TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Lidah Anak Ada Putih Ini? Itu Mungkin Jangkitan Kandida (Oral Thrush)!

3 min bacaan
Lidah Anak Ada Putih Ini? Itu Mungkin Jangkitan Kandida (Oral Thrush)!

Pernah anda tertanya-tanya tentang tompok putih pada lidah bayi? Adakah ia sisa susu atau jangkitan kandida? Mari ketahui apa itu jangkitan kandida, tanda-tanda dan bagaimana anda boleh mengelaknya.

Tompok putih pada lidah bayi

Anda selalu nampak tompok-tompok putih pada lidah bayi? Hati-hati, ia mungkin kerana jangkitan kandida.

Jangkitan kandida nampak seperti lapisan atau tompok putih pada lidah bayi, tapi bagaimana anda boleh memastikan ia betul-betul jangkitan dan bukan hanya sisa-sisa susu?

Jangan panik, jangkitan ini adalah jangkitan yang biasa dialami oleh bayi.

Namun, ibu bapa perlu tahu serba sedikit tentang jangkitan ini seperti punca, tanda-tanda dan cara merawatnya, agar kesihatan si comel anda tidak terjejas.

Lidah Anak Ada Putih Ini? Itu Mungkin Jangkitan Kandida (Oral Thrush)!

Jangkitan kandida itu apa dan apa penyebabnya?

Jangkitan kandida adalah jangkitan yang biasa dialami bayi baru lahir dan bayi kecil kerana sejenis kulat yang bernama Candida Albicans.

Menurut pakar perubatan di National Health Service, UK (NHS), kulat ini hadir secara semulajadi dalam mulut individu yang sihat dan biasanya tidak akan menimbulkan sebarang masalah.

Tapi apabila ia berkembang dengan terlalu banyak, ia boleh menjangkiti membran dalam mulut.

Jangkitan ini disebabkan sistem imun bayi yang belum cukup kuat. Ia juga boleh berlaku semasa bayi sedang mengambil ubat antibiotik.

Apabila kita mengambil ubat antibiotik, bakteria “baik” dalam mulut akan berkurang jadi ia memudahkan kulat ini berkembang dengan banyak. 

Dr. Pratibha Agarwal, seorang pakar pediatrik untuk Kinder Clinic, menjelaskan bayi juga senang berjangkit apabila ibunya mempunyai jangkitan kulat faraj atau ibunya telah lama mengambil ubat antibiotik.

Jangkitan ini juga boleh merebak kepada bayi semasa penyusuan jika puting ibu itu turut terjangkit.

Lidah Anak Ada Putih Ini? Itu Mungkin Jangkitan Kandida (Oral Thrush)!

Tanda-tanda jangkitan kandida mulut

Jangkitan ini kelihatan seperti krim putih yang bertompok-tompak pada lidah, bahagian dalam pipi atau pada lelangit mulut bayi anda, kata Dr Agarwal.

Rupa jangkitan kandida tidak sama seperti sisa susu kerana apabila ia digosok, ia tidak akan tertanggal dan mungkin akan berdarah!

Jangkitan kandida mungking tidak akan mengganggu sesetengah bayi dan mereka akan berkelakuan normal.

Tapi, ada juga bayi yang kehilangan selera makan, tidak ingin menyusu dan cepat merengek kerana tidak selesa.

Bayi mungkin juga akan ada ruam lampin sambil menunjukkan tanda-tanda jangkitan kandida di dalam mulutnya.

Ruam ini boleh disebabkan oleh kulat yang sama dan perlu dirawat juga.

Lidah Anak Ada Putih Ini? Itu Mungkin Jangkitan Kandida (Oral Thrush)!

Rawatan untuk jangkitan kandida

Ibu, tidak perlu terlalu bimbang kerana jangkitan ini tidak berbahaya.

Jangkitan kandida mulut jarang memudaratkan pesakit yang ada sistem imun badan yang sangat lemah sehingga mengakibatkan penyakit sistemik yang melibatkan organ dan tisu.

Ubat untuk jangkitan ini mungkin dalam bentuk gel antikulat mulut yang boleh disapu pada bahagian dalam mulut.

Ubat lain termasuk sirap anti kulat yang juga boleh diberi melalui mulut.

Lidah Anak Ada Putih Ini? Itu Mungkin Jangkitan Kandida (Oral Thrush)!

Langkah-langkah pencegahan

Berikut adalah beberapa tips untuk membantu menghalang kejadian jangkitan kandida mulut pada bayi anda:

  • Sekiranya ibu mengandung terkena jangkitan yis faraj, ibu harus dirawat supaya ia tidak merebak ke bayi semasa melahirkan anak.
  • Jika ibu menyusu ada jangkitan kulat di kawasan puting payudara, jangan lengah untuk terima rawatan serentak dengan bayi bagi mengelak jangkitan dari berulang-alik antara ibu dan bayi.
  • Jika kanak-kanak perlu ambil ubat antibiotik untuk jangka masa panjang, berikan probiotik yang boleh membantu memulihkan keseimbangan flora bakteria “baik” dalam mulut dan usus anak. 
  • Basuh tangan anda dengan baik selepas menukar lampin bayi kerana jangkitan kulat boleh merebak melalui sistem pencernaan bayi.

Jangkitan kandida mulut tidak berbahaya dan ibu-ibu tidak perlu terlalu bimbang.

Jika bayi menunjukkan tanda-tanda jangkitan, atau terdapat jangkitan kulat pada puting payudara, jumpa doktor dengan segera untuk mendapat rawatan.

Sumber: National Health Service, UK (NHS)

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Stories Rakan Kongsi
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?

Melawan jangkitan Pneumococcal

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Lidah Anak Ada Putih Ini? Itu Mungkin Jangkitan Kandida (Oral Thrush)!
Kongsikan:
  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

    Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham