X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • Becoming a Parent
    • Project Sidekicks
    • Pregnancy
    • Losing A Baby
    • Conceiving a Baby
    • Adoption
    • Labour & Delivery
  • Ages & Stages
    • Baby
    • Child
    • Pre-Teen & Teen
  • Parenting
    • Parenting Tips
    • Marriage, Relationship & Sex
    • Viral News
  • Health
    • Illness
    • Allergy & Syndrome
    • Vaccinations
  • Breastfeeding & Nutrition
    • Breastfeeding
    • Healthy Meal Tips
    • Formula
  • Education
    • Preschool
    • Primary School
    • Middle School
    • Special Education
  • Money Parenting
    • Tips for Parents
    • Tips for Toddlers
    • Tips for Older Kids
    • The 5 Personas
  • Lifestyle
    • Money
    • Contests & Promotions
    • Holiday
    • Spirituality
    • Home
  • TAP Recommends
  • Press Room
  • Products

Pukul isteri dalam lif hospital

26 Aug, 2013
Pukul isteri dalam lif hospitalPukul isteri dalam lif hospital

Demi 'mengajar' isteri, seorang lelaki telah bertindak memukul pasangannya dalam lif sebuah hospital, di hadapan anak-anak mereka. Apakah sebenarnya berlaku dan apakah kesan memukul isteri di hadapan anak-anak?

dipukul suami

Isteri dipukul oleh suami sehingga tudungnya terbuka.

Keganasan rumahtangga sering berlaku di dalam rumah, terlindung daripada pandangan umum. Namun, jika si isteri dipukul suami di tempat umum, agak sukar untuk menerimanya sebagai ‘untuk mengajar’.

BERKAIT : Budak, 5 tahun, meninggal dunia dalam koma kerana dirotan

Isteri dipukul suami dalam lif

Menurut beberapa laporan berita, peristiwa ini berlaku pada 12 Ogos jam 4 petang, dalam sebuah lif di di Hospital KPJ Bandar Perda, Pulau Pinang. Menurut laporan lagi, mangsa telah dipukul suami – di tampar dan ditendang.

Pasangan yang telah berpisah sejak Disember tahun lepas dimaklumkan bertemu di hospital itu untuk melawat anak sulung mereka yang sakit. Mangsa memberitahu, suami meminta dia membawa anak-anak bersama, mungkin untuk melepaskan rindu.

Apabila anak kedua mereka enggan mengikut ayah mereka, mangsa dipukul suami di hadapan anak-anak mereka yang berusia empat dan lima tahun. Walau bagaimanapun, mangsa memaklumkan itu merupakan kali pertama dia dipukul suami.

dipukul suami

Isteri ditendang oleh suami hingga terjatuh, kemudian ditendang lagi.

 

Menyerah diri

Terkini, lelaki yang dikenalpasti sebagai suami mangsa telah menyerah diri di Balai Polis Kuantan, Pahang dan telah hadir ke Mahkamah Majistret untuk bacaan kes.

Kesalahan ini disiasat dan akan dibicarakan di bawah Seksyen 323 Kanun Jenayah yang membawa hukuman setahun penjara atau denda maksima RM2,000 atau kedua-duanya sekali. Majistret Arif Mohammad Shariff menetapkan ikat jamin sebanyak RM5,000 dan 12 September sebagai tarikh sebutan kes.

BERKAIT : Iklan penderaan tersembunyi mesej rahsia untuk mangsa

Statistik kes keganasan rumah tangga

Tahun lepas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan statistik kes keganasan rumahtangga daripada tahun 2007 sehingga Februari, 2012. Sepanjang tempoh tersebut sebanyak 18, 124 kes telah dilaporkan, dengan 506 kes untuk dua bulan pertama tahun lalu.

Statistik yang sama juga menunjukkan mangsa golongan wanita yang dipukul suami berada dalam linkungan usia 26 hingga 35 tahun. Di antara mereka juga ada yang dilaporkan baru sahaja mendirikan rumah tangga.

Kesan terhadap anak-anak

Agak menyedihkan apabila anak-anak menjadi saksi keganasan rumahtangga. Ia pastinya meninggalkan kesan yang negatif pada emosi dan sikap mereka kelak. Kesan ini juga bergantung kepada faktor umur, jantina, personaliti, keterlibatan mereka dalam keganasan rumahtangga dan sokongan yang diterima.

Sebuah laman web yang memberikan maklumat berkaitan keganasan rumahtangga, Hidden Hurt – Domestic Abuse Information menyenaraikan beberapa kemungkinan kesan menyaksikan keganasan rumahtangga kepada anak-anak.

BERKAIT : 7 tips to make your marriage work

Secara ringkas, anak-anak boleh mengalami masalah-masalah berikut:

• Masalah emosi: menangis, resah dan sedih, keliru, marah, tertekan, rasa ingin bunuh diri, mimpi ngeri, takut dan fobia. Bagi anak kecil dan bayi, biasanya mereka mengalami kecelaruan tabi’at makan dan tidur. Anak-anak juga boleh mengalami ‘Psot-Traumatic Stress Dirsorder’.

• Masalah sikap: agresif, bermasalah di sekolah atau rumah, memencilkan diri, sikap regresif (seperti bercakap bahasa bayi, meminta botol susu atau anak patung) dan kemerosotan dalam akademik.

