Idea Deco Bilik Tidur Rumah Kampung Bertemakan Putih, Nampak Moden & Lebih Luas

Bilik tidur rumah kampung diberikan nafas baru dan tampak lebih moden. Lebih menarik, proses ubah suai tidak perlukan bajet tinggi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dekorasi sesuatu ruangan terutamanya bilik dapat memperbaiki emosi dan minda menjadi lebih baik. Bagi bilik tidur rumah kampung, dengan sentuhan yang minimalis sudah cukup mengekalkan keunikannya tersendiri.

Menerusi perkongsian di laman Facebook milik Nani’s Makeover, dia dan suami berpakat untuk melakukan ubah suai di kamar tidur Maksu setelah wanita itu kehilangan ibu yang juga mentua kepada pemilik akaun berkenaan .

Tambahnya lagi, proses ubah suai itu masih menggunakan konsep berjimat dengan kaedah DIY. 

Apa yang anda boleh baca daripada artikel ini?

  • Dekorasi bilik tidur rumah kampung dengan gaya yang ringkas dan moden
  • Hias bilik tidur rumah kampung menggunakan barangan DIY

Dekorasi bilik tidur rumah kampung dengan gaya yang ringkas dan moden

Dari perkongsian menerusi laman Facebook itu, wanita yang digelar maksu itu sangat rapat dengan ibunya.  Maksu tidak pernah berpisah dengan ibunya selama 30 tahun. Hubungan mereka digambarkan sebagai kawan baik.

Misi support emosi.
Selama 30 tahun maksu tak pernah berpisah dengan mak. Itulah mak, itulah bff.
Sayangnya maksu terpaksa berpisah lepas arwah mak mertua pergi buat selamanya.
Sakitnya hilang mak hanya Allah yang Tau.
Gejolak emosi takde sapa yang mampu bantu.
Walaupun maksu kata dia ok je,
Tapi dalam hati kehilangan pasti menyiksa jiwa. Rasa kosong dan hilang punca.
Nak buat apapun takde selera.

Demi menggembirakan hati maksu, wanita ini bersama suaminya juga telah berpakat dengan jiran sebelah rumah untuk memulakan operasi ubah suai bilik tidur maksu di kampung.

Tambahnya lagi, setelah jiran membelikan barangan, dia dan suami memulakan projek menghias ruangan tersebut.  Selepas sehari setengah, barulah mereka selesai menghias. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hasilnya sangat memukau mata yang memandang!

Hias bilik tidur rumah kampung menggunakan barangan DIY

Menurut wanita itu lagi, dekorasi bilik tidur itu tidak menggunakan barangan yang mahal. Semuanya menggunakan kaedah DIY.

Bilik ni cat guna sea master glow.
guna 2 liter untuk cover area ni.
Siang2 maksu boleh tarik je kelambu ketepi.
Sambil menikmati angin pagi..
Sambil dengar burung nyanyi-nyanyi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

  • Jahit kelambu sendiri

Melalui perkongsiannya, wanita ini menceritakan kelambu yang digunakan telah dibeli dari Nagoya Textiles dengan harga semeter RM8.

Dia telah menggunakan empat meter kain tersebut untuk menjahit sendiri kelambu yang mudah digunakan tanpa perlu dipasang dan cabut seperti biasa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk kain lelangit pula, wanita ini telah menggunakan semula kain miliknya dahulu. Kelambu yang dipasang menciptakan aura romantis pada keseluruhan kamar tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Guna paip PVC untuk langsir

Untuk bahagian langsir, wanita ini kongsikan dia hanya menggunakan semula langsir lama. 

Kreatifnya, langsir itu disangkut menggunakan paip pvc. Jadi, tidak perlu untuk membeli langsir yang mahal. Guna cara ini sahaja sudah nampak cantik.

  • Kusyen bantal dijahit sendiri, yang lain dibeli di Shopee

Dari perkongsiannya, jumlah cadar dan permaidani yang dibeli di Shopee adalah RM117. Manakala kusyen dan sarung bantal di jahit sendiri. Bantal pula dibeli dengan harga belasan ringgit.

Memang terbaiklah, walaupun dengan bajet yang begitu kecil, wanita ini berjaya hasilkan ruang kamar yang sangat cantik dan tampak moden. Semoga bermanfaat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kemas & Bersih, Wanita Ini Kongsi Deko Dapur Rumah Sewa Yang Bajet Tanpa Kabinet

Baca juga:  9 Idea Dekorasi Bilik Air Kecil Agar Nampak Mewah & Wow Seperti Hotel 5 Bintang!

Baca juga:  Cara Dekorasi BILIK TIDUR Moden Untuk Bayi, Anak Berusia 5 Tahun Ke Bawah!

Penulis

Nur Sofea