Semua ibu bapa mengharapkan agar bayi lahir dalam keadaan sempurna dan sihat. Tapi, selain dari jangkitan dan penyakit keturunan, perkembangan bayi tidak sempurna yang dipanggil kecacatan kongenital juga masih boleh terjadi pada sesiapa pun.
Dalam artikel ini, kita akan membincangkan tentang kecacatan yang dipanggil sebagai Amniotic Band Syndrome (ABS).
Penting untuk ibu hamil tahu tentang sindrom ini untuk melindungi bayi dalam kandungan.
Bayi tidak sempurna: Apa itu Sydrome Amniotic Band?
ABS adalah keadaan yang dialami semasa anda sedang mengandung.
Bayi dalam rahim akan dibaluti dengan kantung amniotik, yang mengandungi air ketuban. Air ketuban akan membuatkan bayi terapung.
Menariknya, kantung amniotik yang mengandungi bayi dan air ketuban ini mempunyai dua filem yang melekat antara satu sama lain. Filem luaran menghadap uterus adalah chorion, manakala filem dalaman yang mengelilingi bayi adalah amnion.
ABS memberi kesan kepada janin apabila amnion koyak secara tiba-tiba tanpa merosakkan chorion. Cebisan amnion kemudian tergantung seperti benang nipis di dalam kantung amniotik.
Benang-benang amniotik ini boleh secara tak sengaja, berpusing dan membaluti bahagian tubuh janin dan akan memberi kesan kepada bayi dengan banyak cara.
Bergantung pada bahagian tubuh mana yang tersangkut dengan balutan, saluran darah boleh terhalang dan memberikan impak pada perkembangan janin anda.
Kecacatan kelahiran termasuk:
- Kehilangan anggota badan. Benang yang tersimpul dengan ketat di mana-mana anggota badan boleh menyebabkan ia perlu dipotong, dan mungkin akan lahir dengan hanya sebahagian dari tangan atau kaki. Kadang-kadang, bayi juga boleh lahir dengan anggota badan yan tak berfungsi dan perlu dipotong.
- Sumbing bibir atau lelangit jika benang terkena pada muka bayi.
- Club feet, jari kaki yang tersimpul dan menyebabkan ia tak berkembang dengan sempurna.
- ABS juga boleh membawa kepada kematian jika benang amniotik tersimpul pada uri dan memotong aliran darah lalu menyebabkan keguguran.
Bayi tidak sempurna: Bagaimana untuk mencegah ABS?
Ini bergantung. ABS biasanya dinilai berdasarkan kes dan dan bergantung kepada di anggota mana benang tersimpul dan keketatannya.
Bayi tidak sempurna: Apa punca ABS?
ABS adalah sindrom yang jarang berlaku, dalam puratu 1 dalam 1200 ke 1 dalam 15,000 kelahiran hidup. Ini membuatkan ia susah untuk dikaji.
Keadaan ini tak dikaitkan dengan apa yang anda buat atau tak buat semasa mengandung. Jadi, tak ada jawapan yang pasti bagaimana untuk mencegah ABS ini.
Kajian baru belum mengenal pasti sebab sebenar punca ABS. Beberapa kajian skala kecil telah mengaitkan dengan beberapa isu di bawah, tetapi kajian masih perlu dilakukan untuk mengenal pasti punca sebenar.
- Pembedahan uterus sebelum mengandung.
- Ibu mengandung terdedah kepada Miroprostal, dadah yang boleh membuat keguguran.
- Merokok atau menggunakan dadah semasa hamil.
Bayi tidak sempurna: Bagaimana ABS didiagnos?
Bayi boleh didiagnos semasa dalam kandungan, tapi biasanya ia dapat disahkan selepas bayi ini lahir.
1 – Diagnos sebelum bersalin
Doktor yang berpengalaman atau pakar biasanya dapat menunjukkan ABS dengan tepat semasa imbasan ultrasound. Tapi ini biasanya dibuat semasa kandungan berusia 12 minggu.
Jika doktor syak bayi mengalami ABS, bincang dengan pakar yang mahir tentang keadaan ini.
Benang amniotik ini sangat kecil dan susah untuk dilihat melalui ultrasound. Pakar dalam ABS boleh membimbing anda tentang maksud ultrasound.
2 – Diagnos selepas bersalin
Selepas anda bersalin, ada beberapa cara yang doktor boleh nilai sama ada bayi anda mengalami ABS atau tak, seperti:
- Pemeriksaan fizikal. Doktor akan lihat anggota badan yang tak sempurna atau fizikal abnormal yang lain.
- X-Ray yang akan menilai sedalam mana benang amniotik ini memberi kesan kepada tisu bawah kulit.
- MRI atau imbasan lain untuk mendapat pemahaman yang lebih lanjut bagaimana benang amniotik boleh mempengaruhi atau mencederakan saluran darah atau saraf.
Apa yang perlu saya lakukan jika bayi didiagnos dengan ABS?
Selepas doktor melakukan pemeriksaan menyeluruh pada bayi anda, doktor akan berbincang tentang rawatan lanjut.
Mereka perlu melakukan pembedahan janin jika ia merupakan kes yang serius, manakala kes yang sederhana akan dirawat dengan pembedahan untuk membaik pulih selepas bersalin.
Secara umum, ada beberapa rawatan untuk ABS:
- Pembedahan plastik untuk jari kaki atau tangan yang bercantum atau bibir sumbing.
- Prostetik untuk menggantikan anggota badan yang tak sempurna.
- Pembedahan janin jika kes serius. Pembedahan ini dilakukan untuk memutuskan benang amniotik dengan laser atau peralatan pembedahan yang tajam sementara bayi masih di dalam kantung amniotik.
Jika anak anda didiagnos dengan ABS, anda mempunyai banyak peluang untuk membincangkan pembedahan yang diperlukan dan mendapat naishat bagaimana untuk menguruskan kehidupan mereka.
Jika anda tak pasti, sentiasa rujuk dengan pakar.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumberasal ditulis oleh Kevin Wijaya, diterjemah dengan izin dari theAsianparent Singapore
Baca juga:
https://my.theasianparent.comanak-lahir-tanpa-tangan-dan-kaki
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!