Top 7 Selebriti Yang Memiliki Bibir Mungil & Seksi, Mereka Ini Memang Cantik Semula jadi!

Bukan saja cantik tapi mereka ini juga memiliki bibir besar yang sangat menawan dan indah. Siapakah mereka? Jom kita lihat satu persatu!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tujuh selebriti Malaysia ini memang mempunyai pakej lengkap dengan rupa paras yang cantik, hidung mancung, kulit halus cerah serta di tambah dengan bibir mungil yang cukup seksi dan menggoda.

Malah ramai peminat bersetuju dan berpendapat yang sama tentang tujuh selebriti wanita ini yang memang mempunyai bibir mungil indah, terutama apabila dicalit gincu bibir menaikkan lagi seri wajah masing-masing.

Itu kalau bergincu bibir, jika muka polos tanpa secalit mekap pun boleh nampak bentuk bibir mereka yang cantik dan menarik perhatian sesiapa saja yang memandang.

Siapakah gerangan selebriti tersebut? Mari kita lihat siapa mereka.

7 selebriti miliki bibir mungil 

Jaclyn Victor

Kredit: Budiey

Juara Malaysian Idol dan ibu kepada dua orang anak ini memang cukup dikenali dengan penyanyi bersuara tinggi.

Selain bertubuh tinggi lampai, Jaclyn juga memiliki bentuk bibir mungil yang sangat unik. Mungkin sebab itu, dia dapat melontarkan suara yang bagus ketika mendendangkan sesebuah lagu.

Nabila Huda

Kredit: Karangkraf

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pelakon Terbaik Festival Filem Malaysia, Nabila Huda juga mempunyai bentuk bibir yang unik, besar dan seksi.

Meskipun memiliki bibir besar, Nabila tidak bimbang mengenakan warna lipstick dengan warna terang seperti hitam, merah maroon dan sebagainya.

Ning Baizura

Kredit: The MAC Clinic

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penyanyi, Ning Baizura memang sudah lama mempunyai bibir mungil sejak di awal kemunculannya dalam bidang seni. Ini adalah anugerah terindah dari Tuhan yang sangat disyukuri Ning.

Izara Aishah

Kredit: Media Hiburan

Nama Izara Aishah memang cukup dikenali di kalangan peminat setia drama Melayu kerana wajahnya sering menghiasi kaca televisyen anda.

Disamping wajah yang cantik, Izara juga dilengkapi dengan bibir yang seksi dan mungil. Jadi tidak hairanlah wajahnya sentiasa menjadi heroin pilihan pada masa kini.

Kila Fairy

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Media Hiburan

Anak gadis penyanyi veteran Rohana Jalil ini memang cantik, kan? Bentuk bibir yang dimiliki mirip dengan pelakon Hollywood Angelina Jolie.

Sebab itu, Kila Fairy ini sentiasa menjadi buruan peminat lelaki di luar sana kerana memiliki wajah cantik, lembut dan seksi. Beruntung siapa dapat Kila!

Zila Bakarin

Kredit: Astro Gempak

Zila Bakarin memang selalu memainkan karakter seksi dan penggoda kerana memiliki kulit putih mulus dan bibir mungil yang seksi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Zahirah Mc Wilson

Aktres Zahirah Mc Wilson semakin hangat diperkatakan selepas drama Jangan Benci Cintaku mendapat sambutan yang cukup hebat.

Selain wajah pan Asian yang dimiliki, Zahirah juga mempunyai bentuk bibir menawan.

Lekukan di tengah bibir membuatkan senyuman Zahirah di pandang manis dengan kulit wajahnya yang putih mulus.

Bagaimana setuju tak dengan senarai artis bibir mungil ini? Ada lagi artis lain yang memiliki bibir menawan? Kalau ada berikan komen anda di bawah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaubagaimanapun, jangan sesekali menukar bentuk bibir anda itu ya dan sentiasa mensyukuri nikmat yang dikurniakan tuhan itu.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Hangat.com

Baca juga:

11 Rahsia Kecantikan Yang Pakar Dan Industri Kecantikan Tidak Mahu Anda Tahu