TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Hebat! Anak 2 tahun Sudah Hafal 42 Surah Al Qur’an, Ini Tips Daripada Ibu Ayahnya!

7 Oct, 2021
Hebat! Anak 2 tahun Sudah Hafal 42 Surah Al Qur’an, Ini Tips Daripada Ibu Ayahnya!

Video yang menampilkan anak hafal Al Quran di usia 2 tahun menjadi tular di media sosial. Ibu ayahnya berkongsi cerita tentang cara mendidik anaknya.

Sebuah video ada menayangkan tentang anak hafal Al Quran yang baru sahaja berusia 2 tahun dan video tersebut telah pun tular di media sosial.

Kanak-kanak ini telah pun menghafal 42 surah Al Quran meskipun masih kecil.

Ahmad Ziyyad Mohd Zahir, telah menunjukkan minatnya kepada kitab suci umat Islam tersebut sejak usianya 11 bulan.

Meskipun sebutannya masih belum sempurna, namun si cilik ini sudah pun menampakkan tanda-tanda dirinya sebagai anak hafal Al Quran.

Minat sejak 11 bulan, kini anak hafal Al Quran 42 surah!

anak hafal al quran

Kredit: FB Nurul Shahida Lukman

Nurul Shahida Lukman, si ibu bercerita yang dirinya selalu memperdengarkan bacaan ayat Al Quran sejak anaknya masih dalam kandungan.

Beliau juga selalu membacakan surah-surah dalam Al Quran ketika menemani Ziyyad bermain di siang hari. Atau, jika Ziyyad meragam, Shahida juga akan membacakan ayat Alquran untuk menenangkannya.

anak hafal al quran

“Kami mulai melihat minat Ziyyad untuk menghafal Al Quran sejak usianya 11 bulan. Ketika itu, kami melihat mulutnya terkumat-kamit mengikuti bacaan saya, walaupun sebutannya masih kurang jelas.”

Mohd Zahir Noor Sabri, suami Shahida, bersepakat untuk mendidik Ziyyad agar mencintai Al Quran sejak usia kecil. Kini, Ziyyad telah menghafal sebanyak 42 surah daripada 114 surah dalam Al Quran!

“Saya pernah meminta Ziyyad untuk membuka halaman pertama Alquran untuk dibaca. Dia membuat saya terharu kerana boleh membaca ayatnya dengan sempurna,” ujar Shahida.

Beberapa surah panjang dalam Alquran yang suka dihafal oleh Ziyyad adalah surat Al Waqi’ah, Ar Rahman, Yasin, Al Mulk, dan surat Al Kahfi.

Menurut Shahida, anaknya itu sudah boleh membaca kelima-lima surah tersebut. Namun, masih perlu dibantu di permulaan surat, dan Ziyyad akan membaca lanjutan ayatnya hingga ke akhir surah.

Ajarkan anak mencintai kitab suci ini dari kecil

anak hafal al quran

Kredit: Unsplash

Untuk memupuk anaknya agar mencintai Al Quran sejak kecil, Shahida berkongsi bahawa dia telah merancang hal tersebut sejak Ziyyad masih dalam kandungan lagi.

Selepas Ziyyad lahir, mereka sering membacakan ayat atau memasang audio Al Quran. Ia supaya Ziyyad terbiasa mendengar bacaan ayat suci Alquran.

“Kami tidak pernah memasang muzik selain bacaan ayat Al-Quran. Di rumah, di tempat kerja, bahkan di dalam kereta sekalipun.”

Selain itu, Shahida juga selalu menidurkan Ziyyad di malam hari sambil membaca ayat suci. Maka, tidak hairanlah, di usianya yang masih kecil, Ziyyad telah menjadi anak hafal Al Quran dengan bacaan yang fasih.

Hebat! Anak 2 tahun Sudah Hafal 42 Surah Al Quran, Ini Tips Daripada Ibu Ayahnya!

Kredit: Unsplash

Ibu ayahnya telah membiasakan Ziyyad untuk selalu memperdengarkan Al-Quran.

Bagaimana ibu ayah, adakah anda juga ingin mencuba kaedah yang diterapkan oleh ibu bapa Ziyyad?

Kisah anak kecil ini mengingatkan kita tentang arwah adik Syahid, anak kepada Bazli UNIC, yang telah pun bertemu Tuhannya. Arwah adik Syahid juga seorang pencinta Al quran.

Mari cuba ya. Moga-moga, anak anda juga akan membesar menjadi seorang pencinta ayat suci dan penghafal Al Quran.

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

Semoga bermanfaat.

Terjemahan daripada theAsianparent Indonesia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Perkongsian Bermanfaat di FB – Tip Praktikal Mengerjakan Umrah Bersama Bayi

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Hebat! Anak 2 tahun Sudah Hafal 42 Surah Al Qur’an, Ini Tips Daripada Ibu Ayahnya!
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham