Terpaksa Berhenti Tepi Jalan, Tukar Driver! Suami Loya, Muntah-Muntah Kena Morning Sickness

Perkara yang tertanya-tanya bagi ibu mengandung adalah bila alahan mengandung bermula supaya persediaan rapi dapat dilakukan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perkongsian seorang wanita mengenai suaminya yang muntah-muntah kerana morning sickness tular baru-baru ini. Peritnya nampak bila alahan mengandung itu bermula.

Tapi rasa kelakar pun ada lihat keadaan suaminya yang loya dan muntah-muntah seperti wanita mengandung. Malah terpaksa berhenti memandu dan berhenti di bahu jalan kerana suaminya mahu muntah.

Kasihan ada, kelakar pun ada bila melihat suaminya yang nampak teruk alami loya. Nak muntah tapi tak keluar seperti yang biasa dialami oleh wanita mengandung.

Peritnya bila alahan mengandung bermula, tapi kali ni selamat sebab suami pula yang kena

Perkongsian wanita ini mengundang pelbagai reaksi netizen malah ada juga yang berkongsi memang tidak pelik untuk suami alami alahan dan muntah-muntah jika isterinya mengandung.

Kesian my husband, kena alahan. Bini yang mengandung dia yang muntah-muntah. 

Sabarlah wahai my husband, bahagi-bahagilah, saya bawa baby kamu rasa alahan. Rasa bahagia pula kali ini takda rasa alahan. Cukup dua orang alahan sebelum2 ini. 

Wanita ini turut memaklumkan yang mereka perlu berhenti di tepi jalan dan dia pula ganti memandu walaupun hanya dekat saja jarak untuk sampai di rumah, Tetapi terpaksa berhenti di tepi jalan kerana suaminya tidak tahan mahu muntah.

Rupanya-rupanya anak yang dikandungkan ini adalah anak ketiga dan dua kehamilan sebelum ini wanita ini mengalami alahan mengandung yang teruk dan membuatkannya langsung tidak bermaya.

Malah ada yang berkongsi mereka bukan saja pada tiga bulan pertama, malah sepanjang 9 bulan isterinya mengandung. Perit betul rasanya kata mereka. 

Tak pelik, suami memang boleh alami gejala morning sickness

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia dipanggil sindrom Couvade atau simpati kehamilan (sympathetic pregnancy). Sindrom ini dijelaskan sebagai 1 keadaan di mana lelaki yang sihat, iaitu suami atau bakal ayah, akan mengalami gejala berkaitan kehamilan.

Sindrom ini dikatakan sebagai satu keadaan biasa yang tidak melibatkan penyakit atau jangkitan kesihatan lain. Simptom melibatkan Couvade ini dikatakan berbeza bagi setiap individu dan lebih kerap berlaku pada trimester pertama dan ketiga kehamilan.

Simptom yang mungkin dialami

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terdapat dua simptom umum yang mungkin dialami oleh suami anda. Ia adalah:

#1. Fizikal

kredit: neeva

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Melibatkan tanda seperti loya, pedih ulu hati, sakit perut, perut kembung, perubahan pada selera makan, masalah pernafasan, sakit gigi, kekejangan kaki, sakit belakang dan sakit ketika buang air kecil atau genital 

#2. Psikologi

Mungkin menyebabkan perubahan dalam corak tidur, kegelisahan, kemurungan, kemerosotan libido dan kekurangan rehat.

Gejala berkaitan kehamilan yang dialami ini dikatakan hanya akan hilang dengan kelahiran bayi itu sendiri atau mendapatkan rawatan daripada doktor.

3 tanda biasa sindrom Couvade

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anda mengandung dan suami alami beberapa perkara di bawah dia mungkin terkena sindrom Couvade. Jadi mohon bersabar jika ada tanda-tanda pelik padanya. 

#1. Gelisah

Jika si suami adalah seorang lelaki yang sentiasa tampak tenang, percayalah sindrom ini akan mengubah dirinya. Si dia mungkin akan mengalami kegelisahan pada waktu malam, pedih ulu hati dan keletihan ketika pasangan mereka sedang mengandung.

Mengapa keadaan ini berlaku? Sesetengah daripada individu lelaki cenderung untuk rasa bimbang berkaitan kehamilan isteri.

#2. Loya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Morning sickness bukan sekadar berlaku pada waktu pagi atau hanya kepada ibu hamil, sebaliknya simptom kehamilan paling popular ini turut akan dialami oleh lelaki.

Jika wanita hamil mengalaminya kerana perubahan hormon dalam badan, tapi loya yang dihadapi lelaki bukan disebabkan estrogen.Ia berlaku kerana kegelisahan yang keterlaluan atau mungkin melibatkan perubahan dalam diet pemakanan.

#3. Perubahan keinginan seksual

Ketika hamil, wanita akan menyedari perubahan melibatkan keinginan seksual, ia sama ada membuatkan anda mahukannya atau terlalu letih untuk bersama pasangan.

Ini tidak jauh berbeza dengan lelaki. Ada sesetengahnya akan terangsang melihat perubahan badan pasangan yang sedang hamil.

Namun ada juga yang menjadi terlalu letih untuk melakukan seks apabila memikirkan tentang bayi yang bakal dilahirkan. Malah timbul kerisauan persetubuhan yang dilakukan akan menyakiti bayi dalam kandungan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Normalkah Jika Ibu Tiada Alahan Ketika Mengandung? Ini 5 Fakta Kenapa Ia Terjadi!

Baca juga: PANCUT Dalam Masa Hamil Baik Untuk Ibu Hamil? Ia Boleh Kurangkan Morning Sickness!

Baca juga: 14 Bahan Di Dapur Ini Boleh Merawat Morning Sickness Semasa Kehamilan

Penulis

Lala Annuar