X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

PANCUT Dalam Masa Hamil Baik Untuk Ibu Hamil? Ia Boleh Kurangkan Morning Sickness!

4 min bacaan
PANCUT Dalam Masa Hamil Baik Untuk Ibu Hamil? Ia Boleh Kurangkan Morning Sickness!

Melakukan seks ketika hamil mungkin antara perkara yang jarang dibincangkan ibu mengandung sedangkan ia antara perkara penting yang patut diberi perhatian.

Melakukan seks ketika hamil mungkin antara perkara yang jarang dibincangkan ibu mengandung sedangkan ia antara perkara penting yang wajib kita ambil tahu dan beri perhatian.

Tidak kira anda ibu hamil yang berisiko tinggi atau sebaliknya, seks ketika hamil perlu diambil tahu kerana sifat malu untuk perkara sebegini seharusnya dibuang jauh kerana pengetahuan pelbagai perkara mengenai kehamilan termasuk soal hubungan di tempat tidur perlu dititikberatkan.

Seks adalah sebahagian daripada kehidupan orang yang berpasangan disebabkan itu perlu untuk ibu ambil tahu mengenainya sama ada ia selamat atau tidak dilakukan ketika hamil.

Seks ketika hamil banyak kebaikan

seks ketika hamil

Konteks hubungan seks semasa hamil, tidak boleh diambil ringan oleh pasangan suami isteri terutama bagi ibu yang pernah mengalami masalah sepanjang kehamilan.

Walaupun kajian saintifik membuktikan hubungan seksual tidak membawa sebarang kemudaratan sama ada kepada ibu atau janin, dalam keadaan tertentu ia berkemungkinan boleh menimbulkan implikasi buruk.

Menurut pakar pakar obstetrik dan ginekologi, ada yang bertanya, adakah hubungan kelamin boleh menyebabkan kecederaan atau jangkitan kuman kepada bayi yang dikandung, jawapannya tidak, jika ibu dan bayi berada dalam keadaan normal.

Ini kerana janin dalam rahim dilindungi oleh mukus tebal yang menutupi serviks. Kantung amnion dan otot uterus yang kuat turut melindungi bayi.

Malah, semasa hubungan seks berlangsung, alat kelamin lelaki tidak akan menjangkau lebih dari faraj.

Teruja seks ketika hamil

seks ketika hamil

Sesetengah wanita mungkin keinginannya semakin berkurang, ada juga yang berasa lebih teruja dan terangsang ketika hamil.

Sepanjang tempoh kehamilan, adalah normal untuk keinginan seksual datang dan pergi seiring perubahan badan yang berlaku.

Anda mungkin berasa bimbang kerana keadaan perut yang semakin membesar atau berasa lebih seksi dengan payudara yang besar dan penuh.

Manfaat air mani kepada ibu, bayi

Walau apa pun perasaan anda tentang melakukan hubungan seks ketika sedang berbadan dua, adakah anda tahu kebaikan kesan air mani pada kandungan?

Mungkin masih banyak kajian perlu dilakukan untuk membuktikan perkara ini, tetapi hakikatnya memancutkan sperma ke dalam faraj ketika hamil bukanlah idea yang buruk. Malah perbuatan itu terbukti memberi banyak kebaikan kepada ibu dan bayi.

#1. Cegah praeklampsia

Keadaan kehamilan berisiko tinggi, preeklampsia, didefinisikan dengan peningkatan tekanan darah dan protein dalam air kencing.

Keadaan itu dialami oleh 5 hingga 8 peratus daripada semua kehamilan.

Ia boleh menyebabkan komplikasi seperti berat lahir bayi rendah, gangguan plasenta, kelahiran pramatang, kegagalan buah pinggang dan kematian ibu atau janin.

Dalam kajian yang dilakukan penyelidik dari Denmark pada 2017, mengaitkan tentang sperma dan preeklampsia.

Dikatakan wanita yang terdedah kepada air mani sebelum kehamilan mempunyai risiko lebih rendah mengalami praeklampsia.

Ini kemungkinan yang mempengaruhi keadaan itu adalah: sperma mengandungi protein, HLA-G, yang dapat meningkatkan sistem imun ibu.

Pendedahan yang lebih kerap kepada sel protein yang dihasilkan lelaki ini membantu mewujudkan ‘kekebalan’ terhadap praeklampsia.

#2. Merawat mabuk kehamilan

seks ketika hamil

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Menurut seorang pakar psikologi, peningkatan pendedahan sperma dapat menyembuhkan mabuk pagi yang sangat tidak disukai kebanyakan wanita.

Berdasarkan hipotesis yang diberikan nama Teori Gallup ini menyatakan bahawa badan wanita mengandung menolak sel-sel daripada bapa kepada janin sebagai bahan asing.

Manakala badan pula cuba menyingkirkan bahan genetik ini melalui rasa loya dan muntah. Jika teori ini benar, penawar kepada mabuk kehamilan ini mungkin melalui pendedahan kepada sperma sama ada melalui seks faraj atau seks oral.

#3. Bantu proses kelahiran

Pernah dengarkan doktor suruh lakukan seks bersama suami jika semakin dekat waktu melahirkan. Ada sebabnya.

Sekiranya wanita yang hamil itu masih belum bersalin walaupun sudah melepasi tempoh EDD, ada pakar mengatakan seks boleh membantu proses kelahiran.

Alasannya kerana orgasme atau klimaks menyerupai kontraksi rahim, dan hubungan kelamin yang berlangsung akan melepaskan hormon berkaitan proses bersalin, oxytocin. Air mani juga memainkan peranan. Ini kerana sperma mengandungi bahan seperti hormon prostaglandin, yang dapat mematangkan serviks.

Malahan, sejenis prostaglandin sintetik turut digunakan dalam ubat induksi bersalin seperti misoprostol.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Hello Doktor, Harian Metro

Baca juga:

5 Posisi Seks Semasa Hamil Yang Menjanjikan "Umph" Buat Anda Dan Pasangan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • PANCUT Dalam Masa Hamil Baik Untuk Ibu Hamil? Ia Boleh Kurangkan Morning Sickness!
Kongsikan:
  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham