Bila ibu-ibu baru lepas bersalin, macam-macam boleh jadi fobia. Seperti saya dulu takut betul nak bersin dan batuk, berminggu-minggu juga sakitnya tu terasa. Ada juga ibu-ibu lain yang takut buang air besar, takut nak bangun dan beridiri lama-lama, macam-macamlah. Dan paling takut sebenarnya adalah bersama pasangan selepas berpantang.
Aduh, memikirkannya pun dah terasa ngilu, bagaimanalah nak menolak pelawaan untuk bersama pasangan. Kita semua faham perasaan ibu ini, di mana baru saja lengkap berpantang 44 hari, pasangan sudah ajak bersama.
Jangan risau ya ibu-ibu yang mengalami masalah sama, Sis Min akan cuba yang terbaik untuk lampirkan beberapa cadangan untuk ibu-ibu di luar sana.
Bersama pasangan selepas bersalin
#1. Bincang dengan pasangan
Setiap masalah boleh dibawa berbincang. Dan memang asas dalam semua masalah perlulah ada konforntasi. Katakan pada suami yang anda masih tidak bersedia namun katakan dengan cara baik. Jangan menolak mentah-mentah ya.
Katakan sebab-sebab anda dengan jelas, sudah tentu pasangan anda akan memahami dan menerimanya dengan baik.
#2. Tunggu sekurang-kurangnya 2 bulan
Tiada penjelasan saintifik mengapa perlu 2 bulan. Ya memang asalkan luka sudah sembuh dan anda pun dalam keadaa sihat sebenarnya boleh saja mulakan hubungan intim. Namun persediaan dalam segi mental juga penting, seperti kata ibu ini tadi, dia penat dan tak tahu apa yang sepatutnya dilakukan.
Ya, anda perlukan rehat yang cukup jika anda penat. Tidak dapat disangkal menjaga bayi dalam masa yang sama diri juga perlu pulih adalah satu proses yang cukup meletihkan.
#3. Cadangkan alternatif selain seks
Kata seorang pakar psikologi, Dr Singley dalam laporan Mother.ly, “salah satu cara paling sihat yang saya lihat ketika pasangan menjalani perjalanan pospartum ini adalah pendekatan seperti bukan itu, tapi ini.”
Bermakna jika pasangan anda mahukan hubungan intim tapi anda masih tidak bersedia, maka cadangkan benda lain yang anda mahu lakukan. Seperti mandi bersama, urutan intim dan lain-lain yang anda selesa.
“Dengan mendengar pasangan anda tetapi juga menawarkan alternatif yang sesuai dengan anda, anda dapat mengelakkan pasangan anda dari berasa malu akibat penolakan anda itu” kata Singley.
Waktu bersama dengan pasangan sepatutnya menjadi satu intimasi yang indah, kalau anda dalam ketakutan atau kepenatan ia akan menjadi sesuatu yang sukar.
#4. Minta beri ruang
Sebenarnya anda memerlukan satu ‘me time’ barulah anda boleh kembali rasa seperti yang dulu. Cuba minta pasangan atau pengasuh jagakan anak-anak untuk satu hari. Dan anda lakukan segala yang anda mahu, pergi membeli belah, ke spa, waxing atau makan-makan bersama kawan-kawan.
Anda perlukan kehidupan yang normal untuk berasa normal kembali. Dan ia tak perlu lama pun, cukup sekadar beberapa jam untuk melapangkan minda anda.
Diharap perkongsian Sis Min ini dapat membantu ibu-ibu ya. Ingat, perkara ini sememangnya normal dan anda mampu untuk mengawalnya. Jangan bersama pasangan disebabkan terpaksa, ia tak bagus buat emosi dan fizikal anda. Malah hubungan suami isteri juga akan terganggu.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 72% Wanita Takut Untuk Bersama Suami Selepas Bersalin, Adakah Anda Juga?