Dekorasi bilik tidur moden antara yang paling digemari ibu bapa dalam menghias bilik tidur anak. Dengan gaya penuh minimalis, konsep moden sering menjadi pilihan.
Jadi apakah yang perlu anda pertimbangkan dalam menghias bilik anak? Apa yang perlu diberi perhatian bagi memastikan anak sentiasa selesa menghuni biliknya.
Perkara pertama yang perlu anda fikirkan adalah bajet anda. Dengan bajet ini, barulah anda boleh membuat perancangan bagaimana caranya untuk memulakan langkah menghias sama ada bilik tidur moden atau gaya kontemporari serta pelbagai lagi gaya hiasan.
Bilik tidur moden untuk bayi, anak 5 tahun ke bawah!
Bilik tidur bayi mememerlukan perjatian khusus ketika pengaturannya unyuk memastikan tidur anak dan waktu rehat ibu bapa yang tenang tanpa gangguan.
Sama ada anda berkongsi bilik tidur dengan bayi anda atau sebaliknya, dekorasi bilik tidur ini amat penting bagi memastikan suasana di dalamnya tenang dan damai untuk anda sekeluarga beristirehat.
Jadi selepas menentukan bajet anda, apa yang perlu difikirkan adalah pilihan katil atau tempat tidur bayi.
#1. Tempat tidur bayi
Apakah yang sesuai untuk anak anda? Jika katil menjadi pilihan, adalah lebih baik untuk anda memilih model yang boleh laras yang pastinya sesuai untuk bayi baru lahir hingga kanak-kanak 5 tahun.
Selain itu, lebih baik jika katil ini mempunyai rda serbaguna yang mana ketika bayi ia boleh digunakan dan apabila usia menginjak sedikit dewasa ia boleh ditanggalkan.
Ada juga yang mencadangkan lebih baik katil yang berbentuk bulat kerana ia tiada buju tajam untuk keselamatan bayi anda. Malah bonus jika anda dapat cari katil yang lengkap dengan laci untuk kegunaan menyimpan barangan bayi dan anak anda.
#2. Hiasan dinding/warna
Adalah lebih baik jika kemasan dinding yang anda pilih adalah mesra alam. Mungkin anda boleh pilih cat mesra alam yang pastinya selamat untuk bayi anda.
Warna sepatutnya warna yang lebih tenang dan pastel, seperti biru, kelabu, hijau muda dan krim. Tetapi jika mahu menampakkan suasana yang lebih meriah, mungkin boleh pilih warna yang lebih menonjol. Tetapi janganlah terlalu menonjol hingga boleh buatkan bayi tidak selesa.
Jika mahu letak bingkai gambar dan sebagainya, pastikan anda lekatkan dengan betul didinding bagi mengelakkan ia jatuh, dan jika boleh jauhkan bingkai daripada katil anak.
Pilih corak monogram, lukisan, ilustrasi dengan watak hebat atau kartun serta bunga. Boleh juga gambar haiwan dan tema laut. Jika dekorasi bilik tidur moden, warna yang biasa menjadi pilihan adalah warna tenang dan pastel.
#3. Fabrik langsir, cadar
Pastikan anda pilih langsir yang penembusan cahayanya kurang. Ia bagi tidak menganggu tidur bayi pada waktu siang. Jika mahu bayi bezakan waktu, anda boleh selak saja langsir ketika siang hari.
Pastikan juga cadar katil bagi atau tilam bayi adalah jenis lembut dan tidak panas selain tidak membahayakan bayi atau anak anda.
Selain itu, pastikan juga fakrik yang dipilih boleh dibasuh untuk mengekalkan kebersihan. Dekorasi bilik tidur moden biasanya akan lebih tertumpu kepada corak abstrak yang tidak padat.
#4. Pengudaraan
Perkara ini sangat penting untuk menjaga kesihatan bayi. Pastikan pengudaraan dalam bilik yang anda pilih untuk bayi adalah baik. Anda juga boleh letakkan penapis udara dan diffuser dalam bilik anda anda.
#5. Pencahayaan
Pastikan pengcahayaan lampu tidak tepat ke mata atau muka anak anda. Adalah lebih baik juga untuk anda gunakan lampu yang boleh dilaras pencahayaannya dalam bilik tidur anak.
Kini banyak pilihan lampur bilik tidur di pasaran, anda boleh pilih yang terbaik untuk bilik tidur moden bayi atau anak anda. Jika bilik tidur moden, biasanya lampu yang akan digunakan akan sangat simple dan menarik.
Malah ada juga yang memilih lampur bentuk geometri dan sebagainya untuk digayakan dalam bilik tidur moden bayi.
Khas untuk pembaca theAsianparent
Berpeluang memenangi hadiah bernilai RM100 dari Breeze! Isi borang di bawah sahaja!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ibu Jangan Main Hias, Ini Cara Deko Bilik Tidur Simple & Cantik Untuk Anak Perempuan!
Baca juga: 6 Cara Untuk Pastikan Bilik Tidur Anak Anda Selamat Lagi Sihat