Setiap ibu bapa pastinya ada impian untuk anak seperti dapat melihat mereka berjaya ke menara gading atau melihat anak mencapai cita-cita. Begitulah kisah anak artis belajar agama ini, antara contoh yang boleh kita ikuti.
Sebenarnya, mengajar anak ini perlulah bermula dari rumah. Sebab itu ibu bapa perlu memberi bimbingan dan dorongan pada anak-anak. Kemudian hantar mereka ke sekolah yang sesuai.
Ada ibu bapa yang memilih sekolah harian biasa. Tak kurang juga yang nak hantar anak ke sekolah asrama penuh dan sekolah agama seperti pondok atau Tahfiz.
Pokok pangkalnya terpulang pada individu itu sendiri mengikut tahap penerimaan dan kecemerlangan anak-anak.
Ini yang terjadi pada empat orang anak artis belajar agama ini. Semuanya dilakukan demi anak menjiwai ilmu Agama Islam lebih daripada segalanya.
4 anak artis belajar agama, kagum dengan ibu bapa mereka!
#1 Anak artis belajar agama: Abby Abadi dan Norman Hakim
Walaupun kedua-dua artis ini sudah berpisah dan kini menjalani kehidupan sendiri, namun Abby Abadi dan Norman Hakim tidak pernah abaikan tanggungjawab dalam membesarkan anak-anak.
Hasil perkongsian hidup terdahulu, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Danish Hakim, Marissa Dania dan Maria Danisha. Ketiga-tiga mereka kini sudah besar panjang.
Apa yang lebih membanggakan, anak sulung mereka, Danish Hakim telah melanjutkan pelajaran hafazan Al-Quran di Turki. Bahkan, Danish juga merupakan pelajar terbaik di sekolah Tahfiznya.
Begitu juga dengan anak perempuan mereka yang bernama Marisa Dania turut mengikut jejak langkah abangnya yang belajar di sekolah Tahfiz di Seremban, Negeri Sembilan.
Seronok melihat kehidupan mereka, sejuk perut Abby Abadi melahirkan anak syurga ini. Semoga anaknya istiqomah dalam mencari keredhaan Ilahi.
#2 Anak artis belajar agama: Ning Baizura
Perkongsian dari Ning Baizura mengenai anaknya yang bernama Ryan Sky Dalton mendalami ilmu agama sungguh mengagumkan. Anaknya dilihat sudah cuba menghafal Surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas.
Malah, Ning Baizura juga menghantar anaknya belajar mengaji dengan seorang Ustaz. Walaupun usia anaknya masih kecil tapi dia tetap bersyukur anaknya kini minat mendalami ilmu agama Islam seperti membaca Al-Quran dan bersolat. Alhamdulillah.
#3 Anak artis belajar agama: Ziana Zain
Siapa yang tak kenal dengan lunak suara dan trendmark kening terangkat, Ziana Zain. Beliau dikurniakan empat orang cahaya mata yang kini semakin membesar.
Apatah lagi, anak sulungnya yang bernama Aiman itu telah dihantar ke Sekolah Agama Menengah Muhammadiah Pekan Sabak, Batu 1, Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan.
Dari situ membuktikan bahawa, bidang seni bukanlah penghalang untuk Ziana Zain mengajar anak-anak tentang agama Islam yang sebenar.
Menerusi media tempatan, Ziana mula memakai hijab apabila mendapat dorongan daripada anaknya itu yang meminta dia berbuat demikian.
Bahkan, dia nampak lebih cantik bila menggayakan hijab dengan pelbagai fesyen yang sesuai dengan usianya.
#4 Anak artis belajar agama: Johan dan Ozlyn
Anak artis belajar agama yang terakhir ini pasti anda kurang percaya, kan? Tambahan pula, Johon merupakan seorang pelawak dan pelakon terkenal tanah air.
Dia juga seorang yang suka menyakat teman-teman artis yang lain.
Namun kita tak pernah sangka dalam berlawak pun, Johan tetap mementingkan kerohanian dan keagamaan pada anak-anak. Memang salute dengan papa Johan ini!
Bukan terbaik hanya dalam karier, tapi Johan juga dilihat begitu pandai mendidik anak-anaknya yang boleh dilihat menerusi perkongsiannya di Instagram. Dia mengajar anaknya bersolat, membaca doa dan mengaji Al-Quran.
Ada itu siap pegang rotan tau dan pura-pura marah anak-anaknya! Faha! tapi dalam berlawak tetap ada ketegasannya.
Kalau nak tahu, Johan pernah belajar di sekolah pondok selama empat tahun lantas membuat perkara yang sama kepada anak lelakinya, Ariq dengan menghantar belajar ke sekolah pondok tersebut.
Ia bertujuan supaya anaknya mendalami ilmu hafazan dan belajar hidup berdikari.
Walaupun mereka ini menceburi bidang hiburan, namun mereka tak gagal mendidik anak-anak tentang ilmu keagamaan. Semoga, artikel kali ini memberi manfaat dan dorongan untuk kita semua.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Foto: Instagram
Kredit: Kaki tular, Memburu cinta hakiki, Vanilla kismis
Baca juga:
https://my.theasianparent.comartis-lahir-kembar-comel
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!