X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Galakkan Anak Untuk Membaca Iqra’ (Alif, Ba, Ta) Dengan Langkah Mudah Ini

4 min bacaan
Galakkan Anak Untuk Membaca Iqra’ (Alif, Ba, Ta) Dengan Langkah Mudah Ini

Mendalami ilmu agama adalah sesuatu yang perlu diterapkan ke dalam diri anak sejak mereka kecil lagi bermula dengan membaca iqra’ sebelum mereka boleh mula membaca ayat-ayat al-Quran. Tetapi, jika si manja sukar untuk membaca iqra’, apakah galakan yang boleh ibu dan ayah berikan?

Mengajar si manja sesuatu perkara yang baru bukanlah satu tugas yang mudah, lagi-lagi jika si manja tidak menunjukkan minat terhadap perkara tersebut. Walaupun begitu, membaca iqra’ adalah satu langkah pertama dalam memperkenalkan si manja kepada pembacaan agama dan pelajaran agama Islam.

Tetapi, pembacaan iqra’ adalah sama seperti mempelajari bahasa baru, dan si manja mungkin akan merasakan ia sesuatu yang membosankan. Walaupun begitu, dengan galakan yang betul, si manja boleh belajar meminati pembacaan agama.

Galakkan Anak Untuk Membaca Iqra’ (Alif, Ba, Ta)

membaca iqra

Kredit: iStock

Terdapat beberapa cara mudah untuk menarik minat si manja untuk mula membaca iqra’. Mudah-mudahan, sekiranya mereka habis membaca iqra’ dalam tempoh masa yang singkat, mereka boleh mula membaca al-Quran pula.

Tetapi, mari kita mula dari bawah dahulu! Ini antara cara-cara kegemaran kami untuk menggalak pembacaan iqra’ si manja anda.

1# Jangan terlalu memaksa anak

Dengan kanak-kanak kecil, paksaan yang terlalu keras hanya akan membuatkan mereka menjauh dari sesuatu perkara. Jadi, jika anda hendak menarik minat anak untuk belajar ilmu agama dan bacaan iqra’, anda perlulah memupuk mereka dengan lembut dan kesabaran.

2# Menonton kartun berasaskan agama

Kanak-kanak mana yang tidak gemar menonton kartun? Walaupun pendedahan terhadap televisyen atau telefon pintar tidak baik, tapi anda boleh tetapkan sedikit masa untuk mereka belajar membaca iqra secara interaktif.

Contohnya jika anda anda menggemari kartun yang padat dengan ilmu seperti Omar & Hana, biarkan sahaja kerana kanak-kanak gemar mencerminkan perbuatan dan percakapan persekitaran mereka. Pastikan mereka memahami dan mengikut ilmu agama yang dikongsi melalui lagu-lagu dan animasi menarik itu dengan mengulang bersama mereka.

3# Menggunakan kad imbasan

Kad imbasan yang berwarna-warni boleh menarik minat anak untuk menghafal huruf-huruf hijaiyah. Kaitkan penggunaan kad-kad imbasan dengan permainan harian anak supaya mereka mudah mengenali dan menghafal huruf hijaiyah yang juga terdapat di dalam iqra’. Dengan ini, si manja lebih mudah membaca iqra’ kerana mereka telah mengenali huruf-hurufnya.

4# Mengaji bersama anak

membaca iqra

Kredit: iStock

Anak-anak anda akan lebih gemar melakukan sesuatu aktiviti apabila anda ada bersama mereka. Jadi, anda boleh menunjukkan contoh yang baik kepada si manja dengan melibatkan diri dalam pembacaan agama. Apabila si manja melihat anda melakukannya, pasti dia juga hendak mimik perbuatan anda.

5# Menggunakan My First Book MommyHana

Pada pendapat kami, buku ini sangat bagus dalam mengajar si manja tentang ilmu agama dari huruf-huruf hijaiyah hingga ke cara solat serta 25 nama-nama Rasul. Jadi, tidak salah untuk anda meluangkan sedikit wang anda untuk membeli buku ini bagi kebaikan si manja. Ia sangat interaktif dan anda juga boleh mengajar si manja sendiri dengan buku ini.

Bilakah Saya Boleh Mula Ajar Si Manja Baca Iqra’?

Galakkan Anak Untuk Membaca Iqra (Alif, Ba, Ta) Dengan Langkah Mudah Ini

Kredit: Pinterest

Hati kanak-kanak masih suci dan tidak dinodai oleh dosa-dosa, maka mereka lebih mudah menerima dan menghafal ilmu-ilmu agama. 

Jadi, sekiranya si manja anda sudah menunjukkan perkembangan yang jelas walaupun seawal umur 3 tahun, anda sudah boleh memperkenalkan iqra’ kepada mereka. Tetapi, ada juga ibu bapa yang memilih untuk memulakan anak dengan bacaan iqra’ sedikit lambat seperti umur 6 atau 7 tahun.

Yang paling penting, anda perlu mengenali peribadi anak. Sesetengah kanak-kanak tidak suka belajar menggunakan buku dan perlukan sesuatu yang lebih interaktif, jadi gunakanlah kaedah yang anda rasakan terbaik bagi anak anda supaya mereka lebih mudah belajar.

Stories Rakan Kongsi
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten

Akhir kata dari kami, kami berharap bahawa si manja anda dapat menerima mempelajari ilmu agama dengan mudah tanpa paksaan. Yang pasti, si manja anda perlulah mengenali ilmu agama seawal usia mereka supaya mereka lebih mudah menyerap ilmu tersebut.

Selamat maju jaya!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Hebat! Anak 2 tahun sudah hafal 42 surah Al Qur’an, ini tip dari ibu ayahnya!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Shafirra

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Galakkan Anak Untuk Membaca Iqra’ (Alif, Ba, Ta) Dengan Langkah Mudah Ini
Kongsikan:
  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham