TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Kajian: Pasangan Berkahwin Kena Sentiasa Tengok Haiwan Comel Untuk Rumah Tangga Kekal Lama

4 min bacaan
Kajian: Pasangan Berkahwin Kena Sentiasa Tengok Haiwan Comel Untuk Rumah Tangga Kekal Lama

Menurut kajian, dengan melihat haiwan comel dapat membantu mengukuhkan ikatan pasangan yang sudah berumah tangga. 

Menurut kajian, dengan melihat haiwan comel dapat membantu mengukuhkan ikatan pasangan yang sudah berumah tangga. 

Siapa tahu ia semudah itu? Sekiranya anda sudah lama berumah tangga, anda mungkin pernah mendengar banyak nasihat tentang bagaimana untuk semarakkan asmara antara anda dan pasangan. Biasanya kita selalu mendengar petua seperti meluangkan masa bersama seperti ke makan malam romantis atau sering ‘berasmara’.

Dan paling kerap kita dengar bagi pasangan berumah tangga yang tidak mempunyai anak, perlu segera ambil opsyen untuk rawatan subur atau mengambil anak angkat. Betulkah ia keputusan yang betul?

Kunci perkahwinan bahagia adalah lihat haiwan comel

berumah tangga

Namun, satu kajian baru memberikan gambaran yang berbeza mengenai bagaimana pasangan dapat memupuk cinta dalam perkahwinan mereka. Menurut kumpulan saintis psikologi yang diketuai oleh James K. McNulty dari Florida State University, antara kunci perkahwinan bahagia terletak pada gambar anak anjing atau kucing dan arnab yang comel!

Kajian yang telah diterbitkan dalam Psychological Science, jurnal Association for Psychological Sciences, melibatkan 144 pasangan suami isteri, yang mana semuanya berusia di bawah 40 tahun dan berkahwin kurang dari lima tahun. Umur rata-rata peserta adalah 28, dan kurang daripada separuh pasangan telah mempunyai anak.

Para penyelidik memulakan kajian dengan melihat penyelidikan sebelumnya, ia menunjukkan bahawa kemesraan pasangan berkahwin ini kian menurun walaupun tingkah laku harian pasangan tetap sama. Oleh itu, mereka membuat hipotesis bahawa untuk meningkatkan kualiti hubungan, mereka perlu mengubah cara seseorang berfikir tentang pasangan mereka dan bukan hanya tingkah laku mereka terhadap pasangan itu.

Untuk “melatih” pemikiran peserta mengenai pasangan masing-masing, setiap pasangan diminta untuk melihat aliran gambar pendek setiap tiga hari selama enam minggu. Gambar tersebut merangkumi gambar pasangan mereka.

Eksperimen berjaya!

berumah tangga

Mereka yang berada dalam kumpulan eksperimen akan melihat wajah pasangan itu berpasangan dengan sesuatu yang positif, seperti gambar anak anjing atau kata-kata yang indah. Mereka yang berada dalam kumpulan kawalan itu melihat wajah pasangan mereka dipasangkan dengan gambar neutral, seperti gambar butang.

Dan ia berjaya! Kumpulan eksperimen menunjukkan reaksi automatik yang lebih positif kepada pasangan mereka sepanjang kajian berbanding kumpulan kawalan. Apa yang lebih menarik, kumpulan eksperimen melaporkan kualiti perkahwinan keseluruhan yang lebih baik sepanjang kajian.

“Saya sebenarnya agak terkejut kerana ia berjaya,” kata McNulty. “Ia cuma satu idea yang cukup mudah dan tidak berkaitan dengan perkahwinan dapat mempengaruhi perasaan pasangan yang berumah tangga, buat saya ragu-ragu.”

Penting untuk kita ketahui bahawa McNulty dan kumpulanya tidak menyarankan bahawa tingkah laku dalam hubungan tidak berkaitan dengan kepuasan dalam perkahwinan. Sebenarnya, mereka berpendapat bahawa interaksi antara pasangan merupakan faktor yang paling penting untuk menjadikan pergaulan antara pasangan menjadi secara semula jadi. 

Walau bagaimanapun, penemuan baru ini menunjukkan bahawa dengan sentiasa berkongsi gambar-gambar haiwan comel berguna sebagai salah satu aspek kaunseling perkahwinan atau sebagai sumber bagi pasangan yang berhubungan jarak jauh seperti tentera.

“Penyelidikan ini sebenarnya didorong oleh bantuan dari Bahagian Pertahanan,” kata McNulty. “Kami benar-benar ingin membantu tentera dan orang lain yang tersepit dalam hubungan yang sukar,” Jelas McNulty.

Masih perlu bertemu janji

berumah tangga, rumah tangga bahagia, rumah tangga in english

Kesimpulannya, nak memperbaiki dan mengukuhkan hubungan pasangan yang berumah tangga ini bukanlah semata-mata berkongsi gambar haiwan comel sahaja. Ya, anda masih perlu keluar temu janji berdua-duan, pergi makan malam romantis, memahami satu sama lain dan sentiasa membuat pasangan anda ketawa dengan jenaka-jenaka lucu. Tapi dalam masa yang sama sentiasalah lihat gambar-gambar comel haiwan. Atau lebih baik punyai haiwan peliharaan sendiri! 

Stories Rakan Kongsi
Rawatan Cirit Birit Di Rumah Mengikut Usia Anak, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
Rawatan Cirit Birit Di Rumah Mengikut Usia Anak, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
5 Easy Recipes for Kids to Boost Nutrient Absorption
5 Easy Recipes for Kids to Boost Nutrient Absorption
The Lazy Mum’s Guide to Leading a Healthier Life
The Lazy Mum’s Guide to Leading a Healthier Life
Are You In The Second Trimester Of Pregnancy? Here are 5 Important Things Moms Should Do!
Are You In The Second Trimester Of Pregnancy? Here are 5 Important Things Moms Should Do!

Ramai pasangan yang berkahwin apabila mereka masih tidak bersedia mempunyai anak, atau masih tidak punya rezeki akan memelihara haiwan sebagai pemecah kesunyian dan mengeratkan lagi hubungan suami isteri. Bukan anak-anak saja yang memerlukan perhatian ibu bapa, haiwan peliharaan pun sama tau! Dengar kata arnab lebih senang dijaga? Apa tunggu lagi!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Parents

Baca juga: Konflik Dalam Perkahwinan Itu Biasa, Ini Cara Bagaimana Tackle Pasangan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Kajian: Pasangan Berkahwin Kena Sentiasa Tengok Haiwan Comel Untuk Rumah Tangga Kekal Lama
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham