Biskut Badam Coklat Guna 2 Bahan Sahaja, Mudah Dibuat & Sedap Tak Terkata!
Jom ibu kita cuba buat biskut badam coklat yang disaluti bersama coklat Cadburry ini yang sungguh enak dan mengikat selera anak-anak!
Pastinya bila tiba bulan Ramadan, ibu tentu akan mencari pelbagai jenis biskut yang sedap seperti biskut badam coklat, biskut semperit, biskut mazola dan banyak lagi untuk disediakan pada Hari Raya Aidilfitri nanti.
Misalnya biskut badam coklat yang disaluti dengan coklat Cadburry memang cukup dinantikan oleh anak-anak.
Jangan kata anak-anak saja suka, orang dewasa pun kalau dapat makan dan rasai keenakannya sendiri memang boleh habis satu bekas dalam masa satu hari.
Sesekali mencuba biskut yang nampak lebih moden tak salah, kan? Asalkan air tangan ibu dan isteri tercinta. Seterusnya perut suami dan anak-anak juga yang kenyang.
Jadi, jom kita ikuti resipi biskut badam coklat oleh Zaharah Ramim di Facebook miliknya ini.
Menurut, Zaharah, dia menggantikan coklat beryl’s kepada coklat Cadburry dan rasanya sangatlah sedap. Ibu memang patut cuba!
Resipi Biskut Badam Coklat
Bahan-bahan yang diperlukan:
– Coklat Cadburry
– Kepingan badam yang telah dikupas dan dibelah
Cara-cara membuat:
1. Bakar badam sehingga rangup
2. Double boiler coklat Cadburry tersebut terlebih dahulu.
3. Kemudian, gaul coklat yang cair tadi dengan badam dan letak atas kertas minyak mengikut saiz yang anda suka.
4. Setelah itu, masukkan dalam peti ais sehingga ia keras dengan sendiri.
5. Setelah sejuk dan mengeras, masukkan dalam balang. Jangan biarkan ia lama-lama diluar sebab coklat Cadburry mudah cair berbanding Beryl’s.
Sedap dan mudah, bukan? selamat mencuba!
Kelebihan badam
Anda tahu tak bahawa kacang badam kaya dengan pelbagai nutrisi yang baik untuk kesihatan dan kecantikan yang diamalkan sejak ribuan tahun yang lalu.
Antara khasiatnya seperti protein, serat, kalsium, magnesium, kalium, zinc, selenium, kuprum, zat besi, Vitamin E, antioksidan dan banyak lagi.
Biasanya kacang badam dicampur dalam makanan bagi menambahkan kelazatan aiskrim atau salad.
Apa yang best, kacang badam tidak menimbulkan jerawat di wajah jika mengambilnya tiap hari. Jadi tidaklah menjadi mimpi ngeri bagi wanita.
#1. Menurunkan risiko serangan jantung
Kajian yang dilakukan di A Loma Linda School Of Public Health menunjukkan mereka yang makan kacang lima kali sehari memiliki kurang risiko untuk mendapat serangan jantung sebanyak 50 peratus.
#2. Membantu masalah obesiti
Badam juga dapat membantu mereka yang mengalami masalah obesiti untuk tampil lebih langsing. Ini kerana, asid lemak tidak tepu yang terdapat dalam badan mampu membantu mengurangkan selera dan cegah makan secara berlebihan.
#3. Merangsang dan meningkatkan daya ingatan
Badam juga mampu merangsang minda dan meningkatkan daya ingatan bagi tujuan menghafal Al-Quran dan hadis serta ilmu yang lain.
#4. Mengurangkan risiko batu karang
Ada kajian mengatakan sekiranya wanita makan sekurang-kurangnya 30 gram badam atau mentega kacang badam dalam seminggu mereka dapat mengalami penurunan 25 % risiko batu karang.
#5. Mengelak kecacatan pada bayi
Kandungan folate dalam badam adalah penting bagi ibu hamil seterusnya mengelakkan dari kecacatan pada bayi.
#6. Penurunan tekanan darah
Jika seseorang individu itu mengalami penurunan tekanan darah ia akan menyebabkan stres dan tertekan.
#7. Dapat mencegah masalah osteoporosis
Selain itu, kacang badam juga boleh mencegah osteoporosis. Ini kerana, 25 ke 30 biji badam mempunyai kandungan kalsium yang sama dengan 1./4 cawan susu.
Sekaligus kalsium yang diambil itu dapat menghalang osteoporosis dan ia juga merendahkan risiko kanser kolon dan juga tektum.
#8. Melegakan sakit dan lenguh otot
Badam yang telah diekstrak minyak juga dapat membantu melegakan sakit dan lenguh otot . membuatkan wajah nampak berseri, mengurangkan lingkaran gelap bawah mata dan baiki kecerahan wajah.
Info extra :
Kejayaan menghasilkan sesuatu biskut, kek dan pastry ataupun roti tidak semestinya bergantung pada ketuhar mahal atau murah.
Tapi dengan ketuhar yang kecil dan murah juga boleh membantu kita menghasilkan produk yang sedap dan kelihatan cantik serta menyelerakan.
Anda harus memastikan kepanasan ketuhar adalah bersesuaian dengan masakan yang ingin dihasilkan itu.
Jika kek yang dihasilkan terlalu kering dan garing, jawapannya adalah kerana kepanasan ketuhar tidak begitu tepat.
Biasanya mereka banyak menggunakan suhu 180 darjah untuk masak kek dalam ketuhar. Meskipun banyak biskut kata mengikut suhu itu namun tidak semua jenis biskut atau kek yang sesuai dengan suhu tersebut.
Selamat mencuba!
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: Zaharah Ramim
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Raya Ni On Tak On? 9 Menu WAJIB Anda Sediakan Walaupun Beraya Dalam PKP!