• Masalah fizikal: kencing malam, ‘nervous ticks’ (gerakan berulang secara tiba-tiba yang sukar dikawal seperti batuk, kedipan mata, menggigit bibir), sakit kepala atau perut, rasa loya atau muntah, insomnia (sukar tidur).

dipukul suami

Suami menahan anak-anaknya supaya mereka tidak dapat lari ke ibu mereka.

Mendapatkan bantuan

Partner Stories
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
Lotus’s Baby Fair Kembali Lagi! Rebut Promosi Terhebat Barangan Keperluan Bayi Anda Di Sini!
Lotus’s Baby Fair Kembali Lagi! Rebut Promosi Terhebat Barangan Keperluan Bayi Anda Di Sini!
Hanya Satu Tempat Untuk Semua Keperluan Bayi Anda - Pesta Bayi Lotus’s Malaysia!
Hanya Satu Tempat Untuk Semua Keperluan Bayi Anda - Pesta Bayi Lotus’s Malaysia!
Rangsang Pemikiran Kreatif Dan Imaginasi Anak Dengan Cara Mudah Ini!
Rangsang Pemikiran Kreatif Dan Imaginasi Anak Dengan Cara Mudah Ini!

Bagi mereka yang menjadi mangsa keganasan rumahtangga, laporkan kejadian ke saluran berikut:

• Balai Polis berhampiran

• Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan yang berhampiran

• Talian Teledera: 1 800 88 3040

• Terus ke Pusat Sehenti di mana-mana hospital kerajaan jika cedera

Sama ada sebagai mangsa atau seseorang yang mengetahui tentang ujudnya keganasan rumahtangga di mana-mana, anda boleh mendapatkan bantuan di sini:

Women Crisis Centre (WCC, Penang) : 04-228 0342 Women’s Aid Organisation (WAO) : 03-7956 3488 All Women Action Society of Malaysia (AWAM) : 03-7597 0224 National Council of Women’s Organisations (NCWO) : 03-7954 3008 BEFRIENDERS : 03-7956 8144 P.S. This Children : 03-7493 3103 Talian NUR : 15999

Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) juga menyediakan tempat selamat bagi kes sebegini di beberapa institusi. Antaranya termasuk:

• Rumah Seri Kenangan Bedong, Kedah

• Rumah Seri Kenangan Tanjung Rambutan, Perak

• Taman Sinar Harapan Cheras, Selangor

• Taman Sinar Harapan Kuala Kubu Bharu, Selangor

• Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah, Negeri Sembilan

• Rumah Seri Kenangan Seremban, Negeri Sembilan

• Rumah Seri Kenangan Cheng, Melaka

• Rumah Seri Kenangan Johor Bahru, Johor

• Taman Sinar Harapan Tampoi, Johor

• Taman Sinar Harapan Jubli, Johor

• Rumah Ehsan, Dungun, Terengganu

Rujukan:

Footage of women being assaulted go viral

Man who allegedly assaulted wife in lift claims trial

54 Peratus Kes Keganasan Rumah Tangga Kerana Selisih Faham

Effects on Children Witnessing Domestic Violence

Kes keganasan rumah tangga

Adakah anda mengetahui mana-mana kes keganasan rumahtangga di tempat anda? Kongsikan pengalaman anda menanganinya di ruangan komen di bawah 🙂

Got a parenting concern? Read articles or ask away and get instant answers on our app. Download theAsianparent Community on iOS or Android now!

img
Written by

Siti Manisah Ngalim

  • Home
  • /
  • Penceraian
  • /
  • Pukul isteri dalam lif hospital
Share:
  • Tragedi Lif Hospital: Ibu Baru Lepas Bersalin Ini Maut Badan Terputus Dua

    Tragedi Lif Hospital: Ibu Baru Lepas Bersalin Ini Maut Badan Terputus Dua

  • Tergamak sungguh suami kejam ini belasah isteri depan anak sendiri!

    Tergamak sungguh suami kejam ini belasah isteri depan anak sendiri!

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

app info
get app banner
  • Tragedi Lif Hospital: Ibu Baru Lepas Bersalin Ini Maut Badan Terputus Dua

    Tragedi Lif Hospital: Ibu Baru Lepas Bersalin Ini Maut Badan Terputus Dua

  • Tergamak sungguh suami kejam ini belasah isteri depan anak sendiri!

    Tergamak sungguh suami kejam ini belasah isteri depan anak sendiri!

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

Get advice on your pregnancy and growing baby. Sign up for our newsletter
  • Conceiving a Baby
    • Adoption
    • Pregnancy
    • Labour & Delivery
    • Marriage, Relationship & Sex
  • Baby
    • Baby Names
    • Ages & Stages
    • Parenting Tips
    • Breastfeeding & Nutrition
  • Health
    • Fitness
    • Allergy & Syndrome
    • Illness
    • Healthy Meal Tips
  • Education
    • Preschool
    • Primary School
    • Middle School
    • Special Education
  • Lifestyle
    • Home
    • Money
    • Holiday
    • Contests & Promotions
  • More
    • TAP Community
    • Advertise With Us
    • Contact Us
    • Become a Contributor


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
About Us|Team|Privacy Policy|Terms of Use |Sitemap HTML
  • Tools
  • Articles
  • Feed
  • Poll

We use cookies to ensure you get the best experience. Learn MoreOk, Got it

We use cookies to ensure you get the best experience. Learn MoreOk, Got it

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.