Pada saya, maksud lemas adalah orang yang panik mendapatkan bantuan sambal melambaikan tangannya. Sekurang-kurangnya itulah yang saya fahami dari pelbagai rancangan televisyen dan filem yang pernah menggambarkan kejadian lemas. Walaubagaimanapun, artikel oleh Mario Vittone di blog beliau menunjukkan bahawa ia bukannya seperti itu.
The Instinctive Drowning Response-dinamakan sedemikian oleh Francesco A Pia, Ph.D., adalah apa yang orang akan lakukan untuk mengelakkan lemas di dalam air. Dan ia tidak kelihatan seperti apa yang ditunjukkan di televisyen. Tiada jeritan dan tindakan fizikal tanda ketidakselesaan yang boleh dilihat dengan mudah.
Sudah tentu, mereka boleh meminta bantuan, tetapi selalunya mereka akan menjerit sebelum mereka betul-betul lemas. Selepas itu, dia akan tercungap-cungap untuk mendapatkan udara. Menurut WebMD, “Mereka diam dan bergelut untuk memastikan hidung dan mulut mereka berada di atas air,” kata Alan Steinman, MD, dan bekas pengarah kesihatan dan keselamatan untuk Pengawal Pantai AS.
Menurut laporan oleh WHO, lemas adalah punca kecederaan ketiga utama yang tidak disengajakan tetapi berakhir dengan kematian di seluruh dunia, iaitu 7% daripada semua kematian berkaitan kecederaan. Statistik yang membimbangkan, bukan?
Ia menakutkan untuk mengetahui yang seringkali kita tidak sedar bahawa seseorang itu lemas sehingga tragedi itu berlaku. Sekarang bayangkan anda berada di kolam renang atau pantai dengan anak-anak anda dan anda tidak dilengkapi untuk mengenal pasti jika dan bila mereka berada dalam bahaya?
Tidak dapat dibayangkan, bukan? Bagi ibu bapa dan orang lain, berikut adalah beberapa tanda-tanda bahawa seseorang itu dalam kesusahan:
Tidak dapat meminta bantuan: Orang itu akan tercungap-cungap sibuk untuk bernafas, sebelum cuba untuk membuat bunyi atau meminta bantuan. Apabila dia lemas, mulutnya akan tenggelam di bawah air dan kemudian tenggelam kembali lagi, dia akan mempunyai sedikit masa untuk memanggil meminta bantuan.
Tenggelam dan timbul: Dia mungkin kelihatan seperti dia hanya bermain masuk dan keluar dari air dan tiada apa-apa tanda kesusahan. Apa yang beliau sebenarnya lakukan adalah timbul dan tenggelam di dalam air, untuk mendapatkan udara.
Melambaikan tangan untuk bantuan? Tidak mungkin. Pada masa itu, dia akan sibuk menolak dirinya keluar daripada air dan mustahil baginya untuk melambaikan tangan untuk meminta bantuan. Dia boleh memanjangkan tangannya tetapi dia tidak akan dapat menggerakkannya.
Seorang kanak-kanak tenang di dalam air? Bertindak segera: Seorang kanak-kanak tidak mungkin bermain secara senyap-senyap di dalam air. Ada biasanya menjerit dan percikan air di sekitarnya. Walaubagaimanapun, jika anda melihat dia dalam keadaan yang senyap dan tenang, bertanya kepadanya sama ada dia okay. Jika tiada tindak balas, anda tahu anda perlu terus pergi kepadanya.
Mengetahui cara untuk berenang adalah amat penting, walaubagaimanapun perenang terbaik juga boleh lemas. Hanya kerana anak anda tahu bagaimana untuk berenang, tidak bermakna anda boleh membiarkan dia masuk ke dalam air tanpa pengawasan.
Peraturan ini adalah sama untuk orang dewasa juga. Asalkan anda sentiasa berhati-hati, anda tdak perlu halang keluarga anda daripada berseronok di dalam kolam renang.