Anak Cakap Dia Tidak Suka Membaca? Tiru Cara Memupuk Minat Membaca Ini, No #6 Paling Penting!

Anak anda tak suka membaca? Jangan risau. Kami ada 4 cara mudah untuk mengatasi masalah anak-anak tak suka membaca ini. Senang saja pun untuk anda cuba!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pernahkah anak-anak anda mengeluh bahawa dia tidak suka membaca buku apabila anda memaksanya? Risaunya, kenapa mereka tidak suka membaca pula? Jangan risau parents, sebenarnya ada cara memupuk minat membaca mereka dengan mudah.

Cara-cara kami di theAsianparent akan membantu anda dan anak-anak untuk mengatasi masalah ini. Harapnya dengan cara ini anak akan jadikan amalan membaca sebagai rutin harian dan mampu menarik minat untuk membaca kembali!

6 Cara Memupuk Minat Membaca Di Kalangan Kanak-Kanak

1# Cari bahan bacaan yang sesuai

Kredit: Pexels

Kadang-kadang, anak anda itu tak suka membaca sebab bahan bacaan yang dibacanya! Yelah, membaca memerlukan daya tumpuan yang tinggi untuk mudah faham.

Buku-buku yang menggunakan bahasa tidak bersesuaian dengan umur anak anda akan menyukarkan bacaan mereka! 

Apa perlu anda buat: Jadi, tiba masanya untuk mencari bahan bacaan apa yang sesuai untuk mereka. Mungkin mereka suka buku aksi. Anda boleh beli komik aksi! Ambil hati dan perhatian mereka dengan bahan bacaan yang bersesuaian dengan umur.

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2# Minta bantuan daripada pakar

Mungkin frasa “saya tak suka baca” yang diucap oleh anak anda itu adalah satu permintaan untuk bantuan. Mereka ingin memuaskan hati anda. Tapi, mereka juga akan berasa malu untuk beritahu anda jika mereka “tak boleh buat sesuatu”.

Apa perlu anda buat: Jika anda rasa anak-anak anda sedang bergelut dengan aktiviti membaca, dapatkan nasihat dan bantuan daripada cikgu sekolah atau pakar kanak-kanak yang dipercayai.

3# Jadi lebih kreatif!

Kredit: Freepik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Janganlah bagi bahan bacaan yang membosankan pada anak-anak. Untuk tarik perhatian mereka, anda perlu jadi lebih kreatif! 

Apa perlu anda buat: Cuba tanya dia apa yang dia mahu baca. Mungkin anak anda suka buku audio? Mereka masih boleh memupuk teknik membaca dengan buku audio. 

4# Tukar jadual mereka

Kredit: Pexels

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kadang-kadang, waktu membaca itu yang tak sesuai untuk mereka. Mungkin waktu itu teman-teman mereka keluar bermain. Bila anda suruh membaca, memang taklah mereka nak! Kan? 

Apa perlu anda buat: Jadi, apa kata anda tukar waktu atau jadual harian mereka? Mungkin letak aktiviti membaca sebelum tidur? Biar mereka pilih buku atau bahan bacaan apa yang mereka nak. Mesti tak berkelip mata itu nanti!

Ibu cuba ya ara memupuk minat membaca . Mungkin selepas ini anak-anak akan lebih bersemangat untuk membaca! Malah, mana tahu dia akan meminta anda membeli buku kegemarannya. 

 

Tips penting: Ada sesetengah anak-anak suka membaca tentang sukan, fantasi atau komik. Maka, tak salah untuk beli buku yang banyak gambar. Dia lagi bersemangat untuk tengok gambar sambil membaca. 

5# Guna buku audio

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Freepik

Ya, sebenarnya buku audio atau audiobook juga dikira sebagai membaca! Ini juga antara cara memupuk minat membaca yang lebih baik kerana audiobook membantu anak-anak memahami perkataan dan ayat yang kompleks.

Anak-anak lebih cepat menangkap perkataan baru apabila mereka mendengar orang lain membaca buku kepada mereka dengan penuh keyakinan. Dengan ini juga, mereka akan rasa selesa memilih buku yang lebih menarik dan boleh mendengarnya di dalam kereta ataupun ke mana-mana sahaja.

Buku audio juga bagus untuk mengajar anak-anak bahasa kedua kerana mereka dapat belajar untuk menyebut perkataan yang lebih sukar.

6# Ibu bapa perlu jadi model peranan

Jika anda lihat anak-anak sangat melekat pada telefon pintar mereka, jangan salahkan mereka terus ya! Cuba semak diri sendiri pula. Anak-anak belajar beberapa tabiat daripada ibu bapa. Jika anda ingin anak-anak belajar membaca, anda juga perlu tunjuk contoh yang sama.

Mungkin anda lebih gemar membaca menggunakan kindle atau membaca artikel dalam talian, namun anak-anak tidak nampak apa yang anda lakukan! Anda perlu memberitahu mereka dan ujar bahawa pembacaan anda membantu mengembangkan minda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tetapi sebenarnya lebih baik jika anda membaca material fizikal seperti buku atau surat khabar, barulah anak-anak pun bersemangat nak membaca. 

Ibu bapa semua, jom jadi lebih kreatif menangani masalah ini!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  9 Cara Ajar Anak Membaca Dengan Mudah & Berkesan Ibu Ayah Wajib Baca!

Baca juga: Galakkan Anak Untuk Membaca Iqra’ (Alif, Ba, Ta) Dengan Langkah Mudah Ini

Baca juga: Manfaat Membaca Buku kepada Bayi Anda, Antaranya Boleh Cepat Bercakap!

Penulis

Ayu Idris