Biji mata dicungkil budak 6 tahun
Guo Bin atau Xiao Binbin (Little Binbin) ialah seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun dari China. Beliau sedang bermain-main di luar rumahnya apabila dia dipercayai dipanggil oleh seorang wanita asing (atau sekurang-kurangnya bukan orang tempatan) sebelum dia dimabukkan lalu kedua-dua biji matanya dicungkil.
Kejadian itu berlaku di Fenxi County, berhampiran dengan bandar Linfen di Shanxi, pada Sabtu petang.
BERKAIT : Budak 5 tahun meninggal dunia dalam koma sebab dirotan
Ibu bapa Guo Bin, kedua-duanya petani , menjadi cemas apabila anak mereka tidak pulang ke rumah untuk makan malam pada waktu yang biasa.
Kanak-kanak itu dijumpai oleh seorang lelaki yang sedang menangkap kala jengking di lembah.
“Dia mempunyai darah di seluruh mukanya. Kelopak matanya terlipat dari dalam ke luar. Dan di dalam, bola matanya telah hilang, ” bapanya memberitahu penyiar tempatan, Shanxi televisyen.
Kata Guo Bin, penyerang itu memberi amaran kepadanya supaya jangan menangis. Katanya lagi, jika Guo Bin berhenti menangis, dia tidak akan mencungkil matanya.
Walau bagaimanapun, kedua-dua bola mata Guo Bin dicungkil dan ditemui beberapa jam kemudian di tempat kejadian itu.
BERKAIT : Isteri dipukul dan ditendang dalam lif hospital depan anak-anak
Pada mulanya, terdapat spekulasi bahawa matanya telah dikeluarkan untuk menjual kornea di pasaran gelap tetapi polis berkeras bahawa korneanya tidak dikeluarkan. Jika ini benar, apakah niat wanita yang berbuat sedemikian? Dendam? Ketidakstabilan mental?
Pegawai polis tidak akan membuat spekulasi mengenai motif kejadian tersebut, kerana siasatan masih berjalan. Polis tempatan telah menawarkan ganjaran sebanyak 100,000 yuan ( £ 10,570 ) untuk maklumat mengenai kes ini.
Di hospital, Guo Bin asyik bertanya mengapa langit sentiasa gelap dan mengapa pagi masih belum datang lagi.
“Kami hanya boleh memberitahunya bahawa matanya mempunyai beberapa kecederaan dan perlu berbalut. Ia adalah satu soalan yang sukar untuk menerangkan kepadanya,”kata kakitangan perubatan.
Ibunya berkata, “Siapa yang boleh melakukan perkara seperti ini? Kami tidak mempunyai pertikaian dengan sesiapa pun. Kami hanya sebuah keluarga yang normal. “
BERKAIT : Dirompak dan dicederkan dengan pisau di taman permainan
Rujukan