risiko — dapatkan nasihat doktor kalau ragu-ragu.

4. Urutan Perineum

Urutan lembut di kawasan perineum (antara faraj dan dubur) boleh bantu melembutkan tisu dan mempersiapkan badan untuk bersalin. Gunakan minyak kelapa atau minyak zaitun untuk mengelakkan ketidakselesaan.

5. Rangsang Puting

Jangan tidak tahu, cara cepat bersalin seterusnya adalah dengan merangsang puting. Merangsang puting boleh membantu tubuh melepaskan hormon oksitosin, yang boleh mencetuskan kontraksi. Tapi jangan buat terlalu lama — cukup 5-10 minit setiap sesi, dan hentikan jika terasa sakit atau tidak selesa.

6. Minum Air Kelapa Muda

Ramai ibu mengesyorkan air kelapa muda kerana dipercayai boleh memudahkan proses bersalin dan memberi tenaga. Tapi minum secara sederhana sahaja, ya — jangan berlebihan.

7. Teknik Pernafasan dan Relaksasi

Kadang-kadang, makin kita risau makin lambat proses bersalin. Jadi, cuba buat teknik pernafasan seperti yang diajar dalam kelas antenatal dan amalkan meditasi untuk kekal tenang.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  3 Pengalaman Bersalin Induce – Pengorbanan Besar Ibu Yang Harus Dipuji

Baca juga: Kontrasi Teruk Tapi Bukaan Tak ADA, Ini 3 Jenis Induced Ubat & Semulajadi Yang Boleh Bantu

Baca juga:  4 Perkara Yang Patut Anda Lakukan Apabila Lambat Bersalin (Overdue)