(Video) Bagaimana Cara Bersalin Normal Dengan Bantuan Forcep, Para Ibu Sila Alert!

Bersalin forcep perlu melalui beberapa prosedur bagi menyelamatkan nyawa ibu dan bayi dalam kandungan. Ketahui kaedah melahirkan bayi melalui video ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada segelintir ibu yang boleh bersalin secara normal tapi memerlukan bantuan peralatan bersalin forcep untuk menarik bayi keluar dari saluran kelahiran. Mengikut kajian, hampir 6-8% ibu bersalin memerlukan bantuan vakum/forceps.

Semasa kelahiran forceps, doktor akan menggunakan alat yang berbentuk seperti sepasang sudu besar atau penyepit pada kepala bayi untuk membantu bayi keluar semasa kontraksi apabila ibu meneran dan menolak.

Kaedah ini boleh menimbulkan risiko kecederaan untuk ibu dan bayi. Sekiranya kaedah forceps gagal, maka pembedahan caeser mungkin akan diperlukan.

Baca juga: Bantuan Bersalin Seperti Forcep, Induce Atau Vakum Boleh Beri Masalah Kesihatan Jangka Panjang Pada Bayi?

Apakah yang dimaksudkan dengan bersalin forcep?

Sumber gambar : filmmedical.co.uk

Kelahiran yang dibantu adalah di mana doktor perbidanan menggunakan alat bantuan khas seperti forseps atau vacuum untuk membantu kelahiran bayi pada penghujung saat kelahiran.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bersalin forseps lazim digambarkan seakan-akan “sudu garpu salad buatan keluli tahan karat” atau “penyepit gula yang besar”. Ianya terdiri dari dua bahagian yang bersilang, dan hujungnya melengkung untuk memegang kepala bayi.

Bila ibu perlu bersalin dengan bantuan forcep?

Kaedah ini hanya akan disyorkan jika sakit bersalin ibu itu memenuhi kriteria tertentu. Contohnya serviks yang sudah buka sepenuhnya, air ketuban telah pecah dan kepala bayi sudah turun salur kelahiran, tetapi ibu tidak dapat menolak bayi itu keluar.

Kaedah ini hanya boleh dilakukan di hospital supaya jika berlakunya sebarang kesulitan, pembedahan caeser boleh dilakukan untuk mengeluarkan bayi tersebut dengan segera.

Doktor akan mengesyorkan bantuan forsep jika:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

  • Ibu meneran, tapi tidak banyak perkembangan - Jika ini kali pertama ibu bersalin, dia akan rasa seperti sakit bersalin itu sangat lama. Ibu mungkin meneran untuk tempoh 2 hingga 3 jam tapi tiada sebarang kemajuan. Tapi jika ibu pernah melahirkan anak, bantuan forseps mungkin akan disyorkan selepas 1 hingga 2 jam meneran tanpa sebarang kemajuan.
  • Denyutan jantung bayi menunjukkan tanda masalah. Bayi yang menghadapi sebarang masalah perlu dikeluarkan dengan segera. Jadi jika berlakunya sebarang kecemasan, bantuan forceps akan disyorkan oleh doktor.
  • Ibu ada masalah kesihatan. Doktor akan mengehadkan jumlah masa ibu menolak jika dia mempunyai komplikasi seperti masalah jantung.
  • Bayi menghadap arah yang salah. Kelahiran dengan bantuan forceps mungkin diperlukan jika bayi anda menghadap ke atas (kedudukan posterior occiput) dan bukannya ke bawah (kedudukan anterior occiput).
  • Kelahiran bayi songsang melalui vagina mungkin juga memerlukan bantuan forceps (delivery aftercoming head). Badan bayi akan dilahirkan dahulu dan jika berlaku kesukaran melahirkan kepala bayi, forseps akan digunakan untuk membantu kelahiran.
  • Bayi tidak keluar daripada laluan kelahiran lambat daripada biasa (prolonged second stage).

Jika ibu rasa kurang yakin untuk melahirkan anak dengan bantuan forsep, jangan lupa anda masih boleh memilih untuk melakukan pembedahan caeser.

Persediaan sebelum kelahiran bayi

Lazimnya, doktor anda akan menerangkan kepada anda mengapa dia berpendapat bahawa bersalin forcep itu perlu dijalankan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Dia akan memeriksa jalan kelahiran anda untuk memastikan bahawa bayi anda berada dalam kedudukan yang baik untuk kelahiran dibantu dan juga untuk menentukan jenis instrumen yang selamat dan paling sesuai.
  2. Anda akan diletakkan dalam posisi Lithotomy dan bahagian hujung katil itu akan ditanggalkan untuk memudahkan doktor perbidanan melalukan prosedur.
  3. Tiub getah kencing akan dimasukkan pada salur kencing untuk mengosongkan pundi kencing dan kaki anda akan ditutup dengan kain yang bersih dan bebas kuman (sterile).
  4. Pelega kesakitan akan diberikan secara suntikan pada bahagian perineum (local anaesthetics).
  5. Pakar kanak-kanak akan diberitahu untuk bersedia di dewan bersalin untuk memeriksa bayi yang dilahirkan sejurus selepas kelahiran dibantu.

Video cara bersalin dengan bantuan forcep

Berikut adalah video yang akan menunjukkan bagaimana cara bersalin normal dengan forceps:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kelahiran forceps tidak digalakkan apabila:

  • Bayi mempunyai sebarang masalah kesihatan yang menjejaskan kekuatan tulangnya, seperti osteogenesis imperfecta, atau mempunyai masalah pendarahan, seperti hemofilia
  • Kepala bayi belum turun sehingga ke titik pertengahan saluran kelahiran
  • Kedudukan kepala bayi tidak diketahui
  • Bahu atau lengan bayi yang keluar dulu melalui saluran kelahiran
  • Bayi yang mungkin tidak dapat turun melalui ruang pelvis kerana saiz bayi ataupun saiz pelvis ibu

Sumber: MayoClinic, Dr Muhammad Izzat

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Video Bagaimana Cara Bersalin Normal Dengan Bantuan Vakum 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan