Remaja lelaki jadi bidan terjun sambut kelahiran adik dari rahim ibunya? Biar betul!
Sebelum itu, apabila menantikan kelahiran bayi tentunya ibu ayah akan melakukan persediaan awal sebelum isteri bersalin, kan?
Manakan tidak perasaan teruja itu memang tak boleh diungkapkan dengan kata-kata dan hanya doa pengiring segalanya.
Seperti yang tular baru-baru ini apabila seorang remaja lelaki dengan beraninya menyambut kelahiran adiknya dari rahim ibu kandungnya.
Remaja ini dengan berani jadi bidan terjun sambut adik baru lahir
” Ibu saya baru bersalin dan saya membantu menyambut adik kandung saya di rumah dengan sendiri.
” Tidak pernah menggambarkan situasi yang berlaku ini dan tidak percaya yang saya melihat sendiri bagaimana ibu melahirkan.
” Bahkan, saya juga yang tolong sambut kelahiran adik kerana semasa itu ibu dalam keadaan kecemasan.
” Semasa ibu minta tolong rasa keliru juga tapi fikirkan balik yang mana ibu sangat perlukan bantuan jadi saya tabahkan juga diri ini,” katanya.
Meskipun ini merupakan pengalaman pertama kali buat dirinya, namun Bowen Suico tetap mengutamakan keselamatan dan kebersihan ibu dan bayi tersebut.
Dalam gambar yang dimuat naik, dia kelihatan memakai sarung tangan semasa menyambut kelahiran adiknya itu. Ibunya dilihat turut sama menggunakan sarung tangan.
Terdahulu, bayi lelaki itu dilahirkan di Cebu City Central Visayas, Philipines dengan bantuan daripada abangnya itu.
Ibunya itu merupakan seorang jururawat yang telah mempunyai lapan orang anak. Jadi tidak ada masalah untuk dirinya melahirkan bayi cuma memerlukan bantuan seseorang yang lain.
Apa pun, tak semua orang berani nak sambut bayi kan terutama kalau kita tak ada knowledge tentang bidang tersebut.
Semoga adik Bowen membesar dengan sihat hendaknya.
Cara menyambut kelahiran bayi dalam Islam
#1. Mengalunkan Azan dan Iqamah
Selepas saja bersalin, bayi yang comel itu akan diserahkan kepada ayahnya untuk pertama kali sambil diperdengarkan kalimah tauhid seperti azan di telinga kanan dan iqamah di telinga kiri.
Rahsia azan dan iqamah ini adalah bertujuan supaya syaitan akan lari daripada kalimah azan walaupun dia menantikan kelahiran anak itu.
Malah, kalimah itu merupakan seruan yang mulia dan mengandungi kebesaran terhadap Allah SWT dan dua kalimah syahadah.
Sekaligus ia memberi bayi talkin tentang kebesaran syiar Islam dan ia akan terus sampai ke lubuk hatinya dan kekal sehingga membesar.
#2. Berdoa
Selepas bersalin, ibu bapa digalakkan membaca surah atau ayat kursi, Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas.
Selain itu, boleh juga baca doa khusus untuk bayi baru lahir seperti berikut:
” Aku mohon perlindungan untuk anakku dengan kalimah-kalimah Allah SWT yang sempurna dari segala gangguan syaitan dan segala binatang serta sorotan mata yang membawa kesan buruk kepada apa yang dilihatnya.
#3. Bertahnik
Tahnik boleh dilakukan dengan cara kunyah buah kurma dan kemudian ke lidah anak yang baru dilahirkan itu.
Caranya letakkan kurma yang dikunyah di hujung jari kemudian masukkan perlahan-lahan jari ke dalam mulut anak.
Kemudian gerakkan jari ke kanan dan kiri dengan lembut ke serata mulut si kecil.
Hikmah adalah supaya mulut anak menjadi kuat dengan gerakan lidah sekaligus membantu menghisap susu ibu dengan lebih kuat secara semulajadi.
#4. Hadiah dan tahniah
Jika mendapat tahu kawan, jiran atau saudara baru sahaja melahirkan anak berikan hadiah dan ucapan tahniah yang dapat menimbulkan perasaan gembira di hati mereka. Sekaligus, ia dapat merapatkan silaturahim dan kasih sayang.
Justeru, diharap anak kecil yang bakal dilahirkan kelak menjadi anak yang baik, menghormati kedua-dua orang tuanya, bergelar anak soleh, mendengar kata dan mentaati perintah Allah SWT.
Jom kongsikan artikel ini bersama dengan suami dan rakan-rakan anda yang lain. Semoga bermanfaat!
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Persediaan Bersalin Yang Ibu Wajib Buat Sebelum Menyambut Bayi