Malam hari Khamis juga disebut sebagai malam Jumaat kerana di dalam kalendar Islam, permulaan hari yang baru ialah selepas Asar. Hari Jumaat ialah penghulu bagi segala hari.
Hari Jumaat adalah hari yang penuh barakah dan memperbanyakkan amalan sunat sangat digalakkan untuk dilaksanakan pada sepanjang hari Jumaat. Salah satu amalan sunat yang sangat sinonim dengan malam Jumaat ialah pasangan suami isteri bersama.
Mengapa bersama pasangan di malam Jumaat digalakan? Tidak terdapat sebarang hadis sahih mengapa ianya digalakkan, namun boleh disimpulkan secara logik mengapa ianya digalakan. Berikut adalah sebab-sebabnya:
- Seperti yang kita tahu, apabila kita bersama pasangan, ianya adalah salah satu perbuatan yang mendapat ganjaran pahala. Dan adab untuk bersama pasangan haruslah dimulai dengan memastikan diri bersih dan membaca doa sebelum bersama. Bukankah ianya sunat membuat perkara yang digalakan di dalam agama. Secara langsung, apabila bersama dengan pasangan, kita telah membuat perkara yang memberi ganjaran pahala.
- Setelah bersama pasangan, adalah wajib untuk kita mandi hadas. Salah satu perkara sunat yang digalakan dilakukan pada hari Jumaat ialah mandi sunat hari Jumaat. Apabila kita mandi wajib setelah bersama pasangan, kita boleh teruskan dengan mandi sunat hari Jumaat. Jadi, lebih ganjaran pahala pada hari penghulu segala hari. Daripada sinilah sebahagian ulama’ mengatakan sunat bersama dengan isteri di malam Jumaat.
- Ada juga yang berpendapat, kerana ada sesetengah negara (Arab Saudi, Mesir) dan negeri (Kelantan, Johor, Terengganu, Kedah), hari Jumaat ialah hari cuti mingguan. Namun tidak bermakna bagi negara atau negeri yang tidak bercuti, kita tidak digalakkan bersama pasangan.
Malam Jumaat saja?
Sebenarnya, sekiranya kita ingin bersama dengan pasangan janganlah dikhususkan hari-hari tertentu. Lebih afdal jika bersama dengan berniat sebagai ibadah bermula dengan doa dan diakhiri juga dengan berdoa. Bersama dengan pasangan yang sah adalah merupakan ibadah seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Pada kemaluanmu itu ada sedekah.” Sahabat lalu bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah kita mendapat pahala dengan menggauli isteri kita?”
Rasulullah SAW menjawab, “Bukankah jika kalian menyalurkan nafsu di jalan yang haram akan berdosa?
Maka begitu juga sebaliknya, bila disalurkan di jalan yang halal, kalian akan beroleh pahala.” [HR. Bukhari, Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah].
Dan sebenarnya terdapat banyak hadis yang benar-benar Sunnah Rasulullah SAW yang ada kaitannya dengan aktiviti pada hari Jumat (atau malam Jumaat).
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Perbanyaklah selawat kepadaku pada pada hari jumaat dan malam jumaat. Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali nescaya Allah SWT berselawat kepadanya sepuluh kali.” (HR. Al Baihaqi)
Juga di dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari jumaat akan diberikan cahaya baginya di antara dua jumaat.” (HR. Al Hakim)
Rasulullah SAW juga pernah bersabda yang bermaksud:
“Hari Jumaat itu dua belas jam. Tidak ada seorang muslim pun yang memohon sesuatu kepada Allah SWT dalam waktu tersebut melainkan akan dimakabulkan oleh Allah SWT. Maka peganglah erat-erat ingatlah bahwa akhir dari waktu tersebut jatuh setelah waktu asar.” (HR. Abu Dawud)
Selamat beramal 🙂
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Mengapa Ada Lelaki Yang Baik Sukar Untuk Jadi Suami Yang Bahagia?