Gelagat lucu Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sering menarik perhatian netizen. Ramai yang menghargai bekas Raja Permaisuri Agong ini kerana sikap ramah dan keprihatinannya terhadap rakyat, menjadikannya begitu disayangi. Pada sambutan Birthday Tunku Azizah baginda sekali lagi mencuri perhatian netizen dengan gelagat cerianya disamping keluarga tercinta.
Isi Kandungan
Birthday Tunku Azizah
Walaupun Tunku Azizah kini telah kembali ke Pahang, kenangan dan jasa beliau semasa menjadi Raja Permaisuri Agong masih sering dibicarakan.
Keluarga Kerabat Pahang juga dikenali kerana sikap turun padang mereka dalam pelbagai urusan. Sultan, Permaisuri, serta anak-anak baginda semua telah dididik untuk sentiasa dekat dengan rakyat.
Baru-baru ini, sebuah video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @rbeventor telah menjadi tular dan menarik perhatian ramai. Video tersebut kini telah meraih lebih daripada 189,000 tontonan, lebih 16,600 tanda suka, dan hampir 300 komen.
Video tersebut memaparkan Tunku Azizah yang merayakan hari lahirnya pada 5 Ogos bersama keluarga tercinta. Apa yang menarik perhatian adalah apabila Tunku Azizah menyanyikan sendiri lagu ulang tahun kelahirannya dengan penuh ceria.
Rata-rata netizen terhibur menonton video tersebut dan memuji Tunku Azizah sebagai seorang yang ceria, terutama ketika bersama keluarga tercintanya. Dalam ruangan komen, ramai yang turut mendoakan agar ulang tahun kali ini menjadi yang paling bermakna dalam kehidupan Tunku Azizah.
@rbeventor KDPM Tengku Mahkota & YAM Paduka Anakanda celebrate KDPB Tengku Ampuan Pahang kat banana leaf restoran je…bday korg celebrate mana tahun ni? #HappyBirthday #TengkuAmpuanPahang ♬ Very cute melody by marimba tone(39813) – Mitsu Sound
Semoga kita semua diberkati dengan rezeki yang melimpah dan kehidupan yang penuh keberkatan, di dunia dan di akhirat.
Lembut, Peramah & Bersifat Keibuan
Tunku Azizah terkenal dengan sikap ramah dan mesra, menjadikannya dekat dengan rakyat. Baginda sering menunjukkan keprihatinan dan keterbukaan dalam interaksi dengan orang ramai. Malah gelagatnya yang ceria dan penuh semangat, terutama dalam video-video sosial media, mencerminkan keperibadiannya yang positif dan bersemangat. Ini sering menyebabkan netizen merasa terhibur dan terinspirasi.
Walaupun memiliki status diraja, Tunku Azizah dikenal kerana sikap rendah hati dan sederhana. Baginda tidak kekok untuk menunjukkan kehidupan sehariannya dan berinteraksi secara langsung dengan masyarakat. Tunku Azizah juga dikenali dengan kepandaian dalam pelbagai bidang, termasuk seni masakan dan tekstil selain aktif dalam pelbagai aktiviti sosial dan budaya yang mempromosikan warisan Malaysia.
Baginda turut aktif dalam kerja-kerja amal dan kebajikan, sering terlibat dalam usaha membantu mereka yang memerlukan dan menyokong pelbagai inisiatif sosial termasuklah penubuhan Tunku Azizah Fertility Foundation (TAFF).
TikTok @rbeventor
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Lembut, Peramah & Bersifat Keibuan, Inilah First Lady Yang Diimpikan Rakyat — Raja Permaisuri Agong
Baca juga: Koleksi Istimewa Air Tangan Permaisuri Agong Sering Membuatkan Rakyat Jatuh Cinta
Baca juga: 3 Variasi Resepi Mee Kari Terbaik Mesra Kanak-Kanak, Tengok Je Pun Dah Terliur!