X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Bayi 14 Bulan Mati Lemas Dalam Baldi - Ibu Tahu 5 Tips Keselamatan Dalam Tandas Ini?

3 min bacaan
Bayi 14 Bulan Mati Lemas Dalam Baldi - Ibu Tahu 5 Tips Keselamatan Dalam Tandas Ini?

Seorang bayi ditemui mati lemas dalam baldi di bilik air rumahnya. Ketahui tips keselamatan untuk elak kejadian anak lemas dalam bilik air.

Tak dapat dibayangkan perasaan kedua ibu bapa ini apabila mereka menemui anak lemas di tandas rumah mereka sendiri… Tapi, itulah yang telah terjadi. 

Ibu temui anak lemas dalam baldi

Ia hanyalah hari biasa untuk keluarga ini. Ketika mereka sedang menikmati makan tengahari bersama, ibu Muhammad Arash bergegas ke tandas selepas mendengar bunyi percikan air.

Ibu ini terkejut apabila melihat kepala anaknya tenggelam di dalam baldi berisi air. Apabila menyedari anaknya yang hanya berusia 14 bulan ini tak bernyawa, dia memanggil suaminya untuk membantu.

Kedua pasangan ini kemudian mengejarkan anak mereka ke Klinik Kesihatan Sungai Rambai dan Muhammad Arash disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan di klinik tersebut.

Timbalan Penguasa ketua polis daerah Jasin Arshad Abu berkata, ibu ini mendakwa yang baldi ini sepatutnya kosong dan sebelum ini digunakan untuk memandikan anaknya yang lain.

“Setakat ini kami tak menemui sebarang kecederaan luaran pada mangsa yang hanya memakai lampin ketika kemalangan ini berlalu. Kami juga tak menemui tanda-tanda jenayah berlaku. Siasatan masih dijalankan,” tambah Arshad.

Mayat bayi ini telah dihantar ke Hospital Sultanah Fatimah, Muar untuk dibedah siasat dan kematiannya telah disahkan sebagai mati mengejut.

Anak lemas: Keselamatan dalam bilik mandi

anak lemas, bayi lemas, anak mati lemas, keselamatan dalam tandas, keselamatan dalam bilik air, childproof, keselamatan anak, main air, anak main air

Walaupun malang tidak berbau, tapi kita boleh cuba untuk mengelakkannya dari berlaku dengan membuat childproof di tandas bagi  mengelakkan kejadian atau kecederaan yang tak diingini berlaku pada anak-anak.

Ini adalah 5 tip keselamatan dalam bilik mandi yang anda boleh lakukan:

1. Sentiasa perhatikan anak semasa dalam tandas

Kanak-kanak boleh lemas walaupun paras air hanya beberapa inci, jadi jangan pernah tinggalkan anak sendirian walaupun hanya sebentar. 

Jika anda perlu melakukan sesuatu ketika sedang mandikan anak, balut anak  dengan tuala dan bawa mereka bersama anda.

2. Tergelincir dan jatuh

anak lemas, bayi lemas, anak mati lemas, keselamatan dalam tandas, keselamatan dalam bilik air, childproof, keselamatan anak, main air, anak main air

Pasang tikar anti gelincir pada bathtub serta pasangkan penutup lembut pada paip air supaya anak  tak cedera jika kepala mereka terhantuk pada paip.

Jadikan juga kebiasaan untuk sentiasa menutup mangkuk tandas dan kalau boleh pasangankan kunci pada penutup jamban kerana anak mungkin akan cuba untuk main dengan air dalam mangkuk tandas dan terjatuh ke dalamnya.

3. Suhu air

Untuk elak dari melecur, laraskan water heater supaya suhu paling panas tak melebihi 49 darjah selsius. Rasa suhu air dengan pergelangan tangan atau siku untuk memastikan air tersebut suam dan bukan panas.

Apabila anak anda mula tahu untuk menutup paip, ajar mereka untuk mula dengan air sejuk sebelum panas.

4. Penyimpanan barang mandian dan ubat-ubatan

Simpan semua ubat dalam bekas yang mempunyai penutup keselamatan dan simpankan pada tempat yang tinggi dan tak boleh dicapai oleh kanak-kanak.

Peralatan mandi seperti ubat gigi, syampu, sabun dan lain-lain juga perlu disimpan dalam kabinet yang tinggi dan dikuncikan.

5. Barang elektrik

Jika anda gunakan barang elektrik dalam tandas seperti pengering rambut atau pencukur, pastikan anda buka dan simpan di tempat selamat selepas menggunakannya. 

Adalah lebih baik untuk anda gunakan barang-barang elektrik di tempat lain yang jauh dengan air untuk mengelakkan kecederaan jika peralatan ini terjatuh ke dalam tempat berisi air.

Kami harap dengan tip keselamatan ini, anda boleh cuba untuk elakkan sebarang kecederaan dan kejadian yang tak diingini.

Kami di theAsianparent berasa simpati dan turut bersedih atas kehilangan yang dirasai oleh keluarga Muhammad Arash.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber : NST, healtychildren.org

Baca juga: 

https://my.theasianparent.combayi-mati-lemas

Stories Rakan Kongsi
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Beware of chemicals that can harm your children
Beware of chemicals that can harm your children

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nadia Ghafar

  • halaman rumah
  • /
  • Keselamatan anak
  • /
  • Bayi 14 Bulan Mati Lemas Dalam Baldi - Ibu Tahu 5 Tips Keselamatan Dalam Tandas Ini?
Kongsikan:
  • Awas Risiko Lemas Di Kolam Renang! Kanak-Kanak Ini Lemas Hanya Kerana Terjatuh

    Awas Risiko Lemas Di Kolam Renang! Kanak-Kanak Ini Lemas Hanya Kerana Terjatuh

  • Budak 2 Tahun Ditemui Mati Lemas Lepas Keluar Dari Rumah Tanpa Pengawasan Ibu Bapa

    Budak 2 Tahun Ditemui Mati Lemas Lepas Keluar Dari Rumah Tanpa Pengawasan Ibu Bapa

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Awas Risiko Lemas Di Kolam Renang! Kanak-Kanak Ini Lemas Hanya Kerana Terjatuh

    Awas Risiko Lemas Di Kolam Renang! Kanak-Kanak Ini Lemas Hanya Kerana Terjatuh

  • Budak 2 Tahun Ditemui Mati Lemas Lepas Keluar Dari Rumah Tanpa Pengawasan Ibu Bapa

    Budak 2 Tahun Ditemui Mati Lemas Lepas Keluar Dari Rumah Tanpa Pengawasan Ibu Bapa

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.