Ada bintik putih pada gusi bayi saya!
Pernah tak anda melihat pada gusi atau lelangit bayi yang baru lahir, terdapat bintik seakan-akan benjolan keputihan?
Saya bukanlah ingin mengundang kerisauan pada ibu bapa, tapi di sini kami ingin berkongsi tentang kejadian ini.
Bintik putih pada gusi bayi itu dipanggil sebagai Epstein’s pearls.
Menurut Institut Kesihatan Kebangsaan, benjolan putih yang timbul ini adalah normal di kalangan bayi yang baru lahir.
Hampir 80% bayi dilahirkan akan mempunyainya. Dan berikut adalah apa yang anda perlu tahu tentang benjolan atau bintik putih di gusi bayi ini.
Apakah itu Epstein’s pearls?
Ketumbuhan yang bewarna keputihan ini selalunya ada di gusi atau lelaki bayi.
Bagaimana benjolan putih pada gusi bayi ini terbentuk?
Semasa trimester pertama kehamilan, sebahagian dari rahang dan lelangit bayi mula bersambung dan terbentuk.
Ini akan menyebabkan membran mukus terperangkap di tengah-tengah kulit. Ia yang menyebabkan benjolan kecil seakan bintik-bintik yang anda lihat sekarang.
Benjolan yang berukuran lebih kurang di antara satu hingga tiga milimeter ini langsung tidak berbahaya.
Walaupun ia kelihatan seperti amat menyakitkan, tetapi Epstein’s pearls sebenarnya tidak menyakitkan pun (berita baik buat anda dan bayi anda!)
Diagnosis jika ada bintik putih pada gusi bayi
Doktor akan membuka mulut bayi anda untuk memeriksa sama ada ianya adalah ia kerana jangkitan kandida (oral thrush) atau jangkitan yis pada lapisan membran mukus di lidah bayi anda.
Atau kadang-kala yang lebih mengejutkan, ia disebabkan oleh gigi natal yang tumbuh ketika lahir.
Gigi natal sungguh menyakitkan dan mengganggu penyusuan kerana ia boleh menyebabkan luka pada lidah serta risiko bayi akan tertelan.
Rawatan jika ada benjolan putih pada gusi bayi
Sebenarnya, tiada sebarang rawatan yang diperlukan bagi keadaan ini. Secara amnya, selepas beberapa minggu ia akan hilang dengan sendirinya kerana bergesel dengan puting ketika menyusu.
Bagaimana? Lega bukan selepas mengetahui maklumat ini?
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda!
Sumber: what to expect, nytimes
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
Lidah Anak Ada Putih Ini? Itu Mungkin Jangkitan Kandida (Oral Thrush)!