Bersalin Ketika Banjir, Bayi Menangis & Ibu Merintih Minta Pertolongan, Jiran Sanggup Redah Banjir

Ibu merintih minta tolong saat melahirkan bayi, jiran-jiran sanggup meredah air banjir paras leher untuk membantu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ternyata fenomena banjir kali ini tiada siapa yang menyangka penangannya cukup hebat pada rakyat Malaysia. Sedih memikirkan nyawa yang terkorban, mangsa terperangkap di atas bumbung rumah berhari-hari, tiada makanan dan air berish untuk diminum. Walau bagaimanapun tak dinafikan juga semangat kental rakyat Malaysia yang nekad menghulurkan bantuan apabila ada yang minta tolong.

Ibu merintih minta tolong disulami tangisan bayi

Seperti video yang tular di aplikasi TikTok baru-baru ini, seorang ibu yang baru saja bersalin merintih minta tolong disulami dengan tangisan bayi baru lahirnya. Apa yang menakjubkan jelas kelihatan jiran-jiran sanggup meredah air banjir paras leher untuk menyelamatkan mereka. 

Jiran tetangga yang berada. Berhampiran wanita tersebut juga segera memanjat tembok dan meredah banjir separas leher untuk menghulurkan bantuan.

Menurut perkongsian daripada seorang pengguna TikTok itu yang dikenali sebagai @tutynooamalina ibu dan bayinya berjaya diselamatkan, malah sepupunya dan mak saudaranya yang turut membantu juga selamat pulang ke rumah. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ternyata kita hanya ada sesama kita untuk saling membantu dalam waktu sukar ini apabila ada yang minta tolong, bukanlah nak mengatakan pihak berkuasa tidak boleh membantu. Namun jika mengharapkan bantuan luar pun mungkin memakan masa dan nyawa ibu dan bayi baru lahir itu ternyata di dalam bahaya. 

Antara komen netizen yang turut melahirkan rasa bimbang dengan kesihatan ibu dan bayi tersebut. Lagi-lagi bayi baru lahir yang terpaksa dilahirkan dalam keadaan darurat dan tanpa persediaan. Bimbang jika jangkitan akan berlaku. 

Tragedi banjir, apa patut anda lakukan jika berlaku kecemasan melahirkan bayi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekiranya berlaku kecemasan begini, baik ia berlaku pada anda atau orang sekeliling, sentiasa beringat untuk kekal bertenang, kerana jika panik anda tidak boleh berfikir dengan jelas.

#1. Sediakan pakaian atau selimut bersih 

Ini untuk melapik si ibu dan untuk membaluti bayi sebaik dilahirkan nanti. Kita mahu bayi dalam keadaan sebersih yang mungkin dan bebas jangkitan.

#2. Air bersih

Untuk mencuci darah dan kotoran pada bayi, anda tak boleh gunakan air banjir, ia kotor!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Pastikan anda sudah menyediakan satu bag kalis air

Beg ini perlu lengkap dengan barangan keperluan ibu dan bayi. Ibu perlu minum air dan makan untuk tenaga dan perbanyakkan susu ibu. Barulah ibu boleh menyusukan bayi.

#4. Minta tolong

Seperti apa yang ibu ini lakukan, jerit minta tolong sekiranya tiada siapa di rumah anda yang mampu membantu. Jerit semahunya agar jiran-jiran mampu mendengar. 

Sumber: Tiktok Tutynoormalina

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tips Penting Untuk Ibu Hamil & Ibu Bapa Baharu Ketika Banjir