Bersalin bukan perkara remeh yang boleh dipandang sebelah mata. Ia ibarat pertarungan hidup dan mati, justeru bagi setiap ibu mengandung, bersalin tanpa koyak antara perkara yang menjadi keinginan rata-rata ibu mengandung.
Dengar perkataan koyak saja sudah gerun jadinya. Apatah lagi yang koyak itu adalah kulit sendiri. Lebih gerun bila terbayangkan percikan darah dan sebagainya.
Bukan mahu melebih-lebih, tetapi sebagai ibu mengandung, banyak perkara yang difikirkan termasuklah keadaan ketika bersalin nanti. Bak kata orang mahu bersedia daripada mental dan fizikal supaya tak terkejut sangat bila tiba harinya nanti.
Bersalin tanpa koyak idaman wanita hamil
Walaupun bersalin tanpa koyak itu amat diharapkan oleh ramai ibu hamil, tetapi rezeki masing-masing memang tiada siapa yang tahu.
Ada yang terpaksa dibedah di saat akhir dan ada pula yang terpaksa digunting atau dipanggil episiotomi. Semua ini mungkin rezeki masing-masing tetapi sebagai manusia kita perlulah berusaha.
Antaranya tipsnya termasuklah:
#1. Elakkan diri dari stres
Jika stres membelenggu diri, apa pun tak jadi nanti. Jadi eloklah anda kurangkan stres ya. Adalah sangat normal untuk anda rasa stres apabila semakin hampir dengan bersalin.
Cuba sebaik mungkin untuk jauhkan diri dari perkara-perkara yang boleh membuatkan anda stres. Antara caranya ialah
- Baca kisah-kisah inspirasi wanita lain yang berjaya bersalin normal dan mudah
- Banyakkan membaca buku, mendengar muzik dan al-quran
- Cari dan tonton video bersalin normal bagi membantu anda membayangkan teknik dan proses bersalin yang mudah
- Sentiasa bercerita dan meluahkan perasaan kepada suami anda
- Elakkan dari bergaul dengan mereka yang sentiasa memberi persepsi negatif
#2. Rajin bersenam
Amalkan senaman dengan kerap dan konsisten. Pelbagai teknik senaman diajar di laman sosial atau youtube yang anda boleh cuba. Banyak dikongsikan mengenai senaman yang sesuai untuk ibu hamil.
Salah satunya adalah senaman kagel yang membantu menguatkan kawasan pelvik dan peha anda. Tidaklah nanti bila bersalin kaki cepat lenguh atau cramp.
Senaman seperti inilah yang membantu menguatkuatkan otot anda yang amat diperlukan ketika proses bersalin nanti.
Bersenam juga boleh menghindarkan stres yang mungkin dialami anda terutama di hujung trimester.
#3. Belajar dan praktis teknik pernafasan yang betul
Senaman pernafasan membantu anda semasa proses meneran nanti. Kadar okisgen yang cukup juga membantu tumbesaran bayi.
Jadi, selalulah berlatih kaedah pernafasan seawal minggu ke 20 kehamilan anda. Anda boleh mengikuti kelas ibu hamil yang turut boleh disertai oleh suami.
#4. Amalkan pemakanan sihat
Pemakanan yang baik dan menyihatkan bukan saja penting buat tubuh badan anda, malah ia membantu proses perkembangan dan kesihatan bayi anda.
Melalui pemakanan sihat juga, badan anda lebih bertenaga dan bersedia untuk menghadapi proses bersalin dengan lebih mudah. Banyakkan makan sayur sayuran bagi mengelakkan dari berlakunya anemia selepas anda bersalin nanti.
Pemakanan yang sihat amat penting bagi mengelakkan anda terkena GDM, preeklampsia atau sebarang risiko yang sering dialami wanita hamil.
#5. Dapatkan tidur dan rehat yang cukup
Stres ini tidak akan membawa anda kemana-mana. Ia hanya akan buat otak anda serabut dan minda berat, jadi dapatkan tidur dan rehat yang cukup itu penting bagi memastikan anda bersedia dan bertenaga untuk proses bersalin nanti.
Ada ibu yang terlalu penat hingga ketika meneran pun dia menjadi terlalu penat dan akhirnya ada yang terpaksa dibedah atau doktor terpaksa menggunakan intervensi lain untuk mengeluarkan bayi.
Keadaan ibu itu amat penting untuk membolehkan proses bersalin berjalan lancar seperti yang dimahukan ibu.
Apa pun, kita sudah berusaha, bergantung kepada rezeki masing-masing sama ada dapat atau sebaliknya. Banyakkan juga amalan kerohanian supaya anda sentiasa tenang menghadapi saat getir ini.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: thezuriat
Kredit foto : Sumber
Baca juga